AWESOME TV ANGKAT TEMA ‘IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA’
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang
penuh dengan keampunan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air)
Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna; ‘Ikhlaskan
Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2022 tahun ini.
Dengan inspirasi tersebut, pengisian komprehensif
sepanjang bulan mulia ini akan dizahirkan menerusi himpunan lebih 50 program menarik
pelbagai genre yang bakal menanti para penonton serta inisiatif tanggungjawab
sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat, Koperasi
Amanah Pelaburan Berhad atau ‘KAPB’.
Mulai 3 April ini, para penonton bakal
dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat merangkumi genre keagamaan,
telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa,
naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi, bual
bicara serta banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di
saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan
tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan
Awesome TV berkata, “Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik
Covid-19, kami menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April
ini yang dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah
ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.
Justeru, tema ‘Ikhlaskan Jiwa,
Dekat DenganNya’ dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Awesome TV 2022
kerana ia membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi
sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan
akibat pandemik.
Selaku stesen televisyen,
Awesome TV juga sentiasa komited dan mengambil
langkah proaktif dalam menyediakan sajian program menarik pelbagai genre
khas untuk tatapan rakyat Malaysia yang pastinya mempunyai citarasa berbeza
sepanjang bulan mulia ini sekaligus memikat hati mereka.
Lebih istimewa, kami juga tidak lupa membawa amanat yang
sama menerusi kolaborasi amal bersama pihak ‘KAPB’ bagi menjayakan inisiatif
CSR sempena Ramadan pertama Awesome TV. Sebagai simbolik tema kempen kami pada
tahun ini, sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah
akan dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang untuk
dimanfaatkan bersama.
Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai
kandungan hebat tanpa henti yang telahpun disusun sepanjang bulan Ramadan.
Selamat menonton!”
Berikut adalah pengisian menarik dari Awesome TV. Untuk
memberi pilihan yang lebih fleksibel, program-program yang dibariskan juga
turut boleh distrim melalui aplikasi Awesome TV di mana sahaja, pada bila-bila
masa:
PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2022 DI AWESOME TV
1.
Sempena
bulan puasa ini, Awesome TV menampilkan rangkaian drama-drama terhebat khas
untuk peminat drama Melayu tempatan. ‘Antara Ikhlas dan Kaca’ yang dibintangi oleh Luqman Hafidz, Wanna Ali,
Aleza Shadan dan Zain Hamid bakal menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Manakala drama ‘Sudin Dah Kaya!’ yang menampilkan figura rock tanah air, Datuk
Awie sebagai tonggak utama bersama Zalif Sidek, Umar Dzariff dan
Marissa Yasmin pula bakal mengambil alih slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam.
2. Mengisi slot ‘Ohsem Tele’ pada setiap
hari Ahad jam 10.00 malam
turut menampilkan seleksi telemovie segar seperti ‘Permintaan Terakhir Abah’ yang dilakonkan oleh Hafizuddin, Jay Iswazir,
Hazama dan Johan As'ari, ‘Pak Pokok Ketapang’,
menampilkan gandingan Amerul Affendy, Dian P.Ramlee, Ezzaty Abdullah dan
Hafizul Kamal serta ‘Hud’, diterajui oleh Fahrin
Ahmad, Eira Syazira, Eqifshah dan Norlia Ghani. Sutradara hebat
tanah air, Rashid Sibir juga tampil dengan karya, ‘Jeman’, lakonan pelakon baru, Iman Zulkarnain,
Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana.
3.
Dalam
pada itu, slot ‘Hiburan’ bakal membariskan program-program menarik
berbentuk infotainment dalam pelbagai genre seperti komedi, sketsa, bual
bicara dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk
program-program seperti ‘Perang Malam Ini’, ‘Sketsa Sketso’, ‘Roller Kata’, ‘Laki Masak Bini
Lucky’, ‘Jawapan Panas’, ‘Rumah Insaf’, ‘Memoria’ dan banyak lagi. Kami yakin dengan kehadiran
rakan-rakan selebriti di sebalik seleksi program ini seperti Dato’ Hattan,
Liza Hanim, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Amelia Handerson, PU Azman, Eira
Syazira, Suki Low, Naqiu, Izzue Islam, Tomok, Black, Fad Bocey, Ajak Shiro,
Khir Rahman, Dottie, Ramona Zamzam, Ropie, Pak Ya, Bell Ngasri dan ramai
lagi.
4.
Slot
‘Ohsem Lejen’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam akan terus menyajikan filem-filem klasik yang
diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti ‘Do Re Mi’, ‘Nasib Do Re
Mi’, ‘Laksamana Do Re Mi’, ‘Masam Masam Manis’ dan banyak lagi.
5.
Manakala
slot ‘Filem
Kita’ yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, 11.30
malam pula membawakan anda
seleksi filem tempatan malar segar pilihan seisi keluarga seperti ‘7 Petala Cinta’, ‘Semerah
Cinta Steletto’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Aku Terima Nikahnya’.
6.
Kami
juga akan menemani anda sekeluarga ketika bersahur dengan sajian kandungan
menarik menerus ‘Sahur
Special’ pada setiap hari Sabtu jam 4.00
pagi yang akan membariskan
filem-filem throwback seperti ‘Si Badul’, ‘Tuan Badul’, ‘Driving School’, ‘Pagar Pagar
Cinta’ dan ‘Pening Pening Lalat’.
7.
Sebagai
tanda tribute, slot ‘Malar Segar’ yang setia menemani
penonton pada setiap
hari Sabtu jam 3.00 petang
pula bakal membariskan filem-filem menarik lakonan Allahyarham Mr. Os seperti ‘Adik’, ‘Mr.
Os’, ‘Awang Spanar’, ‘Kembar Siam’ dan ‘Ghazal
Untuk Rabiah’.
8.
Misi
Awesome TV untuk menjadi stesen peransang minda atau ‘mood booster’
diteruskan lagi dengan menyajikan penonton dengan filem-filem Bollywood
terhebat seperti ‘Josh’,
‘Kaabil’, ‘Raaz’, ‘Shakti: The Power’, ‘Taalash’ untuk slot ‘Hindi Special’ yang bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam.
9.
Seleksi
filem antarabangsa juga membariskan naskhah-naskhah menarik seperti ‘Paddington 1 & 2’, ‘Fun
With Dick And Jane’, ‘Real Genius’ menerusi slot ‘Awesome Movie’ yang
bersiaran pada setiap
hari Isnin, jam 10.00 malam.
Comments
Post a Comment