MASYA MASYITAH KEMBALI DENGAN ‘SIMPANAN’
Juara Yippi Star
Quest 2020 Akhirnya Muncul Semula Dengan Single Terbaharu Setelah Hampir
Setahun Menyepi
Penyanyi
serta usahawan muda berjaya yang berasal dari negeri jelapang padi, Juara Yippi
Star Quest 2020, mengalahkan 3,000 peserta di serata
Asia Tenggara, Masya Masyitah kembali
dengan single terbaharunya berjudul ‘Simpanan’ setelah hampir setahun tidak
muncul dengan lagu baharu, terbitan oleh label hiburan nombor satu Malaysia, Rocketfuel Entertainment.
“Mungkin ramai yang tertanya mengapa saya mengambil masa
yang lama untuk muncul dengan lagu terbaharu, ini kerana saya tidak mahu
menghasilkan terlalu banyak single
dan memilih untuk fokus pada sesebuah lagu itu sehingga betul-betul berjaya,”
begitu luahan pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 22 tahun.
Masya di antara penyanyi muda negara yang bukan sahaja
berbakat bahkan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya dan sudah pun
memiliki beberapa aset hasil titik peluhnya sendiri.
“Walaupun sibuk dengan perniagaan yang saya jalankan,
bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana ini merupakan periuk nasi saya.
“Kini, saya rasakan yang saya sudah bersedia untuk kembali
menghiburkan peminat dengan buah tangan terbaharu hasil ciptaan barisan
komposer popular negara iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan juga John Jeeves”
jelas Masya.
Single Simpanan ini terilham dari kisah hidup
Masya sendiri, dan jarang baginya untuk berkongsi kisah peribadi dengan publik,
namun Masya ada sebabnya tersendiri, kata pemilik jenama Delici, “Secara
kebetulan, kisah lagu Simpanan ini
pernah terjadi dalam hidup saya dan setelah menginjak dewasa, saya cuba
beranikan diri untuk kongsikannya dengan pendengar di luar sana.
“Bayangkan apabila kita mencintai seseorang, kita akan
mempercayai individu tersebut dengan sepenuh jiwa, tetapi di belakang kita,
ternyata dia menduakan kita ibarat dijadikan ‘simpanan’. Dan jalan yang terbaik
adalah dengan berpisah dan menyuruh lelaki tersebut pergi dari hidup kita buat
selama-lamanya.
Single Simpanan ini bernuansa pop rancak
dengan elemen muzik K-pop yang rata-rata menjadi trend masa kini, kedengaran
segar dengan olahan lebih berani menampilkan sisi dewasa Masya yang sememangnya
sinonim dengan lagu-lagu berentak balada.
Durasi proses rakamannya hanya mengambil masa sekitar 30
minit sahaja kerana Masya sememangnya seorang artis yang sering bersiap-siaga
sebelum memasuki studio.
“Sebagai seorang penyanyi, wajib bagi saya untuk memahami
setiap pengkaryaan itu agar meresap ke dalam jiwa dan bila masa untuk
menyanyikannya, saya akan all out.
“Abang Iqie dan Firdaus banyak memberi tunjuk ajar
bagaimana hendak membawakan lagu ini dan kami tidak mengambil masa yang lama
untuk merakamkannya.
Dalam masa yang sama, video muzik (MV) Simpanan turut dilancarkan dengan
menampilkan konsep yang energetik dan bertenaga di mana Masya akan menari buat
pertama kalinya.
“Dalam MV kali ini, penonton berpeluang melihat saya
menari dengan koreografi yang diaturkan oleh penari profesional. Siapa yang
mengenali saya pasti tahu yang saya tidak mahir menari dan pada kali ini saya
betul-betul mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baharu.
“Saya sangat teruja dan amat berterima kasih dapat
bekerjasama dengan team yang sangat
mendukung dan profesional sehingga tidak merasa kekok untuk beraksi di hadapan
mereka,” kongsi Masya lagi.
Komen Encik Feros
Sayna, Ketua Rocketfuel
Entertainment, “Masya adalah artis muda yang berbakat besar, selain fasih
berbahasa Mandarin, dia juga sering memenangi pertandingan bertaraf
antarabangsa membuktikan kemampuannya untuk bersaing di peringkat
internasional.
“Semoga Simpanan
menjadi pengubat rindu peminat-peminat Masya di luar sana dan diterima baik
oleh penggemar muzik tempatan.
Dalam dunia serba digital ini, seseorang artis perlu
tampil dengan sesuatu yang baharu agar dapat bersaing seiring dengan artis
lain.
“Saya sedar peri peintingnya untuk membuat pembaharuan
setiap kali muncul dengan single
terbaharu dan bersaing dengan artis-artis baharu sekarang, kerana semuanya
perlu baharu!
“Saya berharap agar lagu Simpanan ini dapat diterima baik oleh pendengar di luar sana kerana
secara peribadinya saya sendiri suka mendengarnya, dan mungkin ada yang pernah
mengalami situasi yang sama, sebagai wanita kita perlu kuat dan jangan takut
untuk move on,” akhiri Masya.
Lagu ‘Simpanan’
boleh dimuat turun mulai 12 Ogos 2022 di iTunes serta dijadikan nada dering
panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar
melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify,
Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara
eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel
Network pada tarikh yang sama
Comments
Post a Comment