DATO AC MIZAL BERGANDINGAN BERSAMA ANAK, DAMIEN DI DALAM ‘MINE
Darah seni yang mengalir dalam tubuh
artis versatil, Datuk AC Mizal, 49, kini dipanjangkan anak terunanya, Muhammad
Reeve Damien berusia 18 tahun.Legasiyang
diteroka suami kepada
Datin Emylia Rosnaida
ini sejak menganggotai kumpulan rap 4U2C meledak
di era 90-an
ternyata
berkesinambungan.Lamaran syarikat
rakaman Universal Music Malaysia menyunting
anaknya yang selesa
dipanggil Damien disambut baik.
Penantian sekian lama
juga cukup berbaloi
biarpun harus menempuhi
situasi tak terduga pandemik COVID-19
hingga melengahkan tempoh
waktu perancangan asal
single sulung berjudul
MINEdilancarkan.Istimewanya juga, MINEbuat julung kali menyaksikan gandingan
pertembungan dua generasi antara pengacara popular itu dengan
anaknya."Segala serbi mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan
lagu ini membuatkan saya teruja dan
bangga. Semuanya dibuat
dengan teliti.Untuk single
pertama anak saya menyatukan kami
dan menjadi sisi
lain yang buat
tersentuh hati dan
terharu. Tak pernah terjangka semua ini akan berlaku dan
tersusun cantik.”"Penantian
bertahun tahun yang saya pendam dan harap, benar benar direalisasikan.
Akan datang saya dan
dia akan satu
pentas membuat persembahan.
Ia rasa yang
tak terungkap dengan kata
kata," kata pemilik nama sebenar Mizal Zaini itu.
SIARAN MEDIAKata AC yang pernah dua kali
mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH itu, beliau berkata MINEjuga melihat
pertaruhan anaknya sebagai
penerbit lagu, penulis
lirik selain menyumbangkan
vokal.MINEyang bernuansa Pop R&B dan hip hop dicipta khas oleh Adam E,
Freddie Laut dan ADL. Nukilan lirik pula gabungan idea Damien, AC di samping
Adam E dan ADL."Lagu ini sepatutnya
dilancarkan tahun lalu. Tapi siapa
mampu menebak, dunia
diserang wabak COVID-19 hingga
sekatan pergerakan dilaksanakan.
Setahun juga menanti
kerana perlu berdepan beberapa siri penangguhan."Jadi ia
akhirnya dibawa tahun
ini. Lagu itu
dirakamkan 3 Januari
lalu. Manakala video muziknya pula
dilunaskan penggambarannya pada
10 Oktober lalu.Saya
serahkan tanggungjawab
memberi nyawa untuk
lagu ini kepada
anak. Lagipun anak
saya lebih arif dengan apa yang dirasakan sesuai pada
zaman sekarang," katanya.Malah, pelakon francais drama dan filem Gerak
Khas itu juga bangga kerana melihat Damien
cukup bersedia dengan setiap proses dari A hingga Z."Saya sendiri
tak mahu projek lagu duet ini jadi asal boleh. Saya dan anak mahu ia dihasilkan
sesempurna mungkin. Pihak
Universal Music sendiri faham
kehendak dan hala
tuju diingini kerana saya jenis
yang mementingkan kesempurnaan. Pendek kata, bunyi, susunan lagu dan video
muzik sampai pada paras kepuasan saya."Ternyata anak
saya seperti lulus
dengan baik untuk
percubaan sulungnya ini.
Tak banyakaspek yang perlu
diubah. 'Feel' yang dizahirkannya dalam lagu ini juga kena. Saya sendiri juga
turut menyanyi rap dengan suntikan elemen yang baru dan tidak seperti
kebiasaan.
SIARAN MEDIA"Dalam lagu ini, kami masing
masing mengimbangi bahagian nyanyian secara samarata. Tiada siapa cuba
'overshadow'. Cuma saya mahu pengenalan
untuk memperkenalkan anak dapat diterima. Lagu ini dapat sohor kini, dimain
serta di undi di radio dan berilah ruang untuk dia menunjukkan potensi bakat
sebenarnya," katanya yang kali
terakhir tampil dengan lagu Itu Saja
pada tahun 2017.Kata AC lagi, lirik MINEmenyentuh mengenai idea bagaimana wujud
individu meminati gadis idaman dan berusaha untuk memilikinya."MINEmengenai detik
pertemuan yang bermula
daripada media sosial.
Lelaki yang mempunyai minat
terhadap seorang wanita
di media sosial
memulakan percubaan untuk mengenali gadis itu dengan menghantar
mesej langsung di Instagram (IG)."Perasaan mula jadi tidak menentu
menantikan jawapan daripada gadis berkenaan. Akhirnya gadis itu bersetuju dan
ingin berjumpa. Lalu bermulalah kisah
percintaan yang baru dipanggil cinta media sosial di alaf baru,"
katanya.Ditanya mengenai kecenderungan ditunjukan Damien dalam seni, AC berkata
anaknya mula menunjukkan minat bermain gitar di usia 10 tahun."Dia mula
berjinak-jinak dalam dunia
nyanyian selepas tamatpeperiksaan International General Certificate
of Secondary Education
(IGCSE).Sementara menunggu keputusan,
dia berlatih menyanyi setiap hari. Daripada situ, terserlah minatnya.
Malah selama enam bulan juga dia berlatih menyanyi dan mengasah vokal sebagai
persediaan sebelum merakam single MINE.
SIARAN MEDIA"Saya menyokong
100 peratus minat
dan apa yang
dilakukannya kini. Saya
juga mahu dia mengimbangi pelajaran. Dia memiliki
Diploma Pengajian Perniagaan di sebuah kolej dan akan melanjutkan pelajaran
peringkat ijazah tahun depan," katanya.AC menambah anak perempuannya, Fea
Eryssa, 13, juga meminati dunia seni kerana minat menyanyi dan
bermain piano. Bagaimanapun
Fea perlu menumpukan
dulu persediaan menjawab
peperiksaan IGCSE. Sementara itu, Damien berterima kasih kerana impian yang
ditunggu menjelma juga akhirnya."Ia
satu perasaan menakjubkan
apabila impian yang
dulu hanya angan-angan
dapat direalisasikan. Saya mahu
berterima kasih kepada
bapadan Universal Music
kerana menjadikan ia sebuah kenyataan."Saya sendiri
mengikuti kelas belajar
vokal dengan bapa
lebih enam bulan.
Lega rasanya penantian itu akan
membuka lembaran dan cabaran baru," katanya yang sudah bermain gitar lebih
lima tahun lalu.Kata Damien lagi,
dia berasa bersyukur
dan dirahmati dapat
sama sama bapa
tersayang melengkapkan portfolio single berkenaan."Saya membesar
dengan melihat perjalanan
dan perjuangan bapa
mengejar cita cita
serta impiannya. Bapa mencipta jaya dengan hebat dalam industri hiburan
tempatan.
SIARAN MEDIA"Fasa awal,
saya sejujurnya tak
dapat menyembunyikan resah
gelisah kerana tiada pengalaman. Tapi
bapa banyak membantu
dan buat saya
rasa selesa serta tidak
canggung. Tanpanya, semua ini
tidak mungkin terjadi," katanya.Kata Damien lagi, pada awalnya dia
tidak pernah terlintas mengikuti jejak langkah bapa."Hakikatnya adik
saya yang lebih
awal menunjukkan potensi
dan bakat seninya.
Saya pula ketika itu hanya
bercita cita nak jadi ahli perniagaaan atau juruterbang.Minat saya terhadap
nyanyian bagaimanapun bercambah hari demi hari apabila berpeluang melihat rutin
seni dan mula jadi berinspirasi dengan apa dilakukannya."Idola saya artis
juga komposer kelahiran Australia, Ruel dan Daniel Caesar dari Kanada turut
menyuntik semangat. Saya
sendiri ada menerbitkan
lagu suka suka
dan merancang untuk mengkomersialkannya pada waktu akan
datang," katanya.MINEmenurut
pemahaman Damien ialah
sebuah karya cinta
di era moden
termasuk sisi berdating dalam
talian."Ia berbalik kepada
kisah dan pengalaman
sendiri menjejaki seorang
gadis yang disifatkan menarik menerusi media sosial.
Keinginan untuk mendekati dan menghantar teks kepadanya cukup
kuat."Bagaimanapun usaha demi
usaha diatur tidak
dipedulikannya. Bayangkan perasaan
mesej dihantar di media sosial dibiar sepi. Perasaan tergantung itu saya
yakin ramai alaminya.
SIARAN MEDIA"Namun akhirnya, dia membalas dan memberi jawapan
pasti. Momen itu buat saya takjub. Perasaan itu cukup indah apabila rasa cinta yang
dizahirkan tidak bertepuk sebelah tangan," katanya.MINEtelah tersediadi
semua platform penstriman digital sejak10 Disember lalu manakala muzik videonya
pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia
Comments
Post a Comment