6 Finalis berentap rebut gelaran Juara COF LOCKSTAR
Program realiti pertama secara
dalam talian terbitan syarikat rakaman COF Music iaitu COF LOCKSTAR bakal
melabuhkan tirai menerusi peringkat akhir pada 2 Oktober, jam 9 malam di saluran
YouTube COF Music.
Enam finalis berentap bagi
merebut gelaran Juara COF LOCKSTAR sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM50,000
yang mana merangkumi wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.
Tempat kedua, membawa pulang
RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi.
Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu 'Most Creative' dan 'Most
Viewers' yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.
Enam peserta akhir terdiri
daripada Azumi, Jiha Akhir, Ryan Razali, Yusuf Kassim, Zee Rahmat dan kumpulan
Banyak Bunyik Republik.
Pengarah Urusan COF Music, Aman
Nassim berkata, COF LOCKSTAR yang bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang
bersandarkan pada bakat akhirnya dapat dicapai berdasarkan kualiti enam finalis
itu.
“Semua finalis ada kelebihan masing-masing.
Malah, mereka juga daripada genre berbeza. Sebagai contoh, macam Zee Rahmat dia
ada gaya tersendiri yang mana lebih pada R&B. Kalau Ryan pula rapper.
Begitu juga band yang mengetengahkan muzik yang unik. Ketiga mereka ini beri
persaingan hebat.
“Dari minggu pertama hingga empat, produksi
sudah memberikan pelbagai genre lagu kepada mereka. Jadi, untuk pentas akhir
ini mereka bakal mempersembahkan satu lagu nyanyian semula atau ‘cover version’
dan satu lagu baru yang diciptakan khas buat mereka.
Untuk ‘final’, kita sudah rakam persembahan dengan
iringan ‘live band’. Kita nak tahu sejauh mana kemampuan mereka membuat
persembahan secara ‘live band’. Komen juri dan keputusan saja dibuat secara
langsung.
“Berdasarkan persembahan mereka sepanjang empat
minggu lalu sehingga layak ke pentas akhir, saya berasakan mereka sudah bersedia
masuk pasaran muzik tempatan. Kesemua fnalis ini ada kelebihan mereka jika
masuk industri. Kita sudah nampak hala tuju muzik mereka nanti. Pendek kata,
mereka ada potensi besar untuk menyerlah. Mereka antara daripada 2,000 peserta yang
hebat. Sebagai label perlu ketengahkan bakat mereka
Sebagai pelapis dalam industri,” katanya.
Aman berkata, single baharu yang dipersembahkan
pada peringkat akhir nanti bakal dirakamkan semula dalam versi studio bagi
tujuan pasaran komersial dan promosi.
“Lagu baru yang dinyanyikan pada pentas akhir adalah
single mereka. Untuk pasaran komersial dan promosi pula akan dirakam lain. Sebab
untuk akhir ini saja mereka kena menyanyikannya secara langsung dengan band.
Mereka bertuah apabila ‘live band’ diiringi oleh beberapa individu hebat dalam
bidang muzik. Semua memberikan kerjasama baik.
“Setakat ini kita masih kekal dengan perancangan
untuk menjadikan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sebagai artis COF
Music. Untuk yang lain pula akan dibincangkan kemudian. Kalau ada perancangan
itu kita akan ambil mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Aman optimis untuk meneruskan COF
LOCKSTAR pada musim kedua selain menerbitkannya di beberapa negara lain seperti
Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
“Musim pertama ini kita mendapat maklum balas
yang bagus. Jadi, musim kedua akan diteruskan tahun depan. Dengan adanya
program ini ramai bakat baru nak tonjolkan diri. Sebab ramai terlepas nak
masuk. Mereka mahu menjadikan program ini sebagai platform mereka. Insya-Allah,
kalu ada stesen TV atau pihak lain sebagai contoh platform OTT yang ingin
bekerjasama, saya okay saja.
“Cuma, apa saya harapkan memang nak buat di COF
LOCKSTAR Indonesia. Sekarang ini dalam proses ke arah itu. Jika semua berjalan
lancar, insya-Allah ia berlangsung tahun depan. Selain itu, saya juga
menyasarkan nak kerjasama dengan beberapa negara lagi seperti Singapura,
Thailand dan Brunei. Kiranya, kalau dapat semua ini, musim akan datang kita nak
‘live stream’ dengan semua negara ini dalam menjayakan COF LOCKSTAR,” katanya.
Comments
Post a Comment