KOLABORASI ‘MAHAL’ MESTICA FEAT DATO’ HATTAN DALAM ISTIKHARAH

 


Inisiatif   beberapa   kumpulan   nasyid   sebelum   ini berkolaborasi dengan penyanyi solo ternama diakui berjaya menghidupkan semula irama nasyid tanah air. Biarpun lagu yang dinyanyikan itu adalah versi rakaman semula, sekurang-kurangnya usaha  dilakukan  itu  mampu  memperkenalkan  irama  nasyid  kepada  generasi  muda  hari  ini sekaligus mengumpul peminat baharu.Tidak   ketinggalan   kumpulan   Mestica   yang   kini   muncul   dengan   single   baharu   berjudul ISTIKHARAHyang berkolaborasi dengan penyanyi terkenal juga lagenda Dato’ Hattan. Mestica yang ditubuhkan pada 2003 ini antara kumpulan nasyid yang menjadi kegilaan pelajar universiti dan peminat irama itu dengan deretan lagu popular mereka.Selepas  kali  terakhir  muncul  dengan  album  Projek  Palestin –Satu  Misi  Kemenangan  bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, tahun ini Mestica yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud  (Razin),  Mohd  Khairulnizam  Zainol  (Khairul)  dan  Khalil  Khusairi  Tarmizi  (Khalil)  mencuba sesuatu yang baharu.Menurut  Razin  juga  pencipta  lagu ISTIKHARAHini,  adalah  satu  penghormatan  buat  mereka apabila Dato’ Hattan bersetuju untuk berkolaborasi bersama Mestica dalam lagu itu.ISTIKHARAHmerupakan  kerjasama  pertamaBepositive  Musicdan  juga  Masyhur  yang  diedarkan  oleh Universal Music Malaysia.

SIARAN MEDIA“Untuk lagu ini tentunya kita meletakkan harapan yang tinggi apatah lagi ini kali pertama Mestica berduet dalam satu single dengan Dato’ Hattan yang cukup besar namanya dalam industri muzik kita. Saya difahamkan Dato’ Hattan sendiri tidak pernah terbabit produksi atau singlebergenre nasyid. Ini satu penghormatan juga disebabkan Dato’ Hattan memilih kami sebagai artis nasyid pertama yang beliau berkolaborasi untuk menghasilkan satu single.“Tentunya satu penghormatan juga apabila Dato’ Hattan bukan sahaja sudi berkolaborasi malah sudi  menyanyikan  lagu  yang  dihasilkan  oleh  Mestica  sendiri.  Kita  mengharapkan  lagu  ini mendapat sambutan yang baik. Sudah pasti ia memberi impak yang besar kepada Mestica dan kepada  semua  yang  terbabit.  Dengan  sambutan  yang  baik  insya-Allah  akan  memberi  motivasi kepada  kami  untuk  terus  berkarya  dan  meletakkan  Mestica  kepada  satu  tahap  yang  baharu dalam industri muzik tempatan,” katanya.Berkongsi  lanjut  mengenai  lagu ISTIKHARAH,  Razin  berkata  lirik  lagu  itu  ditulis  oleh  isterinya, Mass Mohamad yang mana lagu itu adalah satu ‘subject matter’yang  jarang  diangkat  dalam nasyid ataupun lagu lain.“Lagu ISTIKHARAHini sebuah lagu yang cukup istimewa bagi Mestica yang mana ia adalah lagu yang  memang  dicipta  khusus  untuk  Mestica  dan  dicipta  oleh  saya  dan  liriknya  oleh  Mass Mohammad iaitu isteri saya. Lagu ini adalah satu ‘subject matter’yang  jarang  diangkat  dalam nasyid ataupun lagu lain. “Kadang-kadang mungkin ramai yang tidak tahu apa ISTIKHARAHitu. Tapi, apabila ia dijadikan inti  ataupun  isi  kepada  sebuah  lagu  maka  lebih  mudah  untuk  diterjemahkan  yang  mana ISTIKHARAHini  merujuk  kepada  solat  yang  dilaksanakan  oleh  seorang  Muslim  ketika  berada dalam persimpangan untuk membuat keputusan.

SIARAN MEDIA“Ia sinonim dalam masyarakat kita bila nak mencari atau bertemu jodoh sama ada pilihannya betul  atau  tidak.  Alhamdulillah,  isi  dan  lagu  ini  saya  kira  sangat  dekat  dengan  hati  orang  dan semua akan melalui proses ini sama adadalam jodoh, kerjaya atau apa jua situasi,” katanya.Dalam  masa  sama,  Razin  berkata,  dia  mempunyai  alasan  tersendiri  kenapa  lagu ISTIKHARAHdihasilkan  dalam  genre  balada.  Malah,  menurut  Razin  proses  rakaman  lagu  itu  juga  dianggap mencabar  kerana  Mestica sudah  lama  tidak  merakamkan  lagu  baharu  selain  perlu  berduet dengan Hattan.“Kita tahu lagu balada dan pop baladaini satu genre muzik yang sangat diminati oleh masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Saya masih ingat dari segi proses penulisan laguini ketika ia baru nak dicipta, ketika itu baru pulang dari konsert Opick di Kuala Lumpur. Ketika memandu itu  saya  dapat  melodi  ini  dan  saya  padankan  dengan  satu  lirik  sedia  ada  yang  bertajuk ISTIKHARAH.“Alhamdulillah, akhirnya ia siap sebagaimana yangdisaksikan hari dan sudah sempurna sebagai sebuah  lagu.  Proses  rakaman  adalah  satu  proses  yang  cukup  mencabar  disebabkan  kami  lama tidak masuk ke studio apatah lagi bila kita berkolaborasi dengan Dato’ Hattan tentunya ada segan dan gerun disebabkan kami ini semua membesar dengan lagu-lagu beliau.“Alhamdulllah, walaupun mencabar tetapi tetap berjalan dengan sempurna disebabkan bantuan penerbit,  rakan-rakan  dan  pasukanproduksi  di  studio.  Cabaran  sepanjang  proses,  memang banyak tetapi yang paling penting adalah bagaimana ia ditempuh dan ditangani dengan baik oleh semua yang terbabit. Saya kira cabaran inilah yang akan mematangkan dan mempersiapkan kami untuk menghadapi cabaran akan datang pula di dalam karya seterusnya,” katanya.

SIARAN MEDIASelain itu, Razin berkata mereka juga berdepan cabaran ketika menghasilkan video muzik.“Proses rakaman video muzik juga agak mencabar. Seingat saya kita buat penggambaran ‘outdoor’. Jadi, pada hari itu cuaca tidak menyebelahi kita kerana hujan turun dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran semua kru dan semua ‘talent’ yang ada maka ia dapat disiapkan juga dengan kerjasama baik daripada Dato’ Hattan sendiri. “Sama juga cabaran ketika proses rakaman kerana kami sudah lama tidak beraksi di depan kamera  untuk  sebuah  produksi  video  muzik.  Namun,  oleh  kerana  sudah  ada  perbincangan, ‘storyboard’ dan  sebagainya  akhirnya  ia  berjaya  disempurnakan  dengan  cetusan  idea  dan kerjasama yang baik daripada semua yang terbabit,” katanya.Sementara itu, Dato’ Hattan menyifatkan lagu Istikharah  adalah  lagu  yang  memberi  semangat dan sesuatu yang memberi perjuangan.“Saya ‘salute’apa yang Mestica cuba buat ini dan saya menyokong penuh singleterbaharu ini. Proses penulisan lagu ini, saya tidak ada dalam penciptaan lagu ini. Saya hanya dijemput sebagai penyanyi.  Jadi,  saya  rasa  bahagian  penulisan  dan  mengenai  penceritaan  lagu  ini  semua  saya serahkan kepada Mestica.“Dari segi proses rakaman lagu berjalan dengan begitu baik dengan bantuan daripada pakar nasyid kita iaitu Daqmie. Ia memberikan satu semangat dan memudahkan disebabkan tunjuk ajar beliau kerana saya tidak pernah buat rakaman nasyid sebelum ini,” katanya.

SIARAN MEDIAPun begitu, Hattan mengakui dia mengharapkan sesuatu yang berbeza dalam penghasilan video muzik.“Proses muzik video, sebenarnya saya harapkan perkara yang lain. Saya berharap muzik video itu menjadi sesuatu yang lain. Tapi apapun, bukan semua idea kita sama dan ia tetap bagus sebab dapat bekerjasama dengan anak muda serta pasukanyang baru saya kenal ini.“Harapan saya untuk lagu ini agar ia akan meletup dan menjadi satu lagu yang boleh dikaji oleh orang ramai agar dapat dijadikan panduan di samping mendapat kebaikan menerusi lirik lagu itu. Semoga kita terus berjuang dan semoga lagu ini mendapat tempat di hati para pendengar.Insya-Allah saya doakan semoga Mestica dan pasukan produksi terus maju pada masa hadapan. Sama-sama kita doa,” katanya

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!