YONNYBOII LUAHKAN CINTA DALAM NIKI



Selepas menggegarkan dunia muzik tempatan dengan pelbagai lagu hit, salah seorang bintang hip hop tersohor Malaysia Yonnyboii kembali dengansebuah lagi karya hebat berjudul NIKI.Yonnyboii   yang   baru   sahaja   tersenarai   sebagai  salah   seorang   peserta   akhir   anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu lewat lagunya ‘Salahku’ mengatakan NIKI, sebenarnya adalah tentang pasangan hidupnya.“Lagu ini sebenarnya tentang cinta saya kepada isteri saya Nina. Saya tulis lagu ini beberapa hari  sebelum  kami  bertunang,  sambil  membayangkan  betapa  indahnya  hari  perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas pelamin,” kata Yonnyboii tentang lagu tersebut.“Saat saya menulis lagu ini, saya seperti tidak percaya  yang  kami  bakal  bertunang  dan  hari perkahwinan  kami  semakin  dekat.  Saya  telah  pun  merancang  supaya  lagu  itu  dimainkan  di majlis resepsi. Dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh dunia,” tambahnya.Dicipta  dan  ditulis  oleh  Yonnyboii  sendiri  laguromantikitu  disusun  oleh  SeaTravel  dan diterbitkan oleh SLACK bersama Yonnyboii sendiri.Yonnyboii   yang   baru   sahaja   melangsungkan   perkawinannya   tidak   lama   sebelum   ini menyatakan bahawa NIKImenceritakan kisah cinta peribadinya. Ia mengisahkan bagaimana dia  jatuh  cinta  begitu  dalam  dengan  seseorang,  sehingga  ia  memberikan  dirinya  keyakinan baharu, membuat dirinya benar-benar rasa disayangi serta dihargai.

 

SIARAN MEDIALagu ini juga dihadirkan bersama sebuah video muzik yang agak luar biasa.“Konsep video ini agak berlainan  dan  temanya  ada  membabitkan  beberapa  unsur  saintifik. Walaupun  saya  berperanan  sebagai  bintang  utama,  nantikan  kemunculan  seorang  bintang tamu istimewa dalam video itu nanti,” tambahnya lagi.“Pembuatan video muzik ini memakan waktu yang lama. Kamiterpaksa menunggu dari jam 11  pagi  sehingga  penggambaran  bermula  sekitar  jam  5,  malah  hampir  6  petang.  Saya berterima  kasih  kepada  isteri  saya  Nina  kerana  menemani  saya  sepanjang  penggambaran. Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah video Thaqif Saadon kerana membantu saya sewaktu rakaman,” katanya.Yonnyboii juga berharap para peminat serta pencinta muzik akan dapat menghargai seni yang dipaparkan selain rakaman yang dipersembahkan di dalam video muzik serta lagu tersebut.NIKIbakal dilancarkansecara digital di semua platform bermula Jumaat 21 Januari 2022 jam 12pagi.  Video  liriknya  pula  akan  ditayangkan  pada  hari  yang  sama  jam  9  malam  manakala video muzik rasmi boleh ditonton pada 28 Januari  2022 pukul 9 malam di saluran YouTube Yonnyboii VEVO


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE