Jagoan Hip Hop Malaysia DJ CZA, TUJULOCA dan MK Lancarkan Lagu Penuh Makna dan Video Muzik, “VETO”
Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu
‘menyelamat’. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah.
Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala
dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua.
Oleh sebab itulah DJ CZA, TUJULOCA
dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa kini telah bersetuju untuk
melancarkan “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.
Mereka memberitahu bahawa: Setiap seorang daripada mereka
terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka
kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah
semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa. Saat ditanya apa erti
“VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”.
Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana
pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ CZA, “VETO adalah
lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah
menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak
menoleh ke belakang”. Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah
irama muziknya. Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas
bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari
‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”. Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan
baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa
yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah
satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan
persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan
secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.
Korusnya, "Ku memveto, veto / Pusing bulatan metro / Selok belok yang bahaya /Jangan
tergopoh-gopoh”, adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita.
Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai
pesanan.
“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang
juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360
darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual
dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan
luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.
“VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman:
TENTANG DEF JAM RECORDINGS SOUTH EAST
ASIA
Def Jam telah tiba di Asia
Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa
dekad, dan mengubah alur budayanya bersesuaian dengan konteks tempatan, namun
syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk
membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena
global dan sudah tiba masanya untuk kita
turut sama beraksi.
Def Jam Asia Tenggara meliputi
Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Singapura, dengan
senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), Yonnyboii
(MY), SYA (MY), DABOYWAY (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID),
MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALYPH (SG), ABANGSAPAU
(SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG).
Comments
Post a Comment