Posts

Showing posts from June, 2022

JOE FLIZZOW BAKAL ULANG KEJAYAAN BERSAMA SONAONE DALAM SATU MALAM DI TEMASEK

Image
 Dalam sebuah industri yang tidak terjangka, Joe Flizzow nampaknya masih mempunyai sentuhan emas dalam setiap hentian, melewati kerjaya seni dan keperibadiannya.   Bermula sebagai salah seorang ahli kumpulan rap duo legenda Too Phat, beliau kini berjaya mencipta nama dan memegang gelaran sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara. Malah beliau juga terkenal sebagai penerbit, pencipta lagu serta usahawan yang prolifik, dan sentiasa ingin memajukan dirinya.   Album solo sulungnya yang berjudul The President satu Ketika dahulu pernah merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009. Kejayaan berterusan saat album Bahasa Malaysianya Havoc mencuri tempat pertama di carta iTunes Malaysia pada tahun 2013.   Walau sudah meraih pelbagai kejayaan namun dirinya masih belum ingin berhenti. Beliau kembali dengan sebuah lagi mahakarya berjudul SATU MALAM DI TEMASEK.   “SATU MALAM DI TEMASEK adalah satu karya yang bercerita mengenai diri saya, daripada s

Drama Semakin Menjadi-Jadi Menerusi ‘The Maid 2’

Image
  Drama bersiri popular terbitan Gempak, ‘The Maid’ berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila ditayangkan pada awal tahun 2021. Bukan sahaja membawakan genre misteri pembunuhan atau ‘whodunnit’ yang jarang dipersembahkan dalam nuansa tempatan, ‘The Maid’ menjadi bualan kerana elemen komedinya yang bersahaja dan diperkuatkan dengan barisan pelakon terkemuka. ‘The Maid’ bukan sekadar mencuri perhatian penonton Malaysia, malah idea yang dicetuskan oleh Sham Hashim, penulis dari Gempak ini turut menarik minat stesen televisyen terkemuka Filipina, GMA. Stesen penyiar itu kini menayangkan ‘The Maid’ musim pertama yang dialih suara dalam Bahasa Tagalog. Kejayaan ini merupakan satu rekod baru untuk industri penyiaran tempatan apabila ‘The Maid’ menjadi drama bersiri pertama Malaysia yang ditayangkan di kaca televisyen Filipina. 2 Susulan kejayaan demi kejayaan, ‘The Maid 2’ bakal menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan

KEMBARA: INI BUKAN MUZIK LAMA, INI MUZIK SEKARANG Semangat ‘kuasa kuda’ Kembara

Image
Lapan   tahun   bukan   jangka  masa yang  sekejap   untuk   sebuah rindu  yang  meranum .  Terakhir , pada  tahun  2014  kumpulan Kembara   muncul   dengan   sebuah   konsert  di  kota  Kuala Lumpur.  Kemudian   dengan   konsert  yang  meninggalkan  1001  kenangan   itu ,  turut   berbekas   kerinduan   terhadap   lagu-lagu rakyat   serta   perjuangan   mereka   itu .  Untuk   tahun   ini , Shiraz Projects  Sdn   Bhd   memikul tanggungjawab   melunaskan   kerinduan   tersebut   dengan membawakan   KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31  Julai  2022  bertempat  di Dewan  Plenari , Pusat  Konvensyen  Kuala Lumpur (KLCC) .  Bakal   bermula  pada  pukul  8.30  malam ,  konsert  yang  menghimpunkan   tenaga  dan  kehebatan  Dato’  M.Nasir  ( vokal ),  Zoul  ( gitar   utama ,  vokal ), Rahman Suri (bass),  Shahrum Basiron  (dram) dan Md Shah Othman (keyboard)  itu   akan turut   mengheret   penonton   ke   suatu   dimensi  masa  bersama lagu-lagu   berjiwa   besar   mereka . 

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang

Image
 Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang berkongsi mengenai rasa cintanya kepada Malaysia yang dianggap seperti rumah keduanya. Hetty yang pernah menetap di Malaysia selama lima tahun, ketika ditemui berkata, detik paling dirindukan adalah ketika bulan Ramadan. “Saya tinggal di Malaysia selama lima tahun dari tahun 1991. Tiga tahun saya di Damansara dan dua tahun di Johor. Malaysia dah jadi rumah kedua saya.  "Banyak kenangan yang saya rindukan mengenai Malaysia dan paling saya rindukan adalah, juadah yang dijual di tepi jalan pada bukan Ramadan," katanya. Menurut Hetty, 65, dia pernah meluahkan rasa rindunya buat Malaysia, kepada suaminya saat berada di Jakarta.“Ketika dah kembali ke Jakarta, saya beritahu suami bahawa saya sangat rindukan Malaysia. Saya rindukan durian Musang King yang memang sangat terkenal di sini. “Itulah antara kenangan manis dan paling saya kenangkan setiap kali berbicara mengenai Malaysia,” katanya.Terbaharu, Hetty bakal mengadakan Konsert Jubli

DOLLA dan Free Fire Bersedia UntukFIGHT!

Image
  Di kemuncak pelbagai halangan, siapalah yang bakal menyangka bahawa jangka waktu itu akan melahirkan   salah   satu   kumpulan   muzik   paling   berjaya   di   Malaysia   dalam   bentuk   kumpulan, DOLLA! Ya, sewaktuBulan Mac 2020 yang sangat mencabar, kumpulan nyanyian wanita tempatan DOLLA melawan   arus   dan   melancarkan   lagu   hit   pertama   mereka ‘DOLLA Make You Wanna’, sehingga terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan.Dan dalam tempoh dua tahun yang penuh halangan ini, tiada yang menjangka bahawa kumpulan ini bakal mencipta pelbagai kenangan manis dan kejayaan dalam kerjaya seni mereka.Dengan enam buah lagu hit termasuk salah satu lagu raya paling popular dewasa ini yang berjudul ‘Raya Raya Raya’, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini dari meraih kejayaan. Sempat   mencuba   nasib   sebagai   pelakon   dan   berkesempatan   memenangi     beberapa   anugerah besar,   DOLLA juga   mencipta   sejarah   selepas   menjadi   kumpulan   n