RAZZUAN CABAR DIRI MENJADI PENYANYI, LANCAR SINGLE AKUR
Dalam
industri hiburan tanah
air, Razzuan Roslibukanlah orang
baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama
Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.Di
pentas lakonan juga
dia berjaya membuktikan
bakat dimiliki selain
berjaya mengumpul peminat
tersendiri.Namun, cabaran baharu
buat Razzuan Rosli
apabila dia berjinak-jinak pula
dalam bidang nyanyian. Maka,
lahirlah single berjudul AKURterbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil
ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.Menurut Razzuan,
lagu AKURsudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga
kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“Sebenarnya lagu ini sudah siap
dirakam pada 2020.
Jadi perancangannya enam bulan
selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu.
Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.“Pada masa itu saya
fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada
masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung pada masa itu
sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat, jadi perlukan banyak
latihan.“Jadi sepanjang duatahun ini
sayateruskanberlatihdan sekarang
ini sudah ada keyakinan
untuk menyanyikan lagu ini secara langsung,” katanya.
Dalam masa sama, Razzuan berkata
merakamkan single sulung itu adalah pengalaman yang cukup berharga dalam
hidupnya.“Menjalani proses rakaman antara salah satu pengalaman yang menarik
dalam hidup saya. Sebab tak pernah tengok
orang buat rakaman
lagu, malah jauh
sekali nak lalui
situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi, masa nak rakam lagu ini ia
pertama kali masuk studio.Saya macam jakun sikit, dan baru tahu macam ni
keadaan dalam studio.“Selalu menyanyi di karaoke kita dengar suara kita. Tapi
dalam studio bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau
salah ‘key’,
dengar dengan jelas kesalahan itu.
Pelik lah juga sebab tak biasa.“Proses rakaman mengambil masa satu hari.
Susahlah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi. Malah
menyanyi pun untuk suka-suka.
Pendek kata, ‘a bit struggle’ untuk saya siapkan lagu ini, tapi saya seronok
dengan perjalanan ini,” katanya.Begitu juga ketika proses rakaman video
muzik(MV)lagu AKUR, menurut Razzuan ia berbeza dengan penggambaran drama yang
selalu dia buat.“Proses rakaman MV, berbeza kalau kita terbabit
denganpenggambaran drama atau projek berkaitan lakonan. Untuk MV ini saya kena
‘miming’ pula dan bagi ekspresi. Pengalaman paling tak boleh lupa adalah
‘shoot’ dari pagi sampai jam 6 pagi keesokan harinya, memang satu
hari.“Sampai semua orang
penat, tapi tetap
bagi komitmen tinggi,
terima kasih pada
semua pasukan produksi,” katanya.Pun
begitu, setiap cabaran
dilalui Razzuan sepanjang
menyiapkan lagu AKURini
memberikannya ilmu baharu terutama dalam bidang muzik kerana.
“Pengalaman bekerja dengan indivdu
terbabit dalam penghasilan
lagu Aku ini,
ia pun satu pengalaman baru untuk saya. Sebab tak
pernah terbabit dengan mana-mana individu dalam bidang muzik.“Saya mengikuti
kelas vokal, bila orang terangkan, saya lambat sikit nak faham dan buat.
Selepas tu kena tanya balik. Macam bekerja dengan Taja pula, dia berikan banyak
ilmu baru sebab saya pertama kali rakamkan lagu dan melalui bidang muzik ini,
ia benda baru,” katanya.Berkongsi mengenai lagu AKUR, Razzuan berkata lagu itu
menceritakan bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang
dibuat dalam perhubungan mereka.“Pada saya, memandangkan ini adalah single
pertama saya, ia menarik dan ada tarikan tersendiri. Lirik
lagu juga memainkan
peranan yang mana
penggunaan perkataan yang digunakan bukan sering digunakan di
luar.“Lagu ini
mengisahkan mengenai kisah cinta dan
perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika
mengikut jalan cerita
lagu ini, si
wanita meninggalkan
kekasihnya kerana nak
sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat.
Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan
kekasih demi sambung
belajar dan masa
depan. Lagu ini
kena pada sesiapa
saja yang melalui situasi di mana
terpaksa akur dengan apa yang berlaku.“Harapansaya besaryang mana orang boleh
terimalagu inidengan baik. Apatah lagi ini ‘baby’ pertama saya dalam muzik.
Jadi saya harap orang boleh mendengar dan menyanyi bersama sekali lagu ini.
Sebab lagu ini ada korus yang ‘catchy’dan mudah didendar. Orang kata lagu ini
‘easy listening’dan boleh diterimabaik,” katanya.AKUR sudah tersedia
di semua platform
digital seperti Spotify,
Apple Music, Joox,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh
ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei 2022
Comments
Post a Comment