DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

 



23 pelakon handalan jayakan naskhah inspirasi kisah realiti kehidupan semasa pandemik di Astro Ria mulai 26 Julai ini

Drama bersiri ‘Lockdown’ ialah sebuah naskhah dengan penceritaan asal terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd. yang berkisarkan tentang pelbagai ragam dan kisah suka duka rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 8 buah cerita berbeza bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Cerita asal dan skrip drama ‘Lockdown’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Erma Fatima serta turut mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini. Penceritaan setiap kisah dalam drama ‘Lockdown’ bakal menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon handalan. Antara nama-nama besar yang menjayakan naskhah ini termasuklah Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah, Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi. Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

“Pengalaman mengharungi pelbagai fasa PKP sejak ia mula dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu dan berlanjutan sehingga kini telah banyak membawa perubahan drastik dalam resam kehidupan rakyat Malaysia khususnya dengan cara yang tidak pernah kita bayangkan sama sekali sebelum ini. Dalam tempoh lebih setahun mematuhi PKP, pasti ramai yang terkesan dengan persekitaran norma baharu yang diperkenalkan. Pastinya, tahun 2020 dan 2021 adalah tahun yang cukup sukar untuk kita semua tempuhi bersama. Bersesuaian dengan latar masa seluruh Malaysia yang sedang menjalani PKP 3.0 pada waktu sekarang, kami dengan berbesar hati membawakan drama terbaharu ‘Lockdown’ yang diinspirasikan daripada realiti situasi sebenar yang berlaku kepada masyarakat sepanjang perlaksanaan PKP. Kisah-kisah tersebut juga tidak asing kepada kita semua kerana kisah sebegini sering dikongsikan di laman media sosial serta turut mendapat liputan meluas di media massa. Drama ‘Lockdown’ padat dengan mesej bermakna jika dipandang daripada sudut yang positif. Sungguhpun sarat dengan pengisian berat, namun drama ini telah diolah dengan pendekatan yang santai dan menghiburkan. Oleh itu ia amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Syabas kami ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan drama ini terutamanya kepada produksi U2 Media Sdn. Bhd. kerana berjaya merealisasikan drama ini dengan baik. Kami berharap drama ini akan diterima baik oleh para penonton. Semoga terhibur!”

Erma Fatima, Penulis Skrip & Cerita Asal ‘Lockdown’ “Saya amat berbesar hati dan gembira dengan komitmen penuh yang diberikan oleh setiap barisan pelakon untuk menjayakan naskhah ‘Lockdown’. Menghimpunkan kesemua nama-nama popular ini dalam sebuah drama bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi di kala pandemik namun pengalaman tersebut amat menyeronokkan buat saya. Keserasian yang terjalin di antara mereka sebagai pelakon juga memudahkan urusan pasukan produksi sewaktu di set penggambaran. Sebagai penulis skrip untuk drama ini, saya mendapat ilham selepas melihat keadaan sekeliling yang berlaku, melihat kesannya kepada kawan-kawan dan mungkin kita sendiri turut melaluinya. Kita semua sama-sama melalui proses PKP. Jadi kita tahu dan faham kesakitan tersebut selepas mengikuti berita-berita yang dilaporkan. Itu yang mendorong saya untuk menulis skrip tersebut. 3 Saya juga percaya skrip yang baik ialah skrip yang jujur, perlu berlandas realiti, bukan fiksyen. Itu yang saya tengok depan mata saya. Setiap hari saya akan buat skrip. Satu hari apa yang perlu kami ‘shoot’, itulah yang akan siap. Itu kebiasaan saya. Drama ‘Lockdown’ yang kami hasilkan ini cukup dekat dengan jiwa masyarakat kerana kita sama-sama mempunyai pengalaman dalam mengharungi PKP. Penceritaan setiap kisah yang dipersembahkan menggambarkan situasi sebenar tentang apa yang benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan. Mungkin ada di antara penonton yang dapat ‘melihat’ diri mereka sendiri dalam cerita ini.”


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!