ANDI BERNADEE KEMBALI DENGAN ‘DU’
Penyanyi serta pelakon popular yang terkenal dengan karya-karya
hits dalam genre reggaeton-nya, Andi Azrul Andi Mapangile atau lebih mesra dengan panggilan
Andi Bernadee kembali mengubati hati peminatnya dengan single terbaharu berjudul ‘Du’ setelah
hampir setahun tidak hadir dengan mana-mana single.
“Saya tak lah menyepi selepas single ‘Kasi Pagi Kais Petang’ dilancarkan, saya masih lagi berkarya
tetapi dalam bidang lakonan. Terbaru, peminat boleh melihat saya beraksi bersama-sama 4 lagi
artis popular dalam rancangan ‘Master In The House’ hasil kerjasama strategik di antara
Primeworks Studios dengan SBS Korea. “Selain itu, saya juga dalam proses menyiapkan album dan
setakat ini masih lagi mengumpulkan material. Du adalah salah satu lagu yang bakal dimuatkan
dalam album tersebut kelak,” kata jejaka berusia 30 tahun ini.
Hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer asal Singapura, Alyph (Magic Potions), Du adalah sebuah
karya istimewa buat Andi yang masih mempertaruhkan genre reggaeton yang sememangnya
sinonim dengan beliau, dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.
“Saya masih lagi menggunakan khidmat Alyph sebagai komposer untuk single terbaru ni kerana
chemistry yang sudah terjalin sebelum ini. Beliau seolah-olah faham dengan apa yang saya
mahukan. “Dan pastinya saya ingin mencuba sesuatu yang baru, nantikan karya-karya saya yang
bakal menyusul tak lama lagi,” jelas Andi.
Du adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang
menjadi signifikasi kepada ‘kerinduan yang
berbalas’ yang diangkat menjadi tema lagu ini. “Asalnya, kami bercadang nak guna judul Du Du Du
tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du.
“Selain itu, lagu ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat-peminat saya yang sudah lama
merin-Du-kan buah tangan terbaru dari saya,” ujar Andi lagi. Menariknya tentang pembikinan
single ini, ia ternyata memberi cabaran baharu buat Andi kerana ia dilakukan secara jarak jauh di
antara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Singapura, dan memakan masa selama 6 bulan untuk
disempurnakan.
“Kami memperuntukkan sebanyak 2 sesi rakaman saja agar lagu ini betul-betul kena dengan jiwa
saya dan komposer. “Bayangkanlah, kami hanya berkomunikasi melalui aplikasi
WhatsApp saja dan
agak mencabar kerana tak dapat bersemuka. Namun, melalui panggilan video yang diadakan di
Taja Studio, Damansara Perdana bersama Alyph, kami berjaya menghasilkan Du,” kata Andi dalam
nada lega.
Setelah lebih 5 tahun berada dalam industri seni tanah air, ia sedikit sebanyak telah membentuk
peribadi Andi sebagai seorang artis, katanya, “Saya kena akur dan mengikuti perkembangan muzik
semasa, saya sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan segar untuk peminat saya. “Mereka
(peminat) tahu setiap kali saya muncul dengan lagu baru mereka akan tertunggu-tunggu apakah
kelainan yang ditampilkan buat pendengar terutamanya Andidears.
Video muzik Du yang diarahkan oleh pengarah terkemuka, Ghazi Maslan, pastinya hadir dalam
konsep yang berbeza dan unik, Andi seperti yang diketahui gemarkan sesuatu yang out of the box
dan peminat akan terhibur dengan karya terbaharu ini. “Saya suka buat sesuatu yang orang lain
tak pernah buat atau jarang buat, konsepnya rin-Du. Rin-Du siapa? Kenalah tonton MV Du dan
anda pasti dapat jawapannya. Akhir kata dari Andi, “Terimalah dan dengarilah Du, serta nilaikannya
dengan hati terbuka. Semoga ia
memberikan kepuasan buat peminat saya dan pencinta muzik
tempatan.
Pada 19 Mac nanti, bermula jam 9 malam, Andi akan mengadakan Andi Bernadee 24hr Livestream
di saluran YouTube Andi Bernadee selama 24 jam iaitu sehingga 9 malam pada keesokkan harinya,
20 Mac. Di livestream tersebut, Andi akan melakukan pelbagai aktiviti dan sesiapa sahaja yang
menonton dapat menyaksikan Andi selama 24 jam. Program Andi Bernadee 24hr Livestream ini
dilakukan bersempena dengan pelancaran video muziknya iaitu pada 20 Mac pada jam 9.00 malam
di saluran YouTube Andi Bernadee.
Lagu ‘Du’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan
menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bilabila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer
dan juga YouTube Music bermula 11 Mac yang lalu.
Comments
Post a Comment