11 Filem Tayangan Sepanjang Syawal Ini di RTM
Koleksi
filem antarabangsa, tempatan, dan cereka Asia bakal menemani penonton saluran
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Aidilfitri ini bermula malam raya hingga
raya keempat yang disiarkan menerusi tiga saluran TV1, TV2 dan TV Okey. Justeru
pilihan di tangan anda seisi keluarga untuk menyaksikan senarai 11 filem
pelbagai genre ini dalam meraikan Syawal bersama-sama yang tersayang.
“Surf
This Love” (12 Mei ini, 8.00 malam, TV Okey)
Billy, seorang yang sangat
meminati sukan luncur air, dan memasang impian untuk bertanding menjadi
peluncur air profesional. Keazaman Billy bertambah kuat dengan kedatangan Mia
dan Mike ke Pulau Tioman.
Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina
Suzzane, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan dan Mustaqim Bahadon.
“Terminator
Genisys” (12 Mei ini, 9.00 malam, TV2)
John menghantar Kyle kembali ke tahun 1984 untuk
melindungi ibunya, Sarah daripada dibunuh. Apabila garis masa telah diubah,
Kyle memintanya untuk pergi ke tahun 2017 bagi menghentikan sebuah sistem AI
yang ingin menghancurkan manusia.
Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Jason Clarke dan
Emilia Clarke.
“Bumblebee”(13
Mei ini, 3.00 petang, TV2)
Semasa Perang Saudara Cybertron, Optimus Prime menghantar
Autobot B-127 ke Bumi untuk membina pangkalan supaya mereka dapat berkumpul
semula. B-127 yang sedang bersembunyi di sebuah tempat pelupusan kenderaan
kemudian bertemu dan berkawan dengan seorang gadis bernama Charlie yang
menggelarnya Bumblebee.
Pelakon: Hailee Steinfeld, Jorge Lendeborg Jr., dan
John Cena.
“Upin & Ipin : Jeng Jeng
Jeng!” (13 Mei ini, 9.00 malam, TV2)
Balqis anak yatim piatu yang tinggal di rumah jagaan
anak yatim amat gemarkan watak animasi Upin dan Ipin. Ketika mendapati rumah anak
yatim yang didiaminya akan diambil oleh tuan empunya tanah, hatinya luluh dan
sedih. Kerana marah, Balqis meminta pertolongan dari Upin dan Ipin dalam usaha
menyelamatkan rumah jagaan tersebut. Berjayakah mereka?
Pelakon: Asyiela Putri Azhar , Puteri Balqis, Awie ,
Remy Ishak , Sara Ali , dan Gambit.
“Mat
Biec A.K.A Dreamy Eyes” (14 Mei ini, 3.00 petang, TV2)
Sebuah filem mengisahkan kisah cinta lelaki muda, Ngan
yang bertepuk sebelah tangan dengan si gadis yang berkawan dengannya semenjak
kecil.
Pelakon: Trúc
Anh, Tran Nghia, Tran Phong, dan Khanh Van.
“Railroad
Tiger” (14 Mei ini, 9.00 malam, TV2)
Kisah perjuangan seorang pekerja kereta api di China
pada tahun 1941 yang mengetuai pasukan pejuang kemerdekaan menentang Jepun demi
mendapatkan makanan untuk orang miskin.
Pelakon: Jackie Chan, Jaycee Chan, Zitao Huang
“Cinta Laki-Laki Biasa” (15
Mei ini, 11.00 malam, TV2)
Nania yang berasal dari keluarga kaya jatuh cinta
dengan Rafli, seorang lelaki biasa. Malangnya perhubungan mereka ditentang oleh
ibu Nania. Cinta mereka diuji dengan pelbagai ujian. Berjayakah keduanya
menempuh dugaan demi kebahagiaan?
Pelakon: Velove Vexia, Deva Mahenra, Nino Fernandez,
Dhini Aminarti, Dewi Yull, Ira Wibowo.
“Bikers Kental 2” (16 Mei
ini, 2.00 petang, TV2)
Setelah enam tahun berlalu, Bidin Al-Zaifa kini sudah
mempunyai sebuah kedai motosikal. Dia kini dilamun cinta dengan Cherry Porntit,
seorang wanita Thai di Hatyai. Bidin melamarnya tetapi abang Cherry, seorang
juara Muay Thai, tidak bersetuju adiknya berkahwin dengan Bidin. Malah, musuh
lama Bidin iaitu Al Buqerk sedang memburunya untuk selesaikan hutang lama.
Dengan bantuan rakannya Eddy dan Aidil, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand
dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh!
Pelakon: Zizan Razak, Dato Afdlin Shauki, Dato Awie,
Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem.
“Untuk Tiga Hari” (16 Mei
ini, 8.00 malam, TV Okey)
Mengisahkan
dua pasangan yang bercinta namun terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga
masing-masing dengan syarat perkahwinan mereka hanya untuk 3 hari sahaja. Apakah
yang terjadi dalam perkahwinan yang singkat itu?
Pelakon:
Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rashidi Ishak, dan Ayu Raudah.
“Mujhse Shaadi Karoge” (16
Mei ini, 9.00 malam)
Setelah tunangnya, Romi meninggalkannya kerana perangai
buruknya, Sameer bergerak dari Mumbai ke Goa untuk belajar mengawal
kemarahannya. Bekerja sebagai pengurus rumah pantai, Sameer jatuh cinta dengan
pereka fesyen jiran Rani tetapi tidak dapat bergaul dengan ayahnya, Dugraj. Percubaan
Sameer untuk merayu Rani semakin terganggu oleh rakan sebilik barunya, Sanny yang
bertekad untuk menikahi gadis itu sendiri.
Pelakon:
Amrita Arora, Salman Khan, Priyanka Chopra, Amrish Puri,
dan Akshay Kumar.
“Kung
Fu Panda 3” (16 Mei ini, 9.00 malam, TV1)
Menjalani kehidupan yang besar dan penuh kasih, Po
menyedari bahawa dia harus banyak belajar jika dia akan memenuhi cabaran
seterusnya dari instruktur kesayangannya. Setelah bersatu kembali dengan
ayahnya yang sudah lama hilang, Po mesti beralih dari pelajar menjadi guru dan
melatih sekumpulan panda yang suka bersenang-senang, untuk menjadi pejuang seni
mempertahankan diri. Bersama-sama, saudara kung-fu bersatu untuk melawan Kai
yang jahat, seorang pejuang supernatural yang menjadi lebih kuat pada setiap
pertempuran.
Pelakon:
Jack Black, Dustin Hoffman, Bryan Cranston, dan J.K.
Simmons.
Comments
Post a Comment