MEER NASH BAWA SERIBU TAHUN KE TIKTOK ?
Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih
sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana
Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar.Pendek kata irama lagu
berkenaan boleh membuai rasa dan menyentuh jiwa. Jadi tidak pelik apabila lagu
itu boleh sohor kini di aplikasi TikTok baru baru ini.Lantas TikTok
bersama Universal Music
Malaysia tampil dengan
usaha terus mengembalikan kegemilangan karya berkenaan
dengan memilih Meer Nash untuk menyanyikan semula lagu itu.Bagai orang
mengantuk disorongkan bantal,
keputusan berkenaan mengujakan
Meer atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd.
Nashrul."Apabila pihak TikTok berkata lagu
itu sedang 'trending'
semula dalam aplikasi
mereka dan ingin menerokai kemunculan semula, saya
sendiri terkesima. Iyalah kerana dalam ramai ramai artis, diri ini yang
terpilih."Tambah pula saya sendiri secara peribadi meminati lagu
berkenaan. Saya percaya bukan diri ini saja yang meminatinya, malah ramai lagi
orang di luar sana berasakan hal sama," katanya.Kata penyanyi
yang mendapat jolokan
Oppa Malay ketika menyertai
program I Can
See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu,
perancangan menjadikan usaha ini bermula sekitar 29 Mac lalu.
SIARAN MEDIA"Seterusnya
terjadi perbincangan antara
TikTok dan Universal
Music hingga wujudnya
kumpulan WhatsApp. Malah dengan
situasi semasa pandemik
COVID-19, mesyuarat dan
perbincangan juga dibuat menerusi
aplikasivideo Zoom."Saat itu,
perbincangan juga dilanjutkan dengan membabitkan pemuzik untuk
susunan semula lagu itu, tarikh
rakaman dan pelancaran serta sebagainya.Akhirnya lagu itu dirakamkan pada 18
Mei lalu di RMP Production di Damansara Perdana," katanya.Tambah penyanyi
lagu Saranghae itu lagi, proses rakaman berjalan lancar."Saya berjaya
lunaskan proses rakaman
sekitar tiga keempat
jam. Tak saya
nafikan lagu itu
sangat meruntun jiwa. Perkara
yang paling mencabar
untuk dilakukan ketika
merakamkan lagu ini
ialah di bahagian
harmoni."Nak dijadikan cerita, emosi itu jadi terbawa bawa lagi sebab saya
baru saja putus cinta. Jadi barangkali situasi itu memudahkan saya menyelami
bait lirik lagu berkenaan," katanya yang enggan larut dengan perasaan
kecewa putuscinta.Sempat ditanya apakah dia mengenai pelantun asal lagu
berkenaan, Meer mengakui pernah berjumpa Imran beberapa tahun lalu."Saya
tidak mengenalinya secara rapat. Tapi pernah berjumpanya dalam acara hiburan
ketika lagu itu rancak dipromosikannya."Bayangkan kali pertama jumpa, saya
ini bukanlah sesiapapun ketika itu, tapi Imran banyak berkongsi ilmu dan
nasihat berkaitan seni. Sejak itu saya terus meminatinya,"
katanya.Sebagai komposer, Meer
juga sehabis baik
mendalami maksud dalam
lagu berkenaansekali gus memudahkan proses rakaman dilakukan.
SIARAN MEDIA"Malah saya pernah
merumuskan lagu ini
dalam bentuk sinopsis.
Daripada perspektif saya,
lagu ini maksudnya menceritakan
mengenai kekesalan dan
rasa kehilangan terhadap
insan tersayang sama ada ahli keluargaataupun
kekasih."Disebabkan kekesalan itu
juga, watak dalam
lagu berkenaan sanggup
melakukan apa saja
untuk kembali menambat hati insan yang telah ditinggalkan."Tidak
kira berapa lama jangka masa atau betapa jauhnya perjalanan itu, dia sanggup bertahan. Tiada
istilah putus harapan dalam dirinya hingga sanggup mempertaruhkan segala
galanya," kata Meer.Dalam
perkembangan lain, Meer
masih rancak mempromosikan
lagu Saranghae yang
diciptanya sendiri."Lagu
itu dilancarkan sekitar
lebih sebulan lalu.
Buat masa sekarang,
saya masih terus mempromosikannya."Dalam masa
sama, saya juga cuba mencuri ruang mencipta
lagu baru untuk single seterusnya.
Cuma biasalah lama terperuk
dalam rumah, ilham
itu tenggelam timbul.
Otak pun tepu,
kreativiti berkurangan."Pastinya saya sendiri tak sabar untuk
menantikan reaksi peminat terhadap rendisi lagu Seribu Tahun,"
katanya.Sementara itu, Ketua Pemasaran, TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei
berkata pemilihan lagu itu dibuat
berdasarkan impak tular yang dicatat sejak awal tahun ini.
SIARAN MEDIA"Lagu itu kembali tular di TikTok hingga menembusi
carta lagu hit Malaysia di stesen radio ERA dan Hot FM.Setakat ini lagu itu
sudah mencapai lebih daripada 41 juta paparan dan 20,000 video dimuat naik di
aplikasi TikTok," katanya.Katanya lagi, lagu berkenaan juga masih relevan
hingga kini." Lagu Seribu Tahun adalah antara karya hebat yang melonjakkan
nama Imran Ajmain. Di tambah pula dengan
impak drama popular Kerana Cintaku Saerah
arahan Shahrulezad Mohameddin disiarkan di TV3 turut diminati ramai,"
katanya.Pemilihan Meer Nash memberi nafas lagu terbabit juga sejajar dengan
pendirian TikTok yang sentiasa membuka ruang kepada bakat baru menyerlahkan
potensi mereka."Sejak dulu lagi,
TikTok berdiri sebagai
platform kepada artis
baru untuk menyerlahkan kreativiti mereka. TikTok
berfungsi untuk mencungkil
bakat dalam bidang
seni dengan menyediakan
tempat untuk artis baru
sama kreator membina
rangkaian pengikut dan
sekaligus berhubung dengan masyarakat."Meer Nash merupakan
salah satu bakat yang kami ingin terus meneroka kebolehan yang dimilikinya.
Bakat dan populariti
yang diraihnya di
TikTok serta arus
muzik perdana selayaknya
menjadi isyarat untuk lagu penuh makna
ini dihidupkan kembali dengan caranya tersendiri. Meer Nash mempunyai vokal
yang cukup merdu dan sesuai memberi jiwa kepada lagu itu,"
katanya.Dalam pada itu,
beliau melihat kerjasama
erat terjalin antara
TikTok dan Universal
Music Malaysia selama ini perlu
diperluaskan tanpa sempadan."Universal
Music antara rakan
kongsi kami sepanjang tahun
ini. Baru-baru ini,
kami bekerjasama merakamkan lagu
Kecoh Raya buat
rakyat Malaysia dan
sama sama menemui
bakat baru dan berpotensi untuk menjadi sebahagian
daripada projek berkenaan.
SIARAN
MEDIA"Universal Music memiliki pasukan kerja berpengalaman dan
profesional. Malah cadangan diberikan cukup
bernas dan kreatif. Jadi kami melihat kerjasama
terbaru ini akan memberi impak
lebih besar kepada komuniti TikTok dan seluruh Malaysia,"
katanya.Lagu ini boleh didengarkan di kesemua pelantar pentsrimandigital
seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX,
Deezer dan YouTube
Music mulai 13
Ogos 2021 jam
12 tengah malam.
Manakala, lirik videonya pula
boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash pada hari yang sama
Comments
Post a Comment