AZZAM & SHERYL KINI SAH BERGELAR SUAMI & ISTERI




PETALING JAYA, 01 JANUARI 2022 - Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham, 24, atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham telah selamat di ijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri , 24, di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan pada awal pagi ini. Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl.

Pasangan selebriti ini telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman yang sama, telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak awal September yang lalu tahun ini dan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas 4 bulan dari tarikh pertunangan mereka. Istimewanya juga majlis pertunangan sebelum ini dilakukan pada hari kelahiran Sheryl Shazwanie.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat ini, telah berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan awal pagi ini dan selamat dijalankan dengan ikatan yang sah melalui satu lafaz oleh Azzam yang kini sah menjadi suami bersama pasanganya Sheryl Shazwanie pada jam 10 pagi disaksikan ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka pada hari ini yang akan dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil kecilan dan tertutup di Shah Alam berikutan prosedur SOP yang ditetapkan dalam langkah berwaspada mengikut bilangan jemputan yang sangat terhad.

Mengulas lanjut juga, Azzam yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik yang menaruhkan single Cinta Jangan Pergi ciptaan Asfan Shah & Fedtri Yahya pada 31 Disember semalam, selain berasa lega dan bersyukur, beliau akui amat gementar dalam memikirkan persediaan beliau di pentas semifinal dan persediaannya menuju hari bahagia pada hari ini. Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal, dan sekiranya diberi peluang ke pentas Anugerah Juara Lagu dia akan tidak akan mensiakan peluang emas itu dan berjanji melakukan yang terbaik kata Azzam, yang dalam perancangan mengeluarkan single duet bersama isterinya Sheryl selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!