Zarul Umbrella kembali dengan single terbaru berjudul ‘SEPENUH HATI’



 Setelah keluar dengan single terakhir berjudul ‘REMUK’ pada tahun 2018, kini Zarul Husin atau lebih dikenali dengan Zarul Umbrella kembali dengan single terbaru berjudul ‘SEPENUH HATI’ hasil ciptaan komposer terkenal AJAI dan lirik ditulis oleh IMAN IMRAN. 

Zarul amat berbesar hati diberi peluanguntuk menyanyikan lagu ciptaan AJAI kerana sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau tidak pernah mendapat hasil sentuhan karya komposer tersebut. Mengikut kata pencipta lagu ini, Ajai mengatakan single ‘SEPENUH HATI’ ini yang mempertaruhkan irama balada, mempunyai elemen latin seperti lagu popular Umbrella

‘BUKALAH HATIMU’. Belaiu yakin bahawa Zarul dapat menyampaikan lagu ini dengan baik kerana Zarul mempunyai latin groove yang baik. Projek single ‘SEPENUH HATI’ ini diterbitkan oleh INISIATIF SENI KREATIF (ISK) dengan kerjasama WAKE THE BABY RECORDS SDN BHD dan diedarkan oleh UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA. 



Bagi perkembangan terbaru Zarul , beliau kini semakin aktif di sosial media terutama di channel youtube beliau ZARUL UMBRELLA dengan kandungan mengenai perkhidmatan penerbangan awam seluruh dunia. Cuma kekangan di waktu pandemik ini menghadkan beliau untuk membuat penggambaran bagi mencari kandungan yang lebih menarik. Namun, baru-baru ini beliau tampil dengan sketsa pendek mengenai ragam penumpang dan cabin crew. Single ‘SEPENUH HATI’ ini telah berada disemua platform digital serta Official music video ‘SEPENUH HATI’ ini telah pun dilancarkan pada 30 July 2021 di channel youtube UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA jam 9 malam

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE