“Kuali Sejoli” dan “Choco Hunter”, Terbaharu di TV Okey
Sepanjang bulan Jun ini
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pengisian program-program yang
bakal menyuntik inspirasi anda semua dan menambah info dalam diri anda tentang bermacam
perkara termasuklah kemahiran memasak juga info menarik berkaitan tentang
produk koko yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.
Kedua-dua program
terbaharu ini disiarkan RTM menerusi saluran TV Okey yang boleh diikuti
menerusi platform Astro Saluran 146 dan MYTV Saluran 110.
Menggabungkan konsep
percutian dan masakan bersama-sama selebriti tempatan, saksikan program majalah
“Kuali Sejoli” yang telah pun bersiaran episod pertamanya mulai 29 Mei
lalu, setiap Sabtu, pukul 10.00 malam.
Menampilkan pengacara
Qi Razali, program ini mengundang selebriti jemputan dan pasangan termasuklah
Wani Hasrita, Didi Astilah, Erwin Dowson, Zulin Aziz, Reen Rahim, Adeline Tsen,
Adam Lee, Fizo Omar, Hafidz Roshdi, Farah Hazel, Raja Ilya, Sweet Qismina dan
Fikry Ibrahim.
Tidak kurang menariknya
program diberi tajuk “Choco Hunter” menemui penonton bermula 22 Jun
ini, setiap Selasa, pukul 11.00 pagi. Penonton berpeluang mengikuti hos
Viviena Alfred mengembara hampir ke seluruh negara untuk mendapatkan maklumat
proses penanaman dan pemprosesan koko serta pembuatan coklat.
Luangkan masa
menyaksikan dua program ini yang juga boleh diikuti menerusi portal
online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di
Google Play dan App Store.
Comments
Post a Comment