Syawal Kita Mesti Menang
Raikan
Syawal yang dinantikan dengan penuh kesyukuran setelah sebulan menjalani Ramadan
dengan penuh ketakwaan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengetuk pintu satu
Syawal di mana seluruh umat Islam meraikan kemenangan dan kejayaan selepas 30
hari berpuasa dengan pelbagai program khas yang disiarkan secara eksklusif di TV1,
TV2 TV Okey, Berita RTM dan Sukan RTM juga menerusi kesemua 34 stesen radio
RTM.
Ketibaan Syawal membawa makna kemenangan
yang wajar dihayati dan RTM terus menceriakan suasana Hari Raya Aidilfitri kepada
penonton TV dan radio RTM yang telah diberi suntikan nafas baharu lebih segar
berkumandang, menarik didengar, dan imej baharu melalui logo stesen terkini.
Tahun
ini, RTM Teman Setia Anda memperkenalkan tema “Indahnya Syawal” yang menandakan
indahnya memberi kemaafan
kepada sesiapa sahaja terutama dalam bulan penuh keampunan ini.
Perkara
itu dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran dalam Surah
As-Syura Ayat 40, bermaksud... “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan
yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas
(tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”.
Ikuti
siaran langsung “Gema Takbir 2021” terbitan
JAKIM pada malam raya di TV1 yang
memaparkan topik sambutan raya daripada sudut pandangan Islam bersama tetamu
undangan khas. Program diselangi dengan takbir dan nasyid raya.
Program
majalah dan dokumentari kerohanian dibawakan TV1 menerusi tajuk “Cerita
Raya Di Bawah Bayu”, kisah empat orang artis Sabah yang terjejas dengan
pandemik Covid-19 namun masih bersemangat membuat persiapan raya bersama
keluarga. Dalam “Sehening Syawal” terbitan
RTM Sarawak pula berkongsi kisah sedih Aida Nabila yang kehilangan lima orang
ahli keluarga akibat Covid-19.
Tiga
majalah khas bertajuk “Raya Cara Kita”,
“Lensa Deko” dan “#HOTD-House of The Day” turut
disiarkan TV Okey. Antara pengisian
menarik dalam Raya Cara Kita berkongsi cerita sambutan raya artis bersama
keluarga tersayang antaranya Azad Jasmin, Aiman Tino dan Ruhainies.
Menerusi
saluran Berita RTM (123 my Freeview)
pula dihadirkan program majalah khas “Cerita
Kita” yang berkongsi pengalaman tahun kedua bertugas di musim perayaaan
bersama petugas-petugas barisan hadapan dalam sektor media termasuklah
menemubual juruhebah radio, wartawan, pengacara, penerbit, petugas teknik dan
pengawal keselamatan.
Saluran
sama turut memaparkan kisah kegembiraan sambutan Syawal antara pasangan campur
lelaki Nigeria dan wanita Malaysia dalam “Pesona
XY Raya”, kisah raikan raya pelbagai bangsa dalam “Fresh Brew Raya”, “Lebaran @SPM”, “What Say You Edisi Raya” dan “Vasantham Edisi Raya”.
Koleksi
filem-filem tempatan, cereka Asia dan antarabangsa juga bakal menemani penonton
sepanjang Aidilfitri ini di TV2 seperti
“Terminator
Genisys”,“Bumblebee”, “Upin & Ipin : Jeng Jeng Jeng!”, “Mat Biec A.K.A Dreamy Eyes”, “Railroad
Tiger”, “Cinta Laki-Laki Biasa”, “Bikers Kental 2” dan “Mujhse Shaadi Karoge”. Manakala TV Okey pula tampil dengan filem “Untuk Tiga Hari” dan TV1 menyiarkan filem “Kung
Fu Panda 3”.
Penonton
akan dihiburkan dengan sketsa Islamik, “Riang
Syawal” menerusi TV1 dijayakan
oleh Ustaz Rahmat Ikhsan, Zila Bakarin, Roy Azman dan Mamak Puteh yang
berkongsi situasi sambutan raya yang lazimnya dilakukan masyarakat kita namun
boleh menimbulkan konflik antara tuntutan budaya dan agama. Saksikan juga drama
pendek terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Che
Milah Raya”, kisah Nek Nab, yang Alzheimer sering berkelakuan misteri membantu
cucunya menyediakan menu Rendang Cili Padi.
Tidak
terhenti di situ, pelbagai program hiburan dan muzikal bakal disajikan istimewa
di TV2 iaitu “Padi Reborn”, sebuah
persembahan konsert solo Kumpulan Padi di Kuala Lumpur. Dua program terbitan
Unit Hiburan TV RTM masing-masing disiarkan menerusi TV1 dan TV2 iaitu “Temasya Aidilfitri #gengrayaKL” menampilkan
Dato’ M.Nasir, Jalil Hamid, Ifa Raziah, Dayangku Intan, Hael Husaini, dan
Kristal X juga program “Kome Nak Raya”,
perkongsian kenangan raya bagi yang tidak dapat balik beraya akibat pandemik COVID-19
bersama artis Kazar, Fikry Ibrahim, Sissy Iman, Afieq Shazwan, Dolla, dan Datuk
Jamal Abdillah.
Slot
Panggung Syawal disiarkan TV1 terus
memberikan plot kisah bermanfaat buat semua dibintangi pelakon terkenal tanah
air antaranya “Kami Datang Nak Raya” (Azhan
Rani, Zarynn Min), “Kalut” (Mimi
Ernida, Nafiz Muaz), “Aku Bukan Malaikat”
(Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda),
“Keliru Ibu” (Sherie Merlis, Zila Bakarin, Fazlina Ahmad Daud), “Cikgu Amy” (Elisya Sandha, Sharifah
Sakinah), dan “Doa Terindah”
(Remy Ishak, Aida Aris).
Mewarnai
slot Layar Okey di TV Okey pula
barisan telemovie terbaik seperti “Aya”
(Elvina Muhammad, Nazrief Nazri), “Tuhan Masih Ada” (Shah Jaszle, Nad Zainal), “Sinar Yang Dinanti” (Beto Kusyairi, Tiz Zakiah), “Najiha” (Nad Zainal, Hafidz Rosdhi)
dan “Grumpy Grampas” (Shaharuddin
Thamby, Chew Kim Chuah, Faradhiya).
Tiga
koleksi throwback artis terkenal
iaitu “Istimewa Bersama KRU”, “Istimewa
Bersama Liza Hanim” dan “Istimewa
Bersama Realiti TV” mengisi slot Retro di TV2 juga program bual bicara hiburan RTM iaitu “#HTV! Seronok Weyy Raya” dimana hos Nana Mahazan mengundang artis Intan Ladyana, Harris
Alif dan Wany Hasrita ke studio.
Istimewanya
Aidilfitri tahun ini turut menarik penglibatan saluran Sukan RTM berkongsi dua program khas iaitu bual bicara “Planet Sukan Khas Raya” dan “Interaktif Sukan Khas Edisi Raya” di Saluran 111 my Freeview.
Dengan
kelebihan sebagai medium yang boleh didengari di mana-mana sahaja, 34 stesen
radio RTM menawarkan pelbagai rancangan menepati citarasa semua pendengar
sepanjang bulan lebaran ini.
Istimewa
malam raya stesen NASIONALfm,
Sentiasa Di Hati tampil meriah menerusi program “Syawal 7 Frekuensi”, yang menggabungkan penyampai-penyampai dari tujuh
stesen di ibu pejabat dengan tema “Tak Balik Kampung Lagi”.
Selain
itu NASIONALfm juga menyenaraikan empat
lagi program bersiaran hari raya pertama hingga ketiga iaitu “Pujaan 10 Raya”, “Drama Khas
Aidilfitri”,”Seloka Raya NASIONALfm” dan “Raya Norma Baharu”.
Terus
menghimpunkan program hiburan, drama dan sketsa yang mengundang artis popular
tanah air, stesen Radio KLASIK menganjurkan
program “Jalinan Kasih Aidilfitri Radio
Klasik”, “Puisi Khas Raya”,
“Cubit-Cubit Manja Raya The Muzikal”, “ADILA
Khas”, “Mustaqeem Khas Hari Raya Aidilfitri” dan “Drama Khas Raya”, kisah konflik ibu anak lakonan Liza Abdullah dan
Delimawati.
TRAXXfm, stesen radio Inggeris
mengetengahkan seleksi program yang antara lain menggabungkan elemen hiburan,
drama, jenaka juga pesanan supaya mematuhi SOP dalam situasi semasa yang masih
dibayangi Covid-19. Perdengarkan program “Titian
Senada”, “Captain Zeal”, “Spectrum”,
“What Matters” dan “Raya Extravaganza @ TRAXX”.
Stesen
Aifm menarik tumpuan pendengar
dengan rancangan temu bual antaranya “Ai
Topik”, “Ai Relaks – Interaksi bersama pendengar”, “Ai Melancong”, sketsa “Kasih
Sayang Di 893” dan “Carta Lagu
Pujaan Kita”.
Stesen
MINNALfm juga menghidupkan sambutan
Aidilfitri dengan siaran program bual bicara “Marhaban Yaa Syawal”, ceramah “Sinar
Syawal”, “Drama Raya”, forum “Syawal
Yaa Syawal”, temu bual dan lagu dalam “Cahaya
Aidilfitri”, dan “Salam Aidilfitri”.
Sementara
itu stesen ASYIKfm mengajak orang
ramai berhibur dengan rancangan “Jok Ler
Raya”, “Sketsa Ke’er Ke’er Ce’et” (sketsa dalam dialek Semai, Temiar,
Temuan dan Jakun), drama “Syawal Yang
Terindah”, “Menjelang hari Raya”, dan “Unplugged
D’Raya” (lagu-lagu nyanyian belia Orang Asli).
Stesen
KLfm pula menarik pendengar dengan
enam program khas termasuklah “Al-Zikra
Istimewa Aidilfitri”, “Diari Raya Mualaf”, “Live@KLfm Istimewa Aidilfitri”, “KLfm
Orkestra Raya”, “Raya Barisan Hadapan”, drama muzikal “Coklat Chip Boom Boom Raya”, dan “Teh Tarik 1 KLfm Istimewa Raya”.
Comments
Post a Comment