PERASMIAN BUTIK BARU FIPPER DI PUSAT MEMBELI BELAH PAVILLION BUKIT JALIL
Syarikat Fipper Marketing Sdn Bhd yang terkenal dengan produk selipar berasaskan getah asli telah melebarkan lagi jaringan butik Fipper dan yang terbaru di Pavillion Bukit Jalil. Butik ini dirasmikan oleh Pengarah Urusan Fipper, Mr Jee Von.
Fipper turut berkolaborasi bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines). Dalam kerjasama ini, Fipper Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar kasut / selipar berjenama Fipper secara ekslusif menjadi pengeluar selipar jenis (slip on) yang direka khas untuk Syarikat penerbangan Malaysia. Rekaan dengan logo Malaysia Airlines di atas tali selipar tersebut menambahkan kekuatan dua jenama ini. Rekaan selipar ini dibuat sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.
Fipper mempelbagaikan rekaan selipar dan warna agar sesuai dengan generasi masa kini yang sangat mementingkan gaya dan penampilan tetapi masih tetap mengekalkan pengunaan getah asli sebagai asas dalam setiap selipar keluarannya dan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Selain itu Fipper juga tidak ketinggalan menghasilkan rekaan dan produk baru untuk melengkapkan gaya hidup masakini. Fipper sentiasa menjadi perintis dalam pengeluaran selipar getah asli yang bermutu tinggi. Fipper sangat mengutamakan keselesaan pengguna.
Pada hari ini juga Fipper malancarkan produk terbaru yang dinamakan 'Fipper Shine' khas untuk wanita. Rekaan 'Fipper Shine' yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah sangat sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya dan keselesaan.
Majlis Pelancaran dan Perasmian ini di hadiri oleh Pengurus dan Pengasas Fipper Mr Jack Lim, Mr Jean & Mr Danny. Turut mengundang rakan kolaborasi dari Syarikat Perbangan Malaysia (Malaysia Airlines).
Penampilan khas Han-Byul sebagai artis jemputan turut memeriahkan majlis dengan persembahan yang hebat.
Ini kali pertama Han-Byul dijemput oleh Fipper bagi membuat persembahan. "Saya kagum kerana jenama ini milik Malaysia. Saya selalu nampak kedai Fipper, saya ingat ini adalah jenama luar negara. Rupanya ia adalah produk tempatan". Ujar Han-Byul sewaktu ditemui semasa majlis pelancaran butik terbaru milik Fipper.
Fipper sentiasa kehadapan bagi memastikan jenama ini sentiasa kekal relevan dengan gaya masyarakat moden. Kami sentiasa membuat penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan kami menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Comments
Post a Comment