BURN LAGU TERBAHRU DARI SARAH SUHAIRI
Menelusuri langkah kerjaya anak seni bernama Sarah Suhairi yang mula dikenali selepas menjuarai program realiti Big Stage pada musim pertama telah membuka banyak cabang dan peluang buat beliau untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang ini. Pernah tampil dengan karya pop melalui single Nyawa Raga pada tahun 2018, kini beliau kembali dengan trek terbaru hasil kerjasama komposer Apipapol dan beliau sendiri melalui single ‘Burn’ pada Ogos 2022 ini.
Sarah Suhairi telah yang menganjak usia 22 tahun pada tahun ini menyifatkan karya ‘Burn’ ini antara istimewa buatnya dan telah memasang impian untuk mengeluarkan rentak sebegini sejak beliau mula memasuki bidang ini lagi. Kerjasama beliau bersama komposer Apip bermula dengan cover video yang sering sarah keluarkan melalui siri #SarahSunday dimana Apip bertindak sebagai arranger dan mendapat sambutan yang positif dari peminatnya. Single ‘Burn’ yang berkisahkan tentang isi hati dari wanita dalam perhubungan ini sangat berlainan dengan single yang pernah Sarah sajikan, selain turut mencabar beliau juga untuk menari seiring dengan rentak laju yang disusun untuk single ini.
Lagu ‘Burn’ ini, telah dilancarkan di semua platform strim muzik bermula pada 19 Ogos 2022 lalu manakala muzik yang bakal dilancarkan di saluran YouTube MVM Music pada 22 Ogos 2022. Seperti mana single sebelum ini, diharap karya ‘Burn’ juga ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan. Segala info terkini boleh diketahui melalui laman instagram @sarahsuhairi @mvm_production @warnermusicmy & tanda pagar #ManaKuTahan untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single Burn ini.
BURN
SARAH SUHAIRI
Lagu: Apipapol
Lirik: Apipapol & Sarah Suhairi
Comments
Post a Comment