Siti Nordiana salur rintihan penuh beremosi menerusi ‘Cukup Derita Itu’ sentuhan Tam Spider dan Siti Rosmizah

 


Penghasilan  lagu  runut  bunyi  sememangnya  menuntut penjiwaan  yang  selari  dengan  jalan  cerita  sesebuah  drama mahupun  filem.  Hakikatnya, perjalanan ceritanya perlu cukup jiwa dan rasa untuk melengkapkan keseluruhan moodnaskhah berkenaan.Justeru,  Siti  Nordiana  yang  tampil  dengan  lagu  baharu  berjudul  Cukup  Derita  Itu  menyalurkan sepenuh emosi dan rintihan dalam lagu berkenaan. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider  dan  liriknya  hasil  nukilan  Siti  Rosmizah,  ternyata  gabungan  mereka  cukup  kuat  untuk memberi kelebihan terhadap lagu ini.Lagu  ini  menjadi  runut bunyi  drama  yang  menggunakan  judul  sama,  Cukup  Derita  itu  lakonan bintang  ternama  Hisyam  Hamid,  Ruhainies,  Chacha  Maembong,  Jasmin  Hamid,  Didie  Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, dan ramai lagi. Arahan Along Kamaludin

SIARAN MEDIAdan  ceritanya  diadaptasi  daripada  novel  Siti  Rosmizah  sendiri.Drama  Cukup  Derita  Itu  akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada May 2021. Meskipun memang sudah diakui kehebatan nyanyian dengan cara tersendiri, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana tetap berdepan cabaran tersendiri melunaskan lagu itu. Apalagi, diasendiri tahu  betapa  pentingnya  lagu  runut  bunyi  yang  menjadi  nadi  kepada  keberkesanan  sesuatu drama.“Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan  Cukup  Derita  Itu  menjadi.  Pertama  sekali,  semestinya  saya  kaji  terlebih  dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat.“Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan daripada segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya.“Paling penting, secara peribadi saya memang sangat berbesar hati dapat menyanyikan karya nukilan  Tam.  Dia  sememangnya  komposer  yang  begitu  teliti  dan banyak  membantu  saya mendalami lagu berkenaan dengan emosi tepat,” katanya.Sentiasa mengutamakan ketelitian dalam karyanya, Tam pula mengakui lagu Cukup Derita Itu satu tugasan cukup besar. Sebelum beralih kepada proses rakaman, perbincangan mendalam dengan Siti Rosmizah dibuat untuk memastikan aura lagu terbabit mampu setanding jalan cerita drama itu sendiri.“Walaupun  runut  bunyi  itu  hanya  berdurasi  beberapa  minit,  penghasilannya  perlu  dilakukan dengan begitu teliti. Terutama daripada segi melodinya, kena menepati keseluruhan mood serta perjalanan kisah yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.“Saya  harus  puji  bagaimana  Siti  Rosmizah  menerangkan  secara  mendalam  dan  terperinci berkenaan aspek penceritaan itu. Sekali gus, ia sangat membantu saya untuk menghasilkan lagu yang boleh meruntuh jiwa ramai sebaik mendengarnya serta menghayati baik liriknya,” katanya.

SIARAN MEDIACukup  meledak  sekitar  1990-an,  Nana  membuktikan  dirinya  adalah  antara  penyanyi  terbaik wanita  tempatan.  Meskipun  pernah  berehat  dalam  bidangseni,  Nana  kembali  memeriahkan industri apabila menyertai sekali gus menjuarai Gegar Vaganza 2 pada 2016. CUKUP  DERITA  ITUkini  sudah  tersedia  di  semua  pelantar  penstriman  digital  seperti  Spotify, Apple  Music,  JOOX,  KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music  mulaijam 12  TENGAH  MALAMmanakala video liriknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada hari yang sama jam 9 MALAM

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM