Cerita Sedih Keisya Levronka Dalam Single Terbaru Tak Ingin Usai
Selepas hampir dua
tahun tidak mengeluarkan
karya baharu, penyanyi
berbakat Indonesia, Keisya Levronka kini tampil dengan
single baharu berjudul TAK
INGIN USAIyang telah
dilancarkan di bawah pengurusan
Universal Music Indonesia pada 13 Mei 2022 yang lalu.TAK INGIN USAImerupakan
buah tangan keempat Keisya Levronka selepas mengeluarkan Jadi Kekasihku Saja
pada Julai 2020, Tergesa (September2020) dan Lagu Untuk Hari Ini (November
2020).Gadis jelita berusia
19 tahun ini
antara salah seorang
penyanyi muda yang
aktif mengeluarkan karya baharu buat peminat setianya. Menurut Keisya Levronka,single TAK INGIN
USAIbercerita mengenai hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa
danberpisah adalah jalan terbaik walaupun hal itu berat untuk dilakukan. “Pada
pandangan saya, TAK INGIN USAI ini
menceritakan hubungan yang
terlerai akibat keputusan sebelah pihak. Perpisahan itu turut
menyebabkan pasangannya itu gagal meneruskan kehidupan, berasa hancur,
menangis, tapi berusaha menerima takdir dan reda. Bagaimanapun individu itu tetap berharap agar
suatu hari nanti bakal dipertemukan lagi,” ujar Keisya menceritakan mengenai
makna single TAK INGIN USAI.Menariknya
mengenai single itu,
Keisya berkerjasama dengan
seorang penyanyi yang
juga penulis lirik berbakat yang sedang meningkat naik,
Mario G Klau manakala Tohpati bertindak sebagai komposer.
SIARAN MEDIALagu bertemakan percintaan ini sangat menarik dengan tema
pop balada yang meruntun jiwa pendengar selain bait-bait liriknya yang begitu
sarat dengan mesej menyentuh hati dan pesanan. Bercerita mengenai proses
rakaman lagu itu, Keisya berkata, dia tidak mengambil waktu yang lama untuk
memilih lagu TAK INGIN USAIsebagai pertaruhan terbaharunya.“Perjumpaan untuk
memilih lagu ini sehingga sesi rakaman berlangsung dalam tempoh yang
singkat. Walaupun rakaman pernah
tertunda dua bulan kerana faktor kesihatan saya, tapi selepas itu kami cuba
selesaikan dengan segera“Sejujurnya
selepas saya dengar lagu ini, saya terus jatuh cinta, dan tak sangka
Mario yang cipta lagu ini. Sejujurnya,
kami belum pernah
berjumpa sampai sekarang,
saya ingin bertemu
dengannya, saya pengemar dengan
lagu-lagunya,” katanya. Melihat
kemampuan vokal Keisya,
maka tidak hairan mengapa
lagu TAK INGIN USAIpantas
mencipta fenomena dan mudah diterima ramai apabila karakter suara dan vokal
unik yang dimiliki menjadi senjata utama dalam dunia nyanyian. Muzik Video
Bukan hanya boleh
didengari di kesemua
platform digital, malah
lagu TAK INGIN USAIjuga
sudah mempunyai muzik video yang dilancarkan di laman YouTube Keisya
Levronka pada 24 Mei lalu. Mengakui teruja dengan hasil akhir muzik video
terbabit, Keisya berkata, dia sangat tertarik dengan nilai estetik dan jalan
cerita yang diketengahkan dalam muzik video itu. “Konsep videonya sangat bagus
dan estetik. Sukar untuk saya gambarkan konsep muzik video ini yang mempunyai
hubung kait dengan diri saya.
SIARAN MEDIA“Proses penggambaran yang berlangsung seharian dari pagi
sampai petangdi pantai kota
Banten, Indonesia memberi satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
“Pelbagai cabaran perlu saya tempoh seperti mendaki ke tebing tinggi, berendam
di pantai sambil lip sync, dan macam-macam lagi memori yang tak mungkin
dilupakan. Kalian kena tengok muzik video ini,” katanya. Enggan syok sendiri
dalam setiap karya yang diketengahkan, Keisya berharap single TAK INGIN
USAIdapat mewakili perasaan dan menyelami isi hati pendengar. Selain itu,
Keisya turut berharap lagu terbabit dapat mengembangkan sayap karier seninya
dalam industri seni muzik. “Harapan saya, semoga apa yang saya sayang boleh
anda semua sayangi bersama-sama. Moga
lagu ini menjadi peneman untuk anda meluahkan perasaan sedih. It’s okay not to
be okay guys,jangan memaksa diri
sendiri untuk tahan
nangis, tahan diri
untuk menjadi kuat
di depan orang,
anda semua tidak
akan boleh melawan perasaan
diri sendiri. Jadi,kalau
sedih mesti dirasakan,
sambil ditemankan TAK INGIN USAIini,” katanya. Untuk rekod,
muzik video dan
lirik video TAK INGIN
USAIsudah meraih 135
juta tontonan di
YouTube sehingga 16 Ogos
2022.
Malah lagu terbabit
turut mendapat perhatian
ramai selebriti tempatan
yang menyanyikan semula lagu itu mengikut rendasi masing-masing.Antaranya
ialah Nabila Razali, Dalia Farhana, Aina Abdul, Nuha Bahrin, Aziz Harun, Tabby
DOLLA, Syasya DOLLA, Meer Nash, Wani Kayrie dan Athalia. Lebih membanggakan
Keisya turut meraih
Anugerah Emas daripada
syarikat Universal Music
Sdn. Bhd sebagai pengiktirafan
pencapaian single TAK INGIN USAIdi platform digital di Malaysia.
SIARAN MEDIABukan hanya itu,
single TAK INGIN USAIturut
menduduki carta tertinggi
di beberapa platform
digital seperti berikut: -Spotify Top 50 Malaysia #2-Spotify Carta
Malaysia 50 #1-Spotify Viral 50 Malaysia #1-Spotify Hot Hits Malaysia
#4-Spotify Pop Terkini!-Spotify Charts Top Songs Malaysia #2-Apple Music Top
100: Malaysia #2-YouTube Music Top Songs #9Profil ringkas Keisya
LevronkaBakat wanita jelita
ini dicungkil daripada
program pencarian bakat
Indonesian Idol 2019.
Dilahirkan di Malang pada 2 Februari
2003, Keisya mula mengintai peluang dalam dunia nyanyian ketika usianya masih
mentah iaitu 16 tahun. Bakat dan kesukaan menyanyi Keisya memang telah terlihat
sejak kecil. Namun, walaupun memilikibakat menyanyi, ia tidak pernah mengikuti
kursus atau bernyanyi secara khusus.
Bahkan, sifatnya yang
pemalu dan tidak
terlalu percaya dengan
bakat yang dimiliki
membuat dia tidak berani untuk mencuba nasib di program
realiti sebelum ini. Bagaimanapun melihat bakat luar biasa yang dimiliki
anaknya, ibu Kiesya mendaftarkan
Keisya mengikuti sesi uji bakat
Indonesian Idol secaraonline.
SIARAN MEDIASiapa sangka, Keisya Levronka berhasil mengambil hati
kelima-lima juri dengan memberikan Golden Tiket kepadanya denganmembawakan lagu
yang berjudul “Celengan Rindu” dari Fiersa Besari.Bagaimanapun perjalanan
Keisya di Indonesian Idol 2019 terhenti di episod ke-12. Namun kariernya tidak
hilang begitu saja, malah Keisya semakin hebat meneruskan kerjaya nyanyiannya.
Instagram: https://www.instagram.com/keisyalevro...Youtube:
https://lnk.to/KeisyaLevronka/youtubeTwitter:
https://twitter.com/keisyalevronkaaFacebook:
https://www.facebook.com/KeisyaIdol10
5 / 5
87%
Comments
Post a Comment