MEER NASH KEMBALI

 


Single berjudul Saranghae berkonsep K-pop yang dihasilkan Meer  Nash  tahun  lalu  berjaya  memperkenalkan  lagi  namanya  bukan  saja  sebagai  penyanyi tapi juga komposer.Enggan menunggu lama, Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul terus mengorak langkah dengan muncul menerusi singleKEMBALIyang dilancarkan secara rasmi pada 11 Mac serentak dengan video lirik. Lagu  hasil  ciptaan  sepenuhnya  olehMFMF.  yang  dianggotai  olehBrendan  Lim  Seng  Meng, Seow  Seng  Tack  dan  Wee  Zhen  Yong  itu  disifatkan  Meer  Nash  sebagai  karya  yang  'easy listening'."Lagu ni pada pendapat saya lagu yang 'chill', 'very easy listening' dan dalam masa sama 'fun'. KEMBALIjuga  lagu  yang  sangat  'cute'  untuk  ditujukan  kepada  'crush'  kalau  tak  berani  nak meluahkan isi hati. Saya boleh bayangkan lagu ini dimainkan pada waktu pagi kerana ia lagu yang sesuai untuk memulakan hari kita."Lagu KEMBALIini pada asasnya boleh dikatakan macam 'pickup line' dan ditujukan kepada orang yang kita suka. Contoh 'pickup line' maaf ku tak sengaja buat mu lelah kerna kau selalu berlari di minda.

SIARAN MEDIA"Sebab bukan semua orang berani meluahkan depan depan. Malah ada juga yang tak berani meski sekadar nak hantar mesej.  Jadi lagu dihasilkandan sesuai untuk mereka yang melalui situasi sedemikian. Kiranya, nanti boleh hantar link lagu dan boleh buat buat tanya 'cute' tak lagu ini, selesai!" katanya.Berbanding   single   sebelumnya,   Meer   Nash   berkata   dia   tidak   terbabit   dalam   proses penghasilan lagu yang mendapat sentuhan MFMF.selaku penggubah dan penerbit.Menurut Meet Nash, dia dapat belajar banyak perkara baharu dengan MFMF.yang disifatkan sebagai seorang yang kreatif dalam berkarya."Menerusi  lagu  ini  saya  tidak  terbabit  dari  segi  penciptaan  dan  penulisan  lirik  kerana menjalani  proses  kuarantin.  Tapi  MFMF.memaklumkan  yang  mereka  menyiapkan  lagu  ini dalam tempoh lima jam saja. Ia sangat cepat. "Dengan MFMF., apa boleh dikatakan mereka mempunyai idea yang segar dan tahu apa nak buat. Sayadapat belajar banyak perkara daripada mereka dan bukan menerbitkan muzik saja tapi pilihan gaya dalam nyanyian juga. Bagaimanapun, kami bersemangat," katanya.Berkongsi  mengenai  cabaran  merakamkan  lagu  dan  video lirikKEMBALIitu,  Meer  Nash berkata dia berdepan waktu yang singkat."Ketika proses rakaman, ia sangat relak, saya tidak rasa gementar seperti saya merakam lagu lain, kerana lagu ini sepatutnya 'chill', jadi cara nyanyi pun kena 'chill'. Saya ingat MFMF.ada cakap letak tepi soal vokal dulu. Mereka mahu saya cuba sampaikan perasaan yang saya suka sangat, mengaku, jadi saya luahkan dan bercakap, jangan menyanyi.

SIARAN MEDIA"Dalam  masa  sama,  MFMF.pun  ada  kawal  vokal saya,  'vibe'  macam  mana  yang  sesuai  dari segi  tenaga  sama  ada  perlu  berlebihan  atau  kurangkan.  Mereka  yang  hasilkan  lagu  ini  jadi mereka lebih tahu pembawaan yang sesuai. "Dari  segi  cabaran  pula  adalah  jangka  masa  yang  sangat  pendek.  Kalau  ikutkan  kami  hanya ada masa dalam dua minggu lebih untuk siapkan lagu ini iaitu dari tidak ada melodi dan lirik hingga  proses menghasilkan video muzik. Apabila semuanya selesai dalam tempoh itu saya macam tak percaya. Kami berjaya lakukan. Tahniah pada semua pasukan," katanya.Pastinya, Meer Nash mengharapkan lagu KEMBALIditerima baik dan mampu menambat hati pencinta muzik tanah air."Saya memang mahukan video lirik yang ringkas dan 'sweet'. Jadi kami putuskan untuk buat konsep Facetime dan proses berjalan baik walaupun kami tidak mempunyai jalan cerita yang banyak. "Saya  berharap  lagu  ini  boleh  menjadilagu  yang  orang  ramai  boleh  jadikan  medium  untuk meluahkan isi hati mereka. Kalau boleh biarlah lagu ini membuatkan kita semua tersenyum pada  saat  permulaan  hari,  terhibur  ketika  sedang  memandu,  sekali  gus  membawa  saya kepada khalayak dengan lebih dekat,"katanya.KEMBALIkini  boleh  didengarkan  di  kesemua  digital  platform  seperti  Spotify,  Apple  Music, Joox  KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music  manakala  video  liriknya  pula  boleh  ditonton  di saluran YouTube Meer Nash.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!