Posts

AGY TAMPIL DENGAN “UNO DOS TRES”Pempengaruh Popular Hasilkan Single Pop Rancak Bernuansa EDM Ala Latin

Image
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh popular tanah air yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya. "Saya sebenarnya memulakan karier dalam bidang seni sebagai penyanyi dan bukannya sebagai ‘influencer’ dan pernah menghasilkan beberapa buah single suatu ketika dahulu, namun kerjaya sebagai seorang ‘content creator’ lebih menyerlah sehingga dikenali ramai,” jelas pemenang “Video Of The Year” di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 yang diadakan pada bulan Ogos lalu. Terbaharu, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, tampil dengan single pop berjudul “Uno Dos Tres” hasil ciptaan komposer berpengalamn Mas Dewangga bersama Jova Devito, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman ternama yang tidak asing lagi, Sony Music Malaysia. Tema utama lagu ini berkisar tentang semangat positif serta sikap ketidakpedulian terhadap pandangan orang luar, dan mesej yang cuba disam

A TAHUN SETELAH KONSERT SOLO DI ISTANA BUDAYA MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE BAKAL CETAK SEJARAH BAHARU DISEMBER INI

Image
Misha Omar sedang menunaikan doa dan mimpi para peminat apabila mengumumkan persembahan solonya bakal diadakan pada Disember ini setelah kali terakhir dilakukan di pentas berprestij, Istana Budaya pada 2021. Dengan jeda waktu tiga tahun daripada konsert solo pertama tersebut, Misha Omar tetap memilih sebuah panggung kecil namun dijangka akan penuh intim berbanding beraksi di pentas konsert nan megah. Dinamakan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE, persembahan yang sekian lama dinantikan itu bakal berlangsung pada 21 DISEMBER 2024 di ODEUM AT JIOSPACE, PETALING JAYA bermula pukul 8.30 malam. Menurut pesohor seni kelahiran Kelantan ini, MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE diadakan bukan dalam skala besar adalah sebagai sebuah apresiasi buat peminat yang tidak pernah berpaling daripada mendukung dua dekad karier. Dan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE juga akan menjadi ‘pemanas’ kepada sebuah konsert berskala besar yang menjadi impian emasnya pada waktu mendatang “Sebagai penghibur

The Journey of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza & Judika Kolaborasi Dua Penghibur Nusantara Temui Peminat 14 Dis 2024

Image
Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara. Kedua-duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat lewat karya ciptaan dan nyanyian sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai penyanyi. Dua figura ini adalah puspawati Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza dan pemilik vokal lelaki mantap dari Indonesia, Judika. Dengan bangga pihak penganjur, Universe Gateway mempersembahkan keunggulan kolaborasi perdana Siti Nurhaliza dan Judika sebagai penghibur dalam konsert julung kali berjudul The Journey of Sound. The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan. “Kami di Universe Gateway sangat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!

Image
Bersiap sedia untuk sebuah malam yang luar biasa apabila Konsert Hitam Manis bakal menggamatkan pentas dengan persembahan hebat daripada tiga penyanyi berkaliber tanah air, Datuk Hattan, Hazama dan Black. Konsert yang bakal diadakan pada 8 Februari 2025 di Plenary Hall, KLCC ini dijangka menjadi acara muzik yang memukau, menggabungkan elemen nostalgia, rock, dan suara mantap ketiga-tiga bintang ini. Menariknya, Konsert Hitam Manis ini menjadi persembahan berskala besar pertama bagi membuka tirai tahun baharu 2025 yang dibawakan secara eksklusif oleh penganjur Reacch Events. Konsert Hitam Manis menjanjikan sebuah persembahan yang dinamik, menampilkan gabungan lagu-lagu hits daripada setiap penyanyi, serta kolaborasi eksklusif yang pastinya akan memukau peminat. Datuk Hattan, legenda muzik rock Malaysia, dikenali dengan lagu-lagu ikonik seperti Biso Bonar, Mahligai Syahdu, dan Memburu Rindu bakal membawa semangat rock klasik yang penuh bertenaga. Manakala, Hazama pemenang pro

A MILLION VOICE: PENCARIAN IKON MUZIK BAHARU MALAYSIA TAWAR HADIAH BERNILAI RM1 JUTA

Image
 Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha Milan hari ini diumumkan sebagai juri, pencarian ikon muzik Malaysia yang baru kepada Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha iaitu A Million Voice (AMV), Dibawakan khas oleh Be.Life, dianjurkan bersama MasterPay Global Sdn Bhd dan diterbitkan bersama Stallion Networks Sdn Bhd, AMV adalah sebuah kandungan berjenama pertandingan realiti nyanyian yang diperkenalkan untuk mencari bakat baharu dalam industri muzik tempatan. Dengan hadiah utama bernilai RM1 juta, AMV menawarkan peluang keemasan kepada bakat-bakat baru untuk memulakan kerjaya nyanyian mereka serta bertapak dalam industri muzik tanah air. Pencarian Ikon Muzik Malaysia Yang Baharu AMV bukan sahaja mencari bakat vokal malahan turut mencari penghibur serba boleh yang berpotensi besar untuk menjadi seorang ikon muzik kepada Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Marsha. Membariskan panel juri tetap yang terdiri daripada tokoh muzik legenda Malaysia - Awie, Hattan dan Marsha, peserta dicabar untu

Nabila Razali hamil anak sulung

Image
Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan. Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39. “Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya. Menurutnya yang popular menerusi lagu Tangis, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka. “Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Image
 Ogy Ventures & Network Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan pementasan teater Di Sebalik Topeng, karya seni yang mengangkat tema kesihatan mental dan penebusan diri. Pementasan ini akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2024, jam 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP. Teater ini dibawakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta mendapat sokongan daripada geran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Teater ini adalah terbitan syarikat miliknya Fauziah Dato’ Ahmad Daud, yang lebih dikenali sebagai Ogy, seorang ikon seni tanah air yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Teater ini diarahkan oleh pengarah berbakat Zainorhisyam Samudin yang terkenal dengan karya-karya dramatik yang menyentuh hati dan memberikan impak mendalam kepada penonton. Menurut Fauziah atau mesra disapa Ogy, teater ini merupakan satu refleksi tentang cabaran kehidupan yang sering dihadapi oleh ramai individu dalam masyarakat. “Teater i