HAPPENING!HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’

 


Tatkala negara memasuki fasa endemik, Ramadan kali ini nyata berbeza.  Manakan  tidak, dua label  hiburan  terkenal  tanah  air, Rocketfuel  Entertainmentdan Universal Music Malaysia, bergabung sekali lagi utnuk mempersembahkan sebuah singleRaya istimewa berjudul SUARA LEBARAN KITA, kolaborasi mantap di antara penyanyi terkenal, Hael Husaini dengan girl group popular, DOLLA, yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.“Jika sebelum ini lagu-lagu Raya saya selalunya keseorangan, bagi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakan ‘hello, jom masuk studio!’” jelas Hael bagaimana kolaborasi ini bermula.Lagu  Raya  rancak  dalam  nuansa  pop  dansa  ini  ternyata  mempunyaifeelyang  moden  namun masih mengekalkan ‘bunyi’ kemeriahan sambutan Hari Raya itu sendiri.“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya  sinonim  dengan  DOLLA  tetapi  telah  ‘dimelayukan’,  dan  pendengar  harus mendengarnya sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja.

 

SIARAN MEDIAWalaupun sibuk dengan jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA masih sempat merakamkan singleRaya ini bersama Hael kerana bagi mereka peluang sebegini jarang-jarang berlaku, apatah lagi apabila pelawaan tersebut datangnya dari seorang yang bernama Hael Husaini.“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebatHael ingin berkolaborasi dengan  DOLLA,  dan singleini  merupakan  lagu  Raya  kedua  dari  DOLLA  dan  pertama  kalinya berkolaborasi dengan artis lain.“Kami  serasi bekerja  denganHael  dan  Ezra  kerana  ada chemistry,  proses  rakaman  di  studio mengambil  masa  selama  5  jam  sahaja  disebabkan  bimbingan  mereka  berdua  yang  sungguh profesional.  Walaupun  lagu  ini  agak  berbeza  dengan genreyang  biasa  kami  bawakan,  namun melodinyamengasyikkan,

 

unik, danquirky,” kongsi Sabronzo.SUARA LEBARAN KITAmenceritakan tentang perasaan kita

semua sebagai rakyat Malaysia yang dambakan  kemeriahan  sambutan  Hari  Raya  bersama  keluarga  dan  teman-teman  sebelum bencana COVID-19 melanda dunia, danakhirnya pada tahun ini, kita dapat bersua semula dengan wajah-wajah yang telah lama kita rindui.Apabila dua  nama besar industri muzik Malaysia saling bergabung, tentunya  video muzik (MV) yang bakal dilancarkan sama menarik, kata Tabby, “Konsep MV singleini sangat comel dan segar dalam  suasana  retro  yang  diselitkan  dengan  elemen  fantasi,  kami  semuanya  menjadi  sebuah lukisan yang kemudiannya dihidupkan, dan kalau hendak tahu lagi kenalah tonton!Kata  Encik  Erick  Yew,  selaku  Ketua  Label  dan  Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “Kami sememangnya  sukakan  kelainan,  Hael  Husaini  dan  DOLLA  berjaya  terjemahkannya  melalui sebuah single Raya yang cukup istimewa

 


SUARA LEBARAN KITA
tepat menggambarkan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia yang ingin merasai suasana sambutan perayaan seperti sediakala, semoga lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.“Bagi Universal Music Malaysia pula, tahun ini kita memang ingin memeriahkan danmenyuntiksemangat untuk beraya tahun inisecara‘all out’setelah 2 tahun tidak dapat pulangke kampung halaman,  dan  lagu  ini  amat bersesuaianuntuk  kemeriahansambutan  hariraya dan juga kombinasi yang terbaik untuk tahun ini” kata Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Universal Music Malaysia.Akhiri Syasya: “Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami

kerana tidak dapat berbuat sedemikian sebelum ini.“Selain itu, DOLLA dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #iDOLLAdan #Haelerssukakan singleRaya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita semua.Lagu SUARA LEBARAN KITAboleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi  ke  semua  syarikat  telekomunikasi  tempatan  dan  boleh  didengar  pada  bila-bila  masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTubeRocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!