KEMBARA: INI BUKAN MUZIK LAMA, INI MUZIK SEKARANG Semangat ‘kuasa kuda’ Kembara
Lapan tahun bukan jangka masa yang sekejap untuk sebuahrindu yang meranum. Terakhir, pada tahun 2014 kumpulanKembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur. Kemudian dengan konsert yang meninggalkan 1001 kenangan itu, turut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagurakyat serta perjuangan mereka itu.
Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikultanggungjawab melunaskan kerinduan tersebut denganmembawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bakal bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), ShahrumBasiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akanturut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersamalagu-lagu berjiwa besar mereka.
Buat Zoul selaku gitaris dan gitaris kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1979 ini, semangat mereka kali inilebih membara. “Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapisemangat kuasa kuda masih ‘maintain’. Kami betul-betulteruja dengan konsert yang akan datang ini.”
Kumpulan Kembara sudah memulakan persiapan sejak duabulan lepas dan membayangkan bahawa banyak lagu yangakan dimainkan khusus untuk para peminat setia mereka.Menarik lagi, pemilihan lagu-lagu untuk konsert kali inidibayangkan dalam repertoir yang sangat istimewa dan rare!
“Kita banyak nak kena main lagu-lagu yang kita belumpernah mainkan lagi. Jadi praktis kena lebih. Tentangpemilihan lagu yang belum pernah dimainkan, istimewanyakerana lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahun. Tak disangkabila Kembara semak balik lagu-lagu kita ada, kita sendiri jadi ‘ehh lagu ni sedap’ dan patut diketengahkan sebelum ini, “ujar mereka bersama.
Buat Shahrum, pemain dram yang sebelum ini tidak dapatberaksi dalam konsert terdahulu, dia sangat ternanti-nantikankonsert yang akan berlangsung 31 Julai ini.
“Konsert ini saya rasa macam yang terbaik untuk semuakerana konsert yang lepas saya tak dapat main kerana tuntutankerja. Saya berasa bangga dan akan buat terbaik”.
Ditanyakan kepada Dato’ M. Nasir tentang keistimewaankonsert kali ini, beliau menyifatkan ia sebagai suara satugenerasi.
“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satugenerasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80 an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satumuzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyakbertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia,”terangnya yang merupakan vokalis dan pengasas kumpulan ini.
Tambahnya, “Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bilakita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik akan menjangkau generasi.”
Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah EksekutifShiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untukbekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakalterlaksana juga pada Julai ini.
“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermulasebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda. Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untukmembawakan lagu- lagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari. Pastinya Kembara akanmemberikan sebuah persembahan yang bertenaga denganuntaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonikuntuk para pendengar.
Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) sudah dijual mulai 10 Jun 2022lalu. Peminat-peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia.
Shiraz Projects mengharapkan para peminat Kembarakhususnya akan mendukung konsert ini. Melihatkan sokonganyang diberikan kepada selebriti tanah air yang muncul denganpelbagai konsert tahun ini, Shiraz malah yakin konsert inimemang ditunggu-tunggu.
Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akanmengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akanjuga memberi peluang kepada generasi baharu untukmengenali muzik Kembara dengan akrab lagi denganpersembahan bertenaga mereka kelak.
Comments
Post a Comment