Pelbagai Tawaran Terhebat Menanti Pelanggan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 Go Shop Menerusi Kempen “Happy Together”
peneraju perniagaan
beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia hari ini melancarkan kempen
sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party”
yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober). Program
istimewa yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan ramai selebriti
tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi,
Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan
Daud dan Linda Onn.
Majlis sambutan terbesar
Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1,
Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif. Banyak produk menarik menanti penonton
termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah termasuklah
perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital. Jangan lupa
untuk menyaksikan siaran langsung “Birthday Live Party” dari jam 9.00
pagi hingga 1.00 petang di Astro Saluran 118. Pelanggan juga boleh strim
menerusi aplikasi Go Shop atau layari www.goshop.com.my. Pelancaran siaran “Happy
Together Live Party” ini, ia menandakan permulaan sambutan ulangtahun
Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini. Jangan lepaskan
peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif di semua
platform Go Shop.
Ketua Pegawai Eksekutif
Go Shop, Christinne Lim, berkata: “Go Shop pada
hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan
beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia, justeru jutaan
penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan
perniagaan dan vendor / pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang
tujuh tahun perjalanan kami ini. Mengangkat tema “Happy Together” untuk
sambutan ulangtahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk
membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan
kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana. Kami sentiasa komited
untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan
kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada
nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman
membeli belah terunggul dari kami.”
“Lanjutan tempoh
fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah
menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian
secara atas talian. Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami
terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan,
dicetuskan dari pembelian di atas talian. Tambahan lagi, dengan peningkatan
popularity rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah
sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama
terkemuka untuk kategori-kategori ini. Kolaborasi ini telah
menghasilkan/menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik
kecergasan dan kesihatan.”
“Go Shop merupakan
sebuah platform membeli belah dari rumah yang terkenal dengan sajian produk
berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama yang
dipercayai ramai, dari produk-produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan
makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih
segar dan moden – kemas, memudahkan, hadir dengan fungsi yang pelbagai dan pada
masa yang sama mampu mengekalkan kehidupan yang sihat sejahtera. Menariknya
lagi, kami di Go Shop akan sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak
produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati
kehendak setiap pelanggan. Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah
melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tiduri - Royal Field and La Belle;
jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk
berkualiti kepada pelanggan,” jelas Christinne lagi.
Kempen
sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini
menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan
tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga
30 November 2021. Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk
terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran
menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan
terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik
tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama
lagi!
Sepanjang
berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran
diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain
dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar
diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan
“Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk
peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000! Anda juga
boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan
GrabPay eWallet
dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya
tempoh kempen.
Jangan lepaskan peluang
untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari - Go Shop RUUMA Saluran 118,
GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai
tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop. Layari laman sesawang
rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun
aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.
Comments
Post a Comment