Azza Elite - Menangis Rayu Kerajaan “Tolonglah lock down”
Penyanyi dan Pelakon Azza merayu kepada kerajaan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau lock down dapat dilaksanakan.
“Tolonglah lock down. Nak tunggu berapa ramai lagi mati. Nak frontliner buat macam mana lagi?” Luah Azza menerusi instagramnya.
Azza mengaku dirinya sangat risau keadaan ibu dan anaknya yang kini berada di Kampung.
“Hari ini adalah hari yang menakutkan. Dada berdebar bila baca kat social media.
“I Minta maaf kat semua sebab I ada anxiety sangat teruk. Especially I ada (dengar) pasal udara lah . Macam-macam berlaku kat sekeliling.
“Ya Allah i’m so scared. Risau mak dengan anak kat kampung . Kami terpisah.
“Selagi kerajaan tak lock down kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah.
“Kalau kerajaan lock down at least kami duduk rumah tak jumpa orang . Tak jumpa sape-sapa 2 Atau 3 minggu.
“I speak up untuk semua yang mohon untuk lock down !!!! Kami terpaksa pergi kerja, kalau kerajaan tak buat lock down!” Ujarnya lagi.
Azza juga merayu agar PKP penuh dilaksanakan agar memberi ‘ruang bernafas’ kepada para petugas barisan hadapan yang kini berhempas pulas memberikan yang terbaik buat rakyat.
“Tolong lah kesian kt frontliners! Dia orang pun Ada family? Tolonglah.
“Sahabat marilah kita banyakkan berdoa agar Allah hapuskan COVID-19 ini . Mohon Agar Allah permudahkan . Jaga diri sesama kita,” luahnya lagi.
Comments
Post a Comment