Didi & Friends dan WWF-Malaysia, bekerjasama dalam usaha memberi pendidikan kepada kanak-kanak akan kepentingan menyelamatkan orang-utan
Syarikat yang bertanggungjawab
mengangkat lagu-lagu popular dan animasi pra-sekolah, Digital Durian dengan sukacitanya
melancarkan sebuah lagu baharu berjudul “What Would
You Do” bersempena dengan
sambutan Hari Orang-utan Antarabangsa pada 19 Ogos, 2021.
Ketua Pegawai Operasi Digital Durian, Hairulfaizalizwan bin Ahmad Sofian menjelaskan
bahawa lagu baharu tersebut merupakan kolaborasi istimewa bersama WWF-Malaysia
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar. “Sebelum
ini pada tahun 2020, Didi & Friends buat julung kalinya melancarkan sebuah
lagu berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar yang berjudul, “Even I Know
That”, bersama dengan “Takkan Tak Tahu”, yang mana kedua-dua lagu tersebut
telah menyaksikan penerimaan menggalakkan dan ditonton ramai rakyat Malaysia
khususnya, dengan merekodkan jumlah tontonan sebanyak 14 juta di saluran
YouTube Didi & Friends.
Mengulangi
formula kejayaan dan misi yang sama, Hairul
menjelaskan bahawa untuk kali ini, besar harapan kami agar menerusi lagu “What
Would You Do”, ia dapat mendidik dan mendorong kanak-kanak untuk turut sama
menyedari akan hakikat ‘rumah’ kita ini turut merupakan ‘rumah’ kepada hidupan
liar indah yang lain, seperti orang-utan, haiwan yang berasal dari hutan hujan di
Malaysia dan Indonesia. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan awal untuk
sama-sama bergandingan memelihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dan kita
tidak boleh memusnahkan habitat sedia ada mereka. Lagu ini turut didatangkan
dalam Bahasa Melayu, “Buatlah Sesuatu”, dengan objektif utama untuk menyeru
peminat-peminat Didi & Friends khususnya, turut sama membantu memelihara orang-utan.
Kami akan menggunakan watak animasi kami, Pak Atan sebagai duta untuk mendidik
peminat-peminat cilik kami mengenai kempen ini.”
Muzik video
ini akan menceritakan kisah orang-utan cuba menyelamatkan diri masing-masing
dari hutan yang didiami mereka, dengan latar dramatik memperlihatkan jentolak
dan kenderaan pengorek menghancurkan ‘rumah’ sedia ada mereka, dan memusnahkan
pokok-pokok di sekelilingnya. Walaupun orang-utan diancam oleh kemusnahan dan
pemecah-belahan habitat, WWF-Malaysia tetap teruja untuk memaklumkan di sini
bahawa, dengan kerjasama dan sokongan rakan-rakan
strategik dan mereka
yang berkaitan, jumlah keseluruhan orang-utan di Malaysia kini adalah stabil. Terima kasih diucapkan kepada anda semua. Kejayaan ini
dicetuskan oleh usaha pemuliharaan yang dilaksanakan oleh banyak pihak,
penjagaan hutan oleh pihak badan pengurusan berkaitan, dan pelbagai inisiatif
yang dilaksanakan untuk memupuk kesedaran ramai akan kepentingan memelihara
hidupan liar. Demi memastikan jumlah orang-utan yang diselamatkan ini kekal
berada pada paras stabil, kita perlu pastikan usaha murni ini diteruskan dari
masa ke masa.
Dalam pada
itu, Pengarah Kreatif Didi & Friends, Khairul Ammar, berkata, “Kami
menggunakan latar lagu yang ‘catchy’, senang untuk diingati, disertakan dengan
lirik yang ringkas dan animasi yang penuh dengan warna-warni agar ia dapat
menepati citarasa kanak-kanak yang menontonnya. Kami menggunakan karakter
seekor anak orang-utan, agar ia mampu memudahkan penonton kanak-kanak memahami
dengan lebih jelas isu yang dihadapi orang-utan, dari kaca mata haiwan ini
sendiri. Lagu ini menyeru kanak-kanak untuk berfikir dan bertindak sama
membantu memulihara haiwan liar ini. Menerusi kolaborasi bersama WWF-Malaysia
ini, kami berharap agar dapat menyasarkan lebih banyak pihak, dan mudah-mudahan
di masa hadapan, kita akan memiliki persekitaran yang lebih hijau, segar, dan
mampu menyelamatkan lebih banyak haiwan untuk tatapan generasi akan datang.”
“Kami ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada Digital Durian di atas usaha mereka
membantu memupuk kesedaran dan sokongan di kalangan orang awam akan kepentingan
memulihara haiwan seperti orang-utan dengan cara pendekatan yang lebih
menyeronokkan menerusi sebuah lagu istimewa dengan pembabitan watak-watak
animasi Didi & Friends. Kita semua perlu bergandingan bahu dan bekerjasama
untuk melindungi hidupan liar terutamanya yang makin pupus seperti orang- utan
Borneo ini, kerana haiwan ini mempunyai keutamaan penting dalam rantaian
ekosistem perhutanan. Untuk makluman, orang-utan bertindak sebagai penyebar
biji benih. Kita memerlukan hutan yang bersih dan sihat, demi memastikan kita
semua mendapat pengudaraan yang nyaman, air yang segar, mitigasi perubahan
iklim dan bagi tujuan rekreasi,” jelas Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif
WWF-Malaysia, Sophia Lim.
Ketahui
lebih lanjut lagi mengenai cara-cara anda boleh membantu dengan pemuliharaan orang-utan
dan inisiatif penghutanan semula di wwf.org.my/orangutan
Lagu
“Buatlah Sesuatu” akan dilancarkan secara rasminya pada 16 Ogos 2021 di saluran
Astro Ceria (CH611). Manakala pelancaran di platform YouTube untuk kedua-dua
versi akan diadakan pada 19 Ogos, di saluran YouTube Didi & Friends.
Untuk
menggalakkan peminat turut sama bertindak dalam usaha menyelamatkan
‘rumah-rumah’ orang-utan, bersempena dengan pelancaran lagu terbaharu ini, Didi
& Friends dengan ini menjemput peminatnya untuk menyertai pertandingan #PokokPakAtan.
Peminat cilik dijemput untuk menanam sebatang pokok untuk diri masing-masing
atau untuk Pak Atan dan tag penganjur ketika dalam durasi pertandingan.
Anda kemudiannya berpeluang untuk memenangi hadiah barangan cenderahati menarik
dari Didi & Friends dan WWF-Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai
pertandingan #PokokPakAtan, nantikan pengumuman seterusnya di laman-laman rasmi
media sosial Didi & Friends.
About Digital Durian
Digital Durian adalah sebuah syarikat animasi Malaysia yang terkemuka,
berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam penciptaan kandungan ‘edutainment’
yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada kanak-kanak pra-sekolah di seluruh
dunia. Dengan jenama ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ yang telah
menunjukkan perkembangan positif, Digital Durian bersedia untuk mencapai tahap
baharu, meluaskan jangkauan dan mendalamkan lagi impak mereka. Kedua-dua jenama
ini telah menembusi Asia, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan juga
Afrika.
About WWF-Malaysia
Established in 1972, WWF-Malaysia is part of WWF, the international
conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit
of people and wildlife, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six
major goals - forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as
freshwater – and three key drivers of environmental problems – markets, finance
and governance. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural
environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.
For more information: wwf.org.my
Comments
Post a Comment