CAHAYA FESTIRA TEMA FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022 SACC MALL, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM & KOMPLEKS PKNS BANGI 16hb MAC 2022 – 2 MEI 2022
~ Persembahan Artis Jemputan, Acara Seni Pentas &
Budaya, 500 Gerai Bazar Ramadan, Bubur Lambuk Percuma, Zakat & Wakaf dan
Solat Tarawih
SHAH ALAM, 23 Mac – SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan
Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan
Selangor, menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi
setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.
Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan
Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang
direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu
usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival
Ramadan terbesar Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pengunjung sebelum era pandemik.
Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula April ini, PREC
menyifatkan FESTIRA’22 mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor
perniagaan yang telah tiga tahun suram. Justeru, tema “Cahaya FESTIRA” menjadi
pilihan FESTIRA tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran
keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.
Sejarah membuktikan bahawa, FESTIRA sememangnya memainkan
peranan yang amat signifikan terhadap peningkatan sosioekonomi rakyat
terutamanya, dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan. Di mana
secara tidak langsung, ia turut membantu golongan sasaran meningkatkan
pendapatan. Apa yang penting, FESTIRA berjaya melahirkan komuniti usahawan yang
dapat dibanggakan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC),
Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan
lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual
pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan
yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb Mac
2022 nanti.
Menurut beliau, seperti tahun-tahun sudah, FESTIRA kali ini
masih mengekalkan persembahan artis jemputan buat halwa telinga pengunjung
ketika membeli- belah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah,
Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga
dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi
acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di
luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut
membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga
personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua
figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan
tidak rasmi, menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut
yang tinggi di media sosial.
Menariknya lagi, FESTIRA’22 bakal menampilkan adik Qalif
Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad
Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah. Kebolehan menghafal Al-Quran dari usia yang
sangat muda, membuatkan beliau sering diundang ke acara ilmu sejak kecil lagi.
Adik Qalif bakal melantunkan ayat- ayat suci Al-Quran di pentas utama SACC Mall
Shah Alam pada setiap hari Sabtu sebelum berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Tidak ketinggalan, aktiviti untuk si kecil. Buat para ibu,
anak-anak mereka bakal dihiburkan dengan penampilan badut belon atau lebih
dikenali sebagai ballonist clown yang akan mewarnai sesi petang di pentas utama
setiap Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Belon akan diberikan
secara percuma kepada 150 kanak-kanak yang berada di sekitar Cahaya FESTIRA’22
di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam.
Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan
dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb
Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.
“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang
Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa
Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, acara
turut bertujuan mempromosikan produk selebriti syarikat terbabit, dalam masa
yang sama menyerikan majlis dengan persembahan mereka”.
“Kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti pemberian
ganjaran atau cabutan bertuah, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang
solat yang besar dan selesa termasuk terawih masih diteruskan,”ujar beliau
menutup ucapan.
SERTAI TIKTOK. IPHONE 13 UNTUK DIMENANGI
Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti
seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung. Inilah
masanya untuk pengguna TikTok tegar memenangi iPhone13, melalui perkongsian
video TikTok sama ada ketika berbelanja, ketika makan, atau apa sahaja aktiviti
yang mereka lakukan di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam atau di Kompleks PKNS
Bangi. Mereka hanya perlu memuatnaik video berserta hashtag #festira22
#festirachallenge dan tag @bazaarlokal @bazaarlokalflagshipstore
GANJARAN KREDIT TOUCH ‘N GO
Sejajar dengan insiatif kerajaan mempromosikan pembayaran
tanpa tunai, FESTIRA’22 turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen
ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet. Untuk setiap pembelian menggunakan
pembayaran aplikasi terbabit, pengunjung layak mendapatkan pulangan sebanyak:
a. Pembelian RM150.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM5 b.
Pembelian RM300.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM10
Dalam masa yang sama, PREC turut bekerjasama meyokong kempen
“Ramadan dan Raya Bersama Touch ‘n Go”, bagi melayakkan pembeli mendapatkan
pulangan berganda. perbelanjaan minimum RM15 melalui Touch ‘n Go eWallet di
kedai peniaga yang mengambil bahagian semasa tempoh promosi, pembeli bakal
mendapat pulangan RM10.00. Jumlah pulangan tunai yang dipilih secara rawak akan
dikreditkan ke dalam Touch 'n Go eWallet pengguna secara automatik selepas
transaksi yang layak.
PERCUMA SAMPUL RAYA
Agenda wajib Festival Ramadan Selangor seperti pemberian
eksklusif “Sampul Raya FESTIRA’22” turut diedarkan untuk setiap pembelian
RM100.00 dan ke atas. Penebusan boleh dibuat di meja urus setia yang terdapat
di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.
EKSKLUSIF SAMPUL RAYA, PELITUP MUKA FABRIK DAN HAND
SANITIZER
Dalam masa yang sama, pemberian eksklusif “Sampul Raya
FESTIRA’22” bakal diberikan untuk setiap pembelian RM100.00 dan ke atas. Juga
pemberian pelitup muka eksklusif FESTIRA’22 dan Hand Sanitizer dari
Bazaarlokal. Pengunjung hanya perlu menjawab atau kongsikan pandangan jujur
mereka tentang penganjuran FESTIRA’22 bagi melayakkan diri memperoleh kedua
barangan eksklusif tersebut.
Penebusan boleh dibuat di meja urus setia yang terdapat di
SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.
CABUTAN BERTUAH MENAWARKAN HADIAH BERJUMLAH RM10,000!
Terdapat dua hadiah menarik turut disediakan melalui
aktiviti “Cabutan Bertuah”. Pengunjung hanya perlu berbelanja mengikut jumlah
berikut dan sertakan penyertaan mereka melalui online atau hantar maklumat
berserta resit di meja urus setia untuk melayakkan mereka memenangi:
a. Pembelian RM500.00 – Menangi Hamper Bazaarlokal bernilai
RM200.00 b. Pembelian RM3000.00 – Menangi Barang Kemas Bernilai RM3,000.00
Penyertaan terpilih bakal membawa pulang hamper “Bazaarlokal
X Selebriti Raya”. Pengunjung juga berpeluang merangkul hadiah utama iaitu
barang kemas bernilai RM3,000.00 melalui penyertaan yang dibuat dalam masa
sehari dengan jumlah perbelanjaan yang sama di mana-mana lokasi FESTIRA’22.
Resit perbelanjaan terkumpul hendaklah disettakan dengan maklumat penyertaan ke
meja urus setia.
HAMPER “BAZAARLOKAL X SELEBRITI RAYA”
Mengenai PKNS Real
Estate Sdn. Bhd.
PKNS Real Estate Sdn Bhd(PREC) ialah sebuah entiti khas yang
telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai cabang pelaburan kepada kumpulan
syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebagai satu unit yang
penting kepada kerajaan negeri Selangor, PREC meneraju pelaburan-pelaburan
berkaitan hartanah untuk keseluruhan kumpulan syarikat. Portfolio hartanah PREC
yang pelbagai termasuklah pelaburan, pengurusan aset, pengurusan peruncitan dan
khidmat perundingan. PREC berhasrat memperoleh lebih banyak aset yang bernilai
komersial di masa hadapan. Antara aset PREC termasukKompleksPKNSShahAlam,
Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS PJ, SACC Mall dan Menara Worldwide di Bukit
Bintang
Comments
Post a Comment