Uji Bakat The Audition 2021

 


The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan  Armani Entertainment Group (AEG).

 

Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat  peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.

 

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, kami di AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua,  berkata pihaknya yakin dengan  kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat  dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

 

“Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan  lebih berdaya saing.

 

“Ledakan teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni lain termasuk kerja-kerja di sebalik tabir.

 

“Mereka perlukan menjadi seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin masa depan,”  katanya.

 

 

 

 

 

The Auditon 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang video mereka disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan hakim profesional, yang terdiri daripada selebriti terkenal  tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila

Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita,  Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan Dynas Mokhtar.

 

Uji bakat itu akan diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota

Kinabalu (Sabah).

 

Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000.

 

Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.

 

Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.

 

 

Armani Entertainment Group (AEG)

 

AEG adalah syarikat pengurusan artis yang berfungsi menguruskan artis secara profesional.

 

Syarikat ini akan memastikan pengurusan  yang teratur dan kosisten dalam memastikan karier mereka berjalan lancar dan kebajikan artis terjaga.

 

Di samping itu,  AEG turut mengembangkan peranannya dalam penghasilan kandungan video untuk televisyen, media sosial, korporat, promosi, komersial, dan pengurusan media.

 

AEG menyediakan kepakaran yang diperlukan pelanggan untuk setiap perkhidmatan yang disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM