Remy Ishak Sah Bergelar Suami Kepada Ezza Yusof



 Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk



 cincin sebagai mas kahwin. Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya



 Rozman Yusof. Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah. Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar. Pasangan ini turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat “Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami


 berdua.” Majlis telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19. Terdahulu Remy Ishak telah membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!