Kisah Anis tersangkut angkara PKP
Akibat
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan bagaimana Anis terpaksa
meneruskam hidup menjaga anak majikan yang masih kecil merupakan intipati utama
dalam telefilem Bebenang PKP Anis yang pastinya memberikan perspektif berbeza
kepada sesiapa yang menontonnya.
Tanpa
ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis Kemboja bukan sahaja terpaksa
berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di
Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.
Bagi
penerbit Indigital Sdn. Bhd., Nana Mohd Rom menganggap jalan kisah yang berlaku
kepada Anis Kemboja ini sangat menarik perhatian ditambah dengan apa yang
berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua.
“Sejak
awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu
Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia
dilanda pandemik Covid19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.
“Tidak
ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di
serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya.
Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi
telefilem ini,” kata Nana lagi.
Ditayangkan
di TV Al-Hijrah pada 15 Mei (hari raya kedua) pukul 9 malam, Bebenang PKP Anis
yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibintangi oleh Muna Shahirah, Shafie
Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.
Penggambaran
yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung
tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua
orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.
Wanita
tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP
membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik
bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya
(Fauzi & Lisdawati).
Namun
takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik dari sehari ke sehari.
“Kisah
Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak
orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga.
Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar
negara.
“Untuk
pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan
menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada
telefilem ini,” tambah Nana lagi.
Berterima
kasih kepada stesen TV Al-Hjirah yang tertarik dengan naskhah ini, Bebenang PKP
Anis ini juga mendapat dana daripada Program OTT/TV (Perlaksana), Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Comments
Post a Comment