SARANGHAE BUAT PEMINAT JATUH CINTA PADA MEER
Gelaran Oppa Malay yang diberikan kepada penyanyi berusia 26tahunini
ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun
lalumembuka lebih banyak ruangdan peluang dalamkerjaya nyanyiannya.Tidak hanya
dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula
berjinak-jinak dalam bidang
penciptaan lagu apabila
menghasilkan single berjudul SARANGHAEyang mengetengahkan muzik
dan eleman K-Pop.Bagi Meer Nash
atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer
Mohd Nashrulsingle
SARANGHAEyang diterbitkan oleh
Universal Music Malaysia (UM)
yangdilancarkan secara rasmi pada
18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan
penulis liriksecara serius.Malah, pengalaman itu adalah sesuatu yang berharga
buat diri dan kerjayanya kerana segala apa yang diminati dan diinginkan selama
ini dapat diterjemahkan dalam lagu SARANGHAE.“Lagu SARANGHAEini adalah hasil
karya saya sendiri. Kalau ikutkan
lagu ini bukan
lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi
saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila
saya menulis lagu ini sayasuka dan ia boleh dikomersialkan.”“Alasan kenapa nak
masukkn elemen dan
frasa Korea kerana
selepas ICYVMY orang
mula panggil saya Oppa
Malay. Jadi saya
nak gunakan identiti
yang diberikan itu.
Berdasarkan penampilan saya, jadi
keputusan masukkan eleman
K-Popdalam lagu ini
sedikit sebanyak menjawab alasan
ini.”
SIARAN MEDIA“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop,
dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama
lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu
buat lagu ini
macam lagu-lagu lama
Justin Bieber yang
memuja dan memujuk wanita,” katanya.Walaupun muzik yang
ingin dipersembahkan dalam lagu SARANGHAEsesuatu yang digemari, Meer Nash
mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan
lagu ini.“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian
‘verse’ yang saya tulis tak berapa
suka. Jadi, saya
jumpa seorang rakan
juga pemuzik. Cuma dia
tak pernah tulis
lagu. Saya ajak dia
tulis bahagian ini
bersama-sama. Tak sampai
sejam, kami dapat
siapkan lagu ini.”“Lirik lagu ini
pada awalnya sayaberasakosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan
lirik. Saya ada bertanya
pada kawan juga.
Sebab dia pernah
menyertai grup K-Pop
jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta
pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia
bantu saya. Selepas
siapkan lagu ini,
saya ada rujukan
idea untuk gubahan
muzik lagu.”“Saya bertanya pulapada rakan lain sama ada dia kenal
mana-mana penggubah muzik yang boleh
realisasikan perkara ini.
Saya jumpa penggubah
muzik dan ada
tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau
boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton.
Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum
dirakamkan,” katanya.Dalam masa sama,
Meer Nash berkongsi
lagu SARANGHAEitu dirakamkan dua
kali kerana tidak berpuas hati
dengan hasil rakaman pertama.“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM
hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang
ala-ala K-Popsebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan
lagu SARANGHAEini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
SIARAN MEDIA“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak
lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam‘plain’.
Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula
dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”“Jurutera bunyi yang
terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini.
Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya
kalau boleh nak
orang ingat bahagian-bahagian dalam
lagu ini. Dari
awal saya buat
melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam
mana. Saya sangat suka dan gembira
dengan hasil lagu
ini. Semua yang
terbabit dalam lagu
ini berjaya buat
bahagian mereka,” katanya.Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat
menerusi lagu SARANGHAEitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam
video muzik.“Saya bukan penari
profesional, tapi perkara
ini yang buatkan
saya nak buat
dan belajar. Apabila menyertai
pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, Chinapada 2017, di sana ada yang
boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.”“Cuma
selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi
apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat
letakkan usahauntuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak
janggal.”“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran
video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.Mengenai single
SARANGHAEitu, Meer Nash menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin
lagu SARANGHAEitu mudah diterima selain mesra telinga.“Sasaran saya
untuk lagu ini
adalah peminat K-Pop.
Sebab dalam negara
kita ada ramai peminat
K-Pop. Jadi, gelaran
yang diberikan ini
saya nak gunakan
sebaiknya. Baik dari
segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya
ketika ini.”
SIARAN MEDIA“Saya juga berharap
masyarakat dan peminat
muzik di Malaysia
suka. Lagu ini
sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini
lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat
teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”“Sebelum ini saya tak
percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba
keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum
balas orang ramai terhadap karya
ini. Orang suka
atau tak. Keduanya,
saya tidak pernah
menari. Saya harap peminat
suka walaupun akan
ada kritikan. Apa
pun saya harap
semuanya berjalan lancar,”
katanya.SARANGHAEkini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital
seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX,
Deezer dan YouTube
Music. Manakala, video
muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash
mulai jam 9 MALAMhari yang sama
Comments
Post a Comment