EVOLUSI SOPHIA ZUHRI
Album pertama Sophia yang dinanti-nantikan akhirnya menemui peminat selepas
single pertamanya, ‘Game of Charades’ diterbitkan pada Mac 2021.
Pada usia 18 tahun, Sophia mengakui dia
sudah matang dan bangga dengan pencapaiannya sehingga saat ini.
Sophia yang merupakan seorang komposer
dan penulis lirik cenderung menulis tentang kehidupan dari kaca matanya
sendiri.
Siapa sangka, lagu hasil nukilan
Sophia, ‘Game of Charades’ membawa pemilik nama Sophia Zuhri itu lebih matang dalam penulisan lagu.
Lebih manis, ‘Game of Charades’ dapat
distrim dalam platform Spotify sejak Mac 2021.
Menurut Sophia, menulis lagu menjadi
medium ‘observation’ buat dirinya.
“Saya mampu meluahkan pemerhatian saya
terutamanya tentang kehidupan dalam lagu-lagu nukilan saya. Saya percaya
kebanyakan dari kita pernah melalui pelbagai fasa kehidupan terutamanya ketika
meningkat dewasa,” kata Sophia.
Untuk fasa kedua karier muziknya,
Sophia menampilkan buah tangan terbaharu dalam bentuk “Mediocre Love”, “Against Me”, Mimp-mimpi
Ini” dan “Perfect for You” yang merupakan hasil karyanya tersendiri bagi
menjadi pelengkap album penuhnya.
Album ini bakal berada di pasaran digital mulai September ini.
Anak bongsu empat beradik yang gemar
tersenyum ini turut mengakui, karya-karyanya menjurus kepada pemerhatiannya dan
pengalaman hidupnya melalui pergaulan dengan rakan-rakan sebaya
Penglibatan Sophia dalam industri muzik
tempatan mendapat dorongan dan sokongan keluarga dan teman-teman rapat.
Namun, pertemuannya dengan komposer dan penyanyi Ajai banyak menjadi penanda
aras penting dalam kariernya sebagai seorang artis.
Bertitik-tolak daripada situ, Sophia
mula mengorak langkah sebagai anak seni tempatan, tunjuk ajar Ajai dimanfaat
untuk namanya terus meniti di bibir peminatnya.
Kali ini, Sophia turut mempertaruhkan
sebuah lagu Bahasa Malaysia, “Mimpi-mimpi Ini” yang ditulis pada usia 18 tahun.
Asalnya, “Mimpi-mimpi Ini” ditulis
dalam Bahasa Inggeris sebelum Ajai menggarap lirik Bahasa Malaysia dalam lagu
itu.
“Bukan mudah bagi saya untuk mendendangkan
lagu dalam Bahasa Malaysia, pengalaman ini agak mencabar, namun saya berharap
agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat,” kata Sophia.
“Mimpi-mimpi Ini” menceritakan
kesusahan seseorang itu mencuba untuk membantu seorang individu lain namun
ditolak. Realitinya, ada segelintir individu yang bergelut dengan masalah
mental dan tidak mahu dibantu.
“Saya merasakan amat penting bagi
mereka untuk meminta pertolongan tanpa rasa diadili atau dihukum,” kata Sophia.
Album ini diterbitkan Inspirasi Entertainment
Sdn Bud dan diedarkan Universal Music (M).
Malam ini cukup bersejarah buat Sophia.
‘An Evening with Sophia Zuhri’ turut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-taulan
dan peminat Sophia.
Comments
Post a Comment