SNOOP DOGG MEMPERSEMBAHKAN: ALGORITHM(GLOBALEDITION),MENAMPILKAN JOE FLIZZOW DALAM LAGU “ALRIGHT” BERSAMAMETHOD MAN, REDMAN DANNEFERTITTI AVANI, KINI DI VIA DEF JAM RECORDINGS

 


Bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif  Kreatif  dan Strategik  DefJam  Recordings–menerajui  projek  sulungnya  untuk  syarikat rakamannya –sebuah  projek  gergasi  yang  menampilkan 32-artis, dalam 25lagu  berjudul Snoop  Dogg Presents  THE  ALGORITHM–untuk  pasaran  dunia  dengan  pelancaran ALGORITHM  (The  Global Edition).  Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.Setiap  lagu  baharu  tersebut  memaparkan  satu  atau  lebih  artis  dari  senarai  syarikat rakaman Universal Music  Group  (UMG) dari  seluruh  dunia, dan  membawa  hampir  50  bintang  hip-hop  dan  R  &  B  ke  dalam album tersebut.“ALGORITHMadalah sebuah projek yang sangatistimewa buat saya atas pelbagai sebab," kataSnoop Doggsemasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19November 2021. "Saya teruja untuk persembahkan  album ini kepada semua peminat saya  di seluruh  dunia sebagai  yang  pertama di  bawah Def Jam Records. Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasibaharu

syarikat  rakaman  ini,  kami  sedang  mengubah  gelanggang  seni  dengan  membawa  perasaan  masuk Kembali kedalam muzik.”kataSnoop.AlbumSnoop  Dogg:  Algorithm  (The  Global  Edition) merupakan  lanjutan  kepada  album Snoopyang terbaharu iaituSnoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artisdari pelbagai rantau  dan Joe Flizzow telah  dipilih  secara  peribadi  oleh Snoop sendiri  untuk  dipaparkan  dalam  lagu Alright  Redman  &  Method MansertaNefertittiAvani.“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop,Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan legenda industrihip-hopdan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam  lagu  bersama  dengan Method  Man dan Redmansambal  diperkenalkan  oleh Snoop  Doggdalam pengenalannya  adalah  sebuah  mimpi  yang  menjadi  kenyataan.Saya  rasa  ini  adalah  salah  satu  impian saya  yang  terkabul. Impian  saya  seterusnya  adalah  untuk menampilkan Snoop  Dogg dalam  album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,”kata Joe Flizzow.Keseimbangan  adunan  semula ALGORITHM  (The  Global Edition)memperkenalkan  artis tersohor  dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjurudunia.“Terdapat begitu banyak bakat dalam album ini,” kata Snoop, “pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma.  Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini,namun tidak menjelaskan perasaanyang harus dirasai. Algoritma saya  akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,”tambah Snoop.“Kerjasama  ini  bermula  dengan  sebuah  mesyuaratZOOM di  antara Snoop  Dogg dan  saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kataJoeFlizzow

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!