DOKUMENTARI PENGHASILAN PRODUK MENGUJAKAN DALAM “SECRETS OF THE SUPERFACTORIES” DI TV1
Mendedahkan
infomasi sambal memberi pengetahuan kepada penonton-penonton pembuatan produk
jenama-jenama terhebat dihasilkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan
dokumentari Inggeris bertajuk “Secrets of The Superfactories” sedang
bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul
12.05 tengah hari di TV1.
Dokumentari lapan episod ini menonjolkan
perkongsian tentang kilang yang berkembang menjadi lebih pantas, lebih hijau
dan lebih inovatif berbanding sebelum ini. Kamera tersembunyi di tempat
tertutup untuk mendedahkan kilang paling pintar dan paling hijau di bumi,
menghasilkan produk yang rumit penghasilannya, inovasi dan ketepatan yang
menakjubkan produk itu dipasarkan.
Episod pengenalannya mendedahkan tentang produk Supercar
UK Mclaren, Pensil Faber-Castell, Gergaji Stihl As, dan Kicap Shoda Shoyu Jepun
dimana memperlihatkan pengeluaran kereta super UK McLaren, kilang Jerman yang
menghasilkan 500,000 pensil Faber-Castell sehari, gergaji mesin STIHL AS, dan
kicap Shoda Shoyu Jepun.
Seterusnya perkongsian menakjubkan tentang Tesla
Bateries, Yamaha Grand Pianos, Siemens Gamesa WSind Turbine Blades dan
Sandvik's Boring Bar. Dalam episod ini, orang ramai dapat melihat asal usul
bateri Tesla, piano besar Yamaha, bilah turbin angin Siemens Gamesa dan bar
Sandvik.
Mengujakan pastinya menerusi tayangan episod
mendedahkan tentang Sistem Pelancaran Angkasa Nasa, Kacang Bakar Heinz, Bar
Coklat Kitkat dan Pisau Tentera Swiss Victorinox. Edisi ini meneroka Sistem
Pelancaran Angkasa NASA; kacang bakar Heinz; salah satu bar coklat paling
berjaya di dunia - KitKat; dan Pisau Tentera Swiss Victorinox.
Sementara itu dalam perkongsian episod VW
Chattanooga, Illy Nitrogen-Fresh Coffee, JCB Backhoe Loaders dan Gitar
Strandberg Buatan Robot pula mendedahkan cara kerja kilang kereta VW
Chattanooga, kopi Illy segar nitrogen, pemuat backhoe JCB kuning klasik dan
gitar Strandberg buatan robot.
Nantikan episod mengetengahkan tentang kehebatan
kereta Maserati, Frito-Lay, Bandai dan Armitage Shank yang menonjolkan cara
kereta, kerepek, mainan dan tandas dibuat. Begitu juga tentang aktiviti
dilakukan di belakang tabir di Maserati, Frito-Lay, Bandai dan Armitage Shanks.
Pernahkah anda mendengar tentang Perkhidmatan
Penghantaran UPS, Basikal Lipat Brompton, Mesin Basuh Pengunci Rold dan Mi
Instant Nongshim? Kesemuanya terjawab dalam episod sama yang mendedahkan tentang
kerja dalaman perkhidmatan penghantaran UPS, basikal lipat Brompton, mesin
basuh pengunci Rold dan mi segera Nongshim.
Penonton lelaki pastinya teruja dalam episod
berikutnya yang berkongsi pengetahuan tentang Enjin Jet Rolls-Royce, Rekod
Vinyl Gz dan Motor Yamaha. Dalam episod ini, penonton dapat melihat sendiri
bentuk dan rupa enjin jet Rolls-Royce, rekod GZ Vinyl dan motosikal Yamaha.
Sementara itu episod akhir memberi tumpuan
kepada orang ramai mengenai Amazon Parcels, Loji Keluli Terbesar Di Dunia, Sos
Tabasco, dan Kereta Kia. Keistimewaan episod ini kerana meneroka pengendalian
bungkusan Amazon, kilang keluli terbesar di dunia, sos Tabasco dan kereta Kia; juga
mengkaji sains canggih yang digunakan untuk memprosesnya.
Pastinkan anda tidak terlepas menyaksikan
dokumentari menarik ini di TV1.
Comments
Post a Comment