Pandai Sorok Badan Sado, Sazali Samad lah Teh Tarik Kaw!
Tekaan para juri semakin minggu, semakin tepat! Minggu keempat program pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua menyaksikan Teh Tarik Kaw iaitu bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad tersingkir. Dikatakan bijak dan kreatif, beliau pandai memilih figura yang boleh menyorokkan badannya yang sado. Memang patut!
Beliau mendapat markah terendah, 51.89% pada malam itu. Katanya, suara beliau tidaklah sesedap seorang penyanyi tetapi beliau gembira dapat menghiburkan semua penonton dengan persembahannya.
Dalam pada itu, tiga orang juri TMSM, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella dan Zizan Razak berjaya ‘hit the bullseye’ dengan meneka nama Sazali Samad sebagai wajah disebalik topeng Teh Tarik Kaw. Dengan pertambahan satu lagi markah, Zizan Razak kekal menduduki di tangga teratas antara semua juri, diikuti Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella dan Remy Ishak yang mempunyai satu markah kerana berjaya meneka siapakah di sebalik topeng TMSM pada minggu lalu, lantas menjadi calon Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’.
“Saya dapat tau selepas saya google Sazali Samad menyanyi dekat YouTube”, hujah Datuk Aznil apabila dia terjumpa bekas jaguh bina badan negara itu pernah menyanyi lagu Keindahan Pantai di platform YouTube.
Minggu keempat menyaksikan Burung Hantu, Bujang Senang dan Rambutan berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 91.33%, 90.78% dan 86.44% manakala Mat Penyu, Orkid dan Teh Tarik Kaw jatuh di kedudukan ‘bottom three’ dengan markah 79.00%, 77.33% dan 51.89%. Dengan ini, 10 selebriti di sebalik topeng Burung Hantu, Bujang Senang, Rambutan, Si Merak, Seladang, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Ratu Semut, Mat Penyu dan Orkid akan mara ke minggu seterusnya.
Apakah yang akan terjadi di episod seterusnya? Saksikan program yang penuh misteri ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Comments
Post a Comment