Kempen Hari Kebangsaan dan Sambutan 25 Tahun Astro Berkhidmat Untuk Rakyat Malaysia
Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama
mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan
ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sebagai tanda penghargaan
kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro
25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa
tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan
seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On
Demand dan Astro GO.
Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, berkata, “Ini merupakan
Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema
yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan
baik bersama. Ia mencerminkan segala nilai yang kita
nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita
kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini.”
Astro
telah melaksanakan beberapa inisiatif seiring dengan semangat
#KitaTeguhBersama, dan ia termasuklah:
· Menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan memperbanyakkan pengumuman khidmat
· Membantu golongan SME menerusi kempen ‘KamiCare MBiz’
· Menyumbang peralatan perubatan di hospital dan komputer riba kepada para pelajar dari
· Terus menyampaikan informasi-informasi terkini, menghiburkan dan mengangkat semula semangat di kalangan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan di saluran-saluran komplimentari sepanjang PKP, dengan seleksi drama tanpa henti, program-program ‘signature’ terkini, dan siri-siri original premium
· Memperbanyakkan kandungan berbentuk akademik bagi membantu kanak-kanak belajar dari rumah
· Menyatupadukan rakyat Malaysia dengan memberi sokongan kepada barisan atlet di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
dan
akan datang, Netflix. Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan
program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan
rakyat Malaysia.
Di
saat kita mengimbas kembali 25 tahun Astro berkhidmat kepada pelanggan yang
mana termasuklah ketika kita memperkenalkan siaran HD yang pertama, 3D dan 4K
UHD, membawakan tayangan pawagam yang pertama di rumah anda, Astro First, saluran
sukan tempatan pertama di rantau ini yang bersiaran secara berterusan selama
24/7 dan banyak lagi, kami sesungguhnya berbangga kerana menjadi sebahagian
dari hidup ramai di antara anda di luar sana. Kami menjuarai segmen pendidikan,
mengangkat acara sukan tempatan dan para atlet di pentas dunia, meletakkan satu
tanda aras yang tinggi untuk program-program tempatan, mencungkil bakat dan
melahirkan bintang-bintang terhebat tanah air dan menawarkan peluang kepada
rakyat Malaysia untuk bersinar dan merealisasikan impian dan potensi mereka.
Bakat-bakat kami seperti Nabil Ahmad, Aznil, Zizan, Remy, Hui Min, Denesh, Ean dan
Arnold, serta Chiu Keng Guan adalah di antara nama-nama mereka yang telah
berjaya mengorak langkah ke hadapan dan mencapai impian mereka. Seperti
perumpamaan ramai, impian adalah sesuatu yang diwujudkan bersama dan tiada di
antara ini yang mampu dizahirkan tanpa sokongan pelanggan di luar sana.”
Sejak
dari 12 bulan yang lalu, Astro berjaya melakarkan kejayaan dengan meraih
kutipan tertinggi di saluran Astro First menerusi filem ‘Mael Totey’,
memperkenalkan drama premium tempatan megahit, ‘Projek: Anchor SPM’,
melebarkan lagi sayap jenama Hantu Kak Limah dengan membawakan ‘Kampong
Pisang’ dan berusaha menawan hati penonton baharu khususnya dengan
drama-drama yang lebih hebat seperti ‘Scammer’ dan ‘Ratu Ten Pin’.
Dalam pada itu, drama di Astro Ria, ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’
dinobatkan sebagai drama #1 untuk tahun 2021, dan siri-siri antarabangsa yang
ditunggu-tunggu seperti ‘Zack Snyder’s Justice
League’, ‘Friends: The Reunion’ dan
K-drama yang menjadi bualan ramai, ‘Penthouse’.
Sajian kandungan vernakular terus
menjadi pilihan penonton dan di antara yang merekodkan pencapaian adalah
seperti kandungan IP kami, program berbentuk bual bicara; ‘Evening Edition’ dan ‘Prime Talk’ dan program signature berbahasa Cina,
‘Classic Golden Melody’ serta dokumentari ‘Social Playlist’. Selain dari itu, drama bersiri ‘Tamiletchumy’ di Astro
Vaanavil dan filem ‘Vetti
Passenge’, ‘Vedigundu Passenge’ dan ‘Appalam’ turut mendapat tempat di hati peminat.
‘Astro 25’ di Saluran 100 untuk semua
Mulai
16 Ogos hingga 3 Oktober ini, semua pelanggan Astro boleh menonton ‘Astro 25’
di saluran 100 dan nikmati judul-judul terkini seperti berikut:
•
Tanah Tumpahnya Darah Kita, sebuah
dokumentari yang berkisahkan tentang seorang lelaki yang setia berkorban dalam
melaksanakan tugas hakikinya sebagai tentera dan menceritakan segalanya
menerusi surat kepada isteri dan keluarga tercinta. Dalam surat itu, turut
dikongsikan bersama kisah-kisah tentera lain yang berani menjaga negara tanpa
mengira bangsa, agama, bahasa dan adat masing-masing. Untuk menjejak kembali
langkah dan setiap ujian yang perlu dilalui individu-individu berani ini, kami
mengumpul sekumpulan artis muda negara termasuklah Red Hong Yi yang bersetuju
untuk terlibat menjayakan tafsiran semula pengorbanan setiap tentera kita ini.
•
We Are No Different oleh Chiu Keng
Guan – ini merupakan dokumentari pertama yang mengangkat kisah ‘interracial
adoption’ atau penerimaan di antara kaum di kalangan keluarga dalam negara
ini yang kerap kali terlepas pandang oleh masyarakat, namun dianggap sebagai
sesuatu yang normal. Kita akan berkenalan dengan Hero, Sarah, Lavinya dan
Kamala yang mana mereka akan berkongsi kisah mengenai penerimaan ramai dan
kekuatan cinta / sayang yang melebihi dari ikatan darah daging.
•
Journey To Stardom yang membawa kita
semua menelusuri kisah barisan selebriti kesayangan ramai dalam merealisasikan
impian masing-masing.
Pelanggan
juga boleh menikmati pelbagai sajian menarik melebihi 150 judul yang
membariskan program-program tempatan dan filem-filem serantau, seleksi
rancangan realiti dan hiburan kegemaran ramai, dan banyak lagi kejutan menanti
anda. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem terhebat tanah air
seperti ‘Ola Bola’, ‘The Journey’, ‘Paskal’,
‘Polis Evo’, dan ‘Hantu Kak Limah’,
yang mana telah merekodkan kejayaan pecah panggung, melangkaui jangkaan dan
impian ramai.
Ketua
Pegawai Kreatif, Naga DDB Tribal, Alvin Teoh, berkata, “Kisah yang
diangkat dalam dokumentari ini mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.
Saya diinspirasikan dari kisah bapa saya sendiri, yang merupakan seorang
pegawai artileri, yang berkhidmat dan bertugas rapat dengan barisan tentera
yang hadir dari pelbagai latar belakang dan bangsa ketika fasa Darurat dan
Konfrantasi. Saya cukup terhutang budi dengan setiap mereka yang terlibat dalam
membawakan kisah ini kepada umum, kisah sekumpulan lelaki dan wanita dari
pelbagai etnik yang bersatu padu, hadir sebagai ‘kita’, demi memastikan erti kebebasan
yang kita semua kecapi pada hari ini.”
Red
Hong Yi berkata, “Tanah Tumpahnya
Darah Kita begitu memberi makna yang besar buat saya, kerana sebelum ini,
saya tidak begitu mengetahui mengenai pengorbanan yang dibuat barisan tentera
kita. Menerusi pertemuan yang dibuat dengan bekas tentera kita ini, saya
menyedari akan begitu banyak pengorbanan yang dibuat oleh ramai orang, tanpa
mengira latar belakang masing-masing. Mereka lakukannya kerana mencintai negara
ini. Besar harapan saya agar hasil seni yang saya zahirkan ini akan membuka
mata kita semua akan pengorbanan barisan bekas tentera kita ini, dan mereka ini
wajar diberikan penghormatan, menjadi kebanggaan dan setiap pengorbanan mereka
kepada negara ini perlulah dihargai.”
Tayangan Perdana ‘On Your Mark’ Astro First
Filem
sulung pengarah, Chiu Keng Guan di China, ‘On Your Mark’, akan mula menemui
peminat di rumah masing-masing menerusi Astro First (Saluran 480) pada 26 Ogos
2021. ‘On Your Mark’ berkisahkan tentang seorang bapa yang membantu anak kurang
upayanya terlibat dengan acara marathon. Filem ini berjaya merekodkan kutipan
keseluruhan sebanyak RM100 juta di China. Chiu berkata, “Saya cukup
teruja dengan sambutan yang diberikan oleh ramai pihak ketika filem ini
dilancarkan di China baru-baru ini. Saya berharap filem ini dapat menyentuh
hati rakyat Malaysia, terutamanya kisah kasih sayang ayah-anak yang dipaparkan
dalam naskhah ini. Harapan saya juga, filem ini akan memberi inspirasi kepada bakat-bakat
muda pembuat filem negara untuk mencapai impian mereka dan mengorak langkah
lebih jauh lagi dalam bidang ini.”
Nantikan Lebih Banyak Lagi Dari Kami
Astro
Radio akan membawakan sajian istimewa termasuklah 25 pilihan terhebat, 25
lagu-lagu tempatan popular dan banyak
lagi menerusi aplikasi SYOK dan merentasi kesemua stesen radio naungannya.
RAAGA juga akan membawakan konsert maya 90-minit di platform Facebook
bersempena dengan Hari Kemerdekaan, pada 31 Ogos 2021, yang mana akan dihadiri
oleh ramai selebriti tempatan.
Astro
dengan rendah hati dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk berkhidmat
selama 25 tahun kepada rakyat Malaysia. Kami akan terus komited untuk
menghiburkan anda semua dengan membawakan informasi-informasi terkini merentasi
TV, radio, digital dan platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut mengenai
sambutan ulangtahun ke-25 Astro dan sajian-sajian menarik menanti anda, serta
informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, sila layari www.astro.com.my/bettertogether.
Comments
Post a Comment