LAGU PELUANG KEDUA, NABILA RAZALI RAIH 2X ANUGERAH PLATINUM, RAIH HASILLEBIH RM400,000 DI PLATFORM STREAMING, YOUTUBE
LEBIH
setahun dilancarkan lagu
Peluang Kedua nyanyian Nabila
Razali berjaya meraih 2x Platinum Award iaitu hasilmelebihi RM400,000 di semua
platform streaming dan YouTube. Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia
satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan
lagu tersebut berbaloi. “Alhamdulillah ini merupakanpencapaian terbaik Bella
buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu
ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang
Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. “Saya
berharap peminat akan terus menyokonglagu baru saya yang akan keluar tidak lama
lagi,” katanya.Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum
Award kerana memenuhi kriteria
berjaya mendapat
hasilsehingga RM400,000. Syarat
untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih
hasilsebanyak RM200,000.Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan
itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael
Husaini dan MFMF
itu sendiri merupakan
produk yang bagus
dan berkualiti. Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan
lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.
“Bagi Bella, setiap produk yang
dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya
bukan kita sahaja
suka, tetapi peminat
juga suka dan
boleh relate dengan lagu tersebut. Ini merupakan satu
faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua
lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” katanya.Dalam perkembangan
lain, Nabila memberitahu
dia bakal melancarkan
lagu baharu tidak lama lagi. Seperti Peluang Kedua, dia
berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik
Malaysia
Comments
Post a Comment