RTM Siar Telemovie Khas Hari Kebangsaan, “Mek Wok”, Isnin Ini di TV2
Radio
Televisyen Malaysia (RTM) menjengah bulan Ogos ini dengan menjanjikan banyak tayangan
program khas menghayati sambutan bulan Kebangsaan 2021.
Terbaharu,
lari daripada kebiasaan apabila penonton semua dapat menyaksikan sisi komedi
dalam diri pelakon-pelakon handalan tanah air dalam sebuah telemovie khas Hari
Kebangsaan yang bakal disiarkan RTM.
Kemunculan
pelakon berpengalaman Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Amar Asyraf, Khatijah
Tan, dan Faradhiya yang selalunya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air
mata mendalami watak sedih masing-masing, kali ini mampu membuatkan penonton tergelak
dengan sindiran santai disampaikan dalam telemovie diberi tajuk “Mek Wok”.
Menerusi drama arahan Nuad Hj Othman yang disiarkan
pada 2
Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2, kisahnya bermula dengan babak setelah mendengar
kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat
menjadikan kisah tersebut sebuah filem.
Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke
kampung untuk membuat penggambaran berdasarkan kisah yang diceritakan.
Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah
meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan dikalangan penduduk kampung
yang sanggup berlakon tanpa bayaran.
Malangnya kru produksi tanpa disedari mereka telah
menyinggung hati Tok Anjang dan Jebat kerana tidak memilih mereka berlakon sama
dalam cerita tersebut. Dalam diam keduanya mulan berpakat untuk menggagalkan
penggambaran yang sedang berlangsung.
Apakah percubaan mereka berjaya? Atau penerbit filem
berkenaan berjaya menangani masalah yang timbul? Bagaimana pula dengan kesudahannya?
Ikuti kisahnya di TV2.
Bagi
mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya
menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat
turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Comments
Post a Comment