Jom BerEnglish Bersama Joe Flizzow
SOLS 24/7 sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan pendidikan dalam masyarakat, mengubah kehidupan dan merevolusikan cara orang belajar. Sejak dua dekad yang lalu, mereka telah melakukan penyelidikan yang meluas untuk mencipta program yang akan memberi manfaat kepada masyarakat yang sangat memerlukan sokongan pendidikan.
Bermula sebagai pakar dalam mengajar bahasa Inggeris kepada mereka yang tidak mempunyai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang sangat asas, sejak daripada itu SOLS 24/7 mula berkembang dan menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Work Essential English (Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaan) untuk lepasan sekolah menengah, universiti, tujuan perniagaan serta menjadi penyedia perkhidmatan bagi persiapan untuk pekerjaan dan pendidikan digital.
Kini, pasukan SOLS 24/7 telah membangunkan aplikasi pembelajaran, SOLS Edu, yang memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk belajar bahasa Inggeris. Dalam usaha menjadikan kandungan pelajaran lebih menarik, proses pembelajaran Bahasa Inggeris akan dibantu oleh artis terkenal, Joe Flizzow, menerusi aplikasi yang akan dilancarkan pada 26 Oktober 2021 ini!
"Terdapat pepatah dalam dunia hip-hop, "Real recognise real", dan saya mengiktiraf kerja yang telah dilakukan oleh SOLS Edu sepanjang 21 tahun lepas membabitkan 500,000 pelajar di 7 buah negara," kata Joe Flizzow. "Ketika saya bercakap dengan Pengasas-CEO SOLS 24/7, Raj Ridvan Singh, atau Teacher Raj (TR), sebagaimana yang beliau ingin dikenali, menjadi sangat jelas bahawa kami mempunyai matlamat yang sama dalam membantu orang muda mencapai potensi penuh mereka. Ketika itu saya tahu bahawa bekerjasama dengan SOLS Edu dalam projek ini dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar menerusi aplikasi SOLS Edu adalah cara terbaik untuk saya menyumbang kepada masyarakat.”
Bukan sahaja mengetahui ilmu asas bahasa Inggeris, program ini turut memberikan akses percuma dan kaedah pembelajaran yang teratur untuk belajar bahasa Inggeris. Aplikasi pembelajaran SOLS Edu menggunakan tutorial dalam bentuk video dan audio, kaedah suai padan gambar-perkataan, isi tempat kosong, dan latihan berbentuk pilihan jawapan untuk menjadikan proses pembelajaran bahasa Inggeris lebih bersifat pengembaraan interaktif. Aplikasi web progresif ini telah dibangunkan sejak 6 tahun yang lalu dan mempunyai pelbagai versi, sentiasa meletakkan matlamat untuk membantu setiap rakyat Malaysia mampu menguasai Bahasa Inggeris di tempat kerja daripada kemudahan peranti digital mereka. Kami yakin versi baru terkini aplikasi web progresif ini membolehkan pengguna menggunakan aplikasi web progresif dari mana-mana platform: platform IOS / Android, komputer riba, komputer meja dan tablet, secara dasarnya apa sahaja jenis pelayar web pada mana-mana peranti yang disambungkan ke Internet. Menjadikan aplikasi web ini benar-benar dapat diakses oleh semua orang.
Joe Flizzow berkata, "Secara peribadi, saya sentiasa menggalakkan sahabat dan rakan sekerja saya untuk belajar bahasa Inggeris supaya tiada sesiapa yang terlepas peluang untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Dan ianya sangat bagus apabila kru saya berjaya memacu kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi kerana mereka berjaya menguasai bahasa; Saya gembira untuk mereka."
Joe Flizzow akan mengajar pelajar tentang 28 topik (52 pelajaran) yang merangkumi asas bahasa Inggeris, dan apabila semua pelajaran berjaya diselesaikan, sijil akan dikeluarkan. Setelah mereka menamatkan kursus, pelajar akan lebih bersedia dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata untuk menduduki kertas Ujian Bahasa Inggeris Cambridge yang terpilih. SOLS 24/7 merupakan Pusat Penilaian Sah Bahasa Inggeris Cambridge.
"Ini adalah aplikasi yang mengagumkan, dengan kaedah belajar bahasa Inggeris yang lebih mudah," kata Joe Flizzow. "Pelajar yang berminat hanya perlu melanggan aplikasi SOLS Edu dan saya akan membimbing mereka melalui setiap pelajaran."
SOLS Edu mempunyai kaedah yang terbukti berkesan untuk mengajar bahasa Inggeris menggunakan bahasa ibunda pelajar. Kaedah dan program Bahasa Inggeris ini telah diiktiraf dan menerima anugerah dari pihak berkuasa tertinggi dalam bidang Pendidikan. Antaranya adalah anugerah yang paling terkenal iaitu Anugerah UNESCO untuk Inovasi Pendidikan pada tahun 2016.
TR, pengasas-CEO SOLS berkata, “Sejak kami menubuhkan SOLS pada 21 tahun yang lalu, impian kami adalah untuk membantu sebanyak mungkin orang muda untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti sehingga mereka memperolehi pekerjaan dan keluar dari kemiskinan. Hari ini dengan kuasa teknologi dan bertahun pengalaman, kami percaya akhirnya kami mempunyai program Bahasa Inggeris yang mampu membantu setiap rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja di dunia, kerana program kami ini boleh disesuaikan dengan apa-apa populasi di setiap atau mana-mana negara sekali pun, untuk belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih berkesan, cepat dan yang paling penting, percuma.
"Ini merupakan impian kami - di mana semua orang di dunia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris untuk tujuan belajar, melancong, bekerja dan berurus niaga; inilah sebenar-benarnya jalan menuju kejayaan. Bersama Joe kami dapat merealisasikan impian ini.”
TR meneruskan lagi, "Bahasa Inggeris selalu dianggap sebagai eksklusif kerana hanya golongan kaya, kelas pertengahan atas dan terpelajar sahaja yang dapat menguasainya. Tetapi bagi saya, bahasa Inggeris sentiasa terangkum (inclusive) dan ia adalah untuk kita semua. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya pada hari ini, setelah 21 tahun menjalankan penyelidikan, percubaan, ralat dan inovasi berterusan, kami mempunyai penyelesaian untuk setiap orang dewasa. Bagi kami di SOLS, Pendidikan senantiasa menjadi penyamarata terbaik dan hari ini kami ingin memastikan penguasaan Bahasa Inggeris tersedia untuk semua. Kami sentiasa bersemangat untuk membawa pendidikan berkualiti dan juga pensijilan kepada orang ramai: kini SOLS Edu merupakan penyelesaian kami untuk ini.
Comments
Post a Comment