“Terrius Behind Me”, So Ji Sub Jadi Pengasuh Demi Ungkap Konspirasi di TV2
Menggabungkan
genre komedi, misteri, kekeluargaan, dan hubungan cinta, siri Korea bertajuk “Terrius Behind Me” yang disiarkan
Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara program pilihan yang boleh diikuti
penonton saluran TV2.
Sedang
bersiaran mengisi slot Asian Screen On 2 setiap
Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang, siri 26 episod ini menampilkan
pelakon terkenal Korea Selatan, So Ji
Sub bergandingan dengan pelakon cantik Jung In Sung yang mengangkat cerita
tentang seorang suri rumah tangga bernama Go Ae Rin yang memiliki dua anak
kembar yang comel. Ae Rin hidup berjiran dengan Kim Bon lakonan mantap So Ji
Sub.
Kim
Bon adalah bekas anggota Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) menggunakan
nama samaran Terrius. Dia sedang bersembunyi kerana menjadi buruan. Tiga tahun sebelum
itu, Kim Bon terlibat dalam sebuah operasi hingga membuat wanita yang
dicintainya tewas dan meninggal dunia.
Situasi
itu mendorong Kim Bon bersembunyi sambil menyelidik siapakah pihak yang menjadi
dalang kegagalan operasinya dahulu.
Suatu
hari, suami Ae Rin, Cha Jung Il telah terbunuh dalam kejadian yang dianggap
misteri. Kim Bon curiga dengan kes kematian suami jirannya itu. Pada masa sama
dia dapat merasakan ia ada hubungan dan kaitan dengan sebuah konspirasi besar.
Setelah
suaminya tiada, Ae Rin terpaksa kembali bekerja untuk menampung keperluan
harian dirinya dan dua orang anak kembar, Joon Soo dan Joon Hee yang berumur
enam tahun. Ae Rin membutuhkan jasa pengasuh untuk menjaga kedua anaknya.
Kim
Bon pun menawarkan diri menjadi pengasuh agar lebih mudah menyelidiki latar
belakang hidup suami Ae Rin. Dari penyamaran ini, banyak kejadian yang tanpa
diguga berlaku. Timbul rasa sayang yang ikhlas di hati Kim Bon kepada dua-dua
anak Ae Rin yang terkenal dengan kenakalan mereka itu.
Ae
Rin yang sebenarnya adalah wanita cerdas, perlahan-lahan juga mencurigai Kim
Bon. Dia merasa Kim Bon menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Masa
berlalu dan penyamaran Kim Bon berhasil dibongkar oleh Ae Rin. Situasi itu
kemudiannya menimbulkan keadaan selesa pada Kim Bon dan dia bersama-sama Ae Rin
dan dua agen NIS lainnya, Kim Bon mengajak mereka bekerja sama mengungkap
konspirasi besar yang melibatkan orang dalam institusi negara.
Mampukah
Kim Bon dan Ae Rin mengungkap konspirasi ini? Saksikan kesudahan kisahnya di
TV2. Turut membintangi siri ini Son Ho-jun dan Im Se-mi.
Bagi
mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik
(rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan
App Store.
Comments
Post a Comment