NABILA RAZALI BAKAL LANCAR SINGLE BAHARU PUTUS JAM 9 MALAM INI, HADIAH ISTIMEWA BUAT PEMINAT SEMPENA HARI JADI
Selepas mencatat kejayaan luar biasa
menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul
dengan single baharunya berjudul PUTUS.
Lebih menarik lagu berentak balada
ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura,
Erwin Purnama.
“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua
yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat
peminat. PUTUS merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan
tahun dalam industri seni. Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar
oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia
dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan” ujarnya.
Nabila melancarkan official promo
video PUTUS pada pukul 9 malam Jumaat di YouTube Nabila Razali
Entertainment sempena hari jadinya ke- 29 pada Sabtu. Tambahnya, single ini
menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan
bangunnya dalam kerjaya seni.
“Saya pilih tarikh pelancaran sempena
hari jadi saya kerana mahu PUTUS menjadi kenangan manis buat saya. Ia
juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada
saya di atas atau di bawah,” ujarnya.
PUTUS mengisahkan tentang sebuah
percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang
mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari redha dan pasrah di atas ketentuan
takdir.
Dia harus meneruskan hidup tanpa ada
lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga
terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri. PUTUS merupakan lagu kedua
terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music
Malaysia.
Selain itu, lagu Putus juga boleh
didengari di semua platform streaming bermula 19 November ini.
Link: https://youtu.be/IRIy35iubF0
Comments
Post a Comment