GABUNGAN PUDDS DAN AMSYAR LEEE DALAM ‘I LAB U’

 Amsyar Leee, nama yang tidak asing lagi dalam industri mengorak langkah dengan berduet bersama pendatang baru muzik tanah air, Pudds. Pudds atau nama sebenarnya Chin Pui Ting mula dikenali dalam aplikasi TikTok sebagai ‘Peribahasa Girl’. Pudds juga banyak terlibat dalam menggayakan pakaian anime dan terkenal dalam kalangan para peminat anime. Gadis yang berusia 21 tahun ini mencabar dirinya untuk merakamkan lagu pertamanya yang berjudul ‘I LAB U’ bersama penyanyi meningkat naik, Amsyar Leee.

‘I LAB U’ merupakan ciptaan Glowrush, Fahimi Rahmat, Efry Arwis dan Tam Cobain. Lagu yang bergenre pop ini banyak menggunakan peribahasa Melayu dan ianya sesuai dengan gelaran Pudds sebagai ‘Peribahasa Girl’ yang ditonjolkan dalam aplikasi TikTok nya. Manakala muzik berentak catchy dijamin akan membuatkan para pendengar menikmati lagu ‘I LAB U’ ini.
“Sejak dari sekolah lagi saya memang meminati peribahasa Melayu. Setiap kali cikgu mengajar, saya lah pelajar yang menunjukkan minat terhadap peribahasa. Bagi saya peribahasa ini amat unik dan susunannya amat indah. Walaupun ketika berada di rumah, saya tetap akan membelek buku peribahasa untuk mendalami maksud peribahasa itu. Rakan saya juga akan bertanya saya perihal peribahasa Melayu jika mereka tidak faham akan maksud peribahasa itu”.
“Saya berasa amat terharu apabila pihak Warner Music Malaysia melamar saya sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu yang mengandungi lirik peribahasa ini. Tambahan pula, saya amat meminati Amsyar Leee dan itu adalah bonus bagi saya apabila saya dapat bergandingan bersama Amsyar dalam lagu ini”, jelas Pudds.
Menjadikan Allahyarham Sudirman dan Allahyarham P Ramlee sebagai idolanya, Pudds berkata, “Saya berharap agar para pendengar muzik tanah air dapat menerima dan menikmati lagu yang menggunakan peribahasa ini”.
 
Lagu ‘I LAB U’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 9 September 2022 dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala muzik video ‘I LAB U’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 15 September 2022.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM