UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA DOMINASI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-23 (AIM23)
Anugerah Industri Muzik
(AIM) yang mengiktirafpengkarya muzik tanah air kembali
diadakan selepas lima tahun ‘berehat’.Penganjuran edisi
ke-23 yang berlangsung
di Dewan Majlis
Bandaraya Shah Alam
(MBSA), kelmarinbukti AIM tidak pernah hilang taring, malah AIM23 kekal
berprestij.Dalam pada peminat
muzik tanah air
meraikan barisan pemenang menerusi
lagu dan penyanyi kegemaran mereka
yang dinobatkan sebagai
terbaik, tidak dilupakan
tulang belakang di sebalik kejayaan itu.Pastinya, apa yang menjadi
tumpuan pada AIM23 kali iniapabila syarikat rakaman Universal Music Malaysia
dan Def Jam Recordings Malaysia unggul dengan meraih 12 kategori daripada 21
kategori yang tercalon.Kemenangan itu terdiri daripada Persembahan Vokal
Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata
Hati (Ernie Zakri),Persembahan Vokal
Terbaik Di Dalam
Lagu (Berkumpulan): Tunggu (V.E.),Album Terbaik:Yonny (Deluxe
Edition) (Yonnyboii),Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh
Artist Luar Negara:
Tak Ingin Usai
(Keisya Levronka),Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Game of Charades
(Sophia Zuhri)dan Lagu R&B/Hip
Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).Selain itu, Lagu Pop
Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel),Rakaman Album Terbaik:
Belagu (Dayang Nurfaizah),Rakaman Lagu
Terbaik: Tudung Periuk
(Dayang Nurfaizah),Susunan
Terbaik Dalam Lagu: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah),Lagu Terbaik: Goodbye
Hello (Ernie Zakri &
Syamel)dan Lagu Nada Dering
Jualan Paling Tinggi:
Adakah Ini Mimpi (Reedzwann).
SIARAN MEDIAPengarah Urusan
Universal Music Malaysia,
Kim Lim berkata,
kemenangan yang diraih Universal Music Malaysia dan Def Jam
Recordings Malaysia dianggap sesuatu yang luar biasa apatah lagi selepas
industri hiburan tanah air ‘lumpuh’ ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) selama hampir dua tahun.“Kita tahu sepanjang pandemik Covid-19 aktiviti
seni tidak dapat dilaksanakan seperti sebelumnya. Namun,
syarikat rakaman tidak
boleh duduk diam
saja. Jadi, apa
yang dibuat adalah memperkasakan
lagi kandungan di
platform digital. Justeru,
sepanjang tempoh itu, Universal Music
Malaysia dan Def
Jam Recordings Malaysia
tetap rancak menghasil
dan menerbitkan lagu khusus buat peminat muzik tanah air.“Biarpun masih
berdepan cabaran, tapi ia bukan halangan untuk syarikat rakaman berhenti daripada
terus berkarya dengan
menghasilkan lagu dan
album berkualiti. Apatah
lagi ini adalah asas yang menjadi
keutamaan kami. Syarikat rakaman turut memberikan kebebasan kepada penyanyi
untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti mereka.“Apa pun, kemenangan pada
AIM23 bukti kerja keras semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak
dalam semua karya yang diangkat. Semoga ini menjadi pendorong dan pembakar
semangat untuk Universal Music Malaysia
dan Def Jam Recordings Malaysia menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan
terbaik,”
katanya.MenurutKim Lim, tetap
berharap aktiviti mempromosikan lagu secara lapangan diteruskan dan ia adalah
tradisi yang tidak boleh dilupakan.“Walaupun sepanjang tempoh pandemik dan PKP
itu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam
talian membabitkan semua
platformdigital, Universal Music
Malaysia dan Def
Jam Recordings Malaysia masih menjaga kualiti itu. Dalam masa sama,
aktiviti ‘on ground’ yang kebiasaan dibuat sebelum ini masih perlu dijalankan.
Kita tetap nak ada ‘vibes’ itu,” katanya.Sementara itu, PengarahA&R &
Pemasaran Universal Music Malaysia yang juga Ketua DefJam Recording Malaysia,
Hermond Cheng berkata, dia turut berbangga atas pencapaian diraih Def Jam
Recordings Malaysia.
SIARAN MEDIA“Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua yang menang pada AIM23 terutama daripada Universal Music
Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia. Cukup bangga juga apabila Def
Jam Malaysia bawa
pulang dua kategori
iaitu Album Terbaik:
Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii) dan Lagu R&B/Hip Hop
Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).“Walaupun Def Jam
Recordings Malaysia ini
boleh dianggap pemain
baru dalam pasaran muzik
tempatan, kemenangan ini
adalah bukti yang
mana kita sentiasa
mahu memberikan hasil kerja
dan karya yang
berkualiti. Dalam masa
sama, saya percaya
sokongan daripada semua pihak
antara penyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.Selan itu,
Universal Music Malaysia
dan Def Jam
Recordings Malaysia turut
merakamkan terima kasih dan
penghargaan kepada beberapa
rakan kerjasama mereka
antaranyaRocketfuel Entertainment Sdn.
Bhd; DN &
AD Entertainment Sdn. Bhd;
Cloudworks Entertainment; Kasugi Timur Sdn. Bhd. / Wake The BabydanRUSA
Marketing Sdn. Bhd.Bagi penganjuran AIM
ke-23, pihak penganjur
menerima 650 pencalonan
bagaimanapun hanya 105 disenarai
pendek bagi 21
kategori yang dipertandingkan untuk
karya yang diterbitkan dalam tempoh
satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.Pengerusi Persatuan
Industri Rakaman Malaysia
(RIM) yang juga
Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin
Hashim Rosmin
memaklumkan seramai
113 juriterbabit dalam
penilaian calon dengan setiap
kategori diadili antara tujuh
hingga 10 pakar
dalam bidang masing-masing. Juri terdiri daripada Maestro
Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, Omar K,DJ Fuzz,Adi Priyo,Shah
Slam,Datuk Syafinaz Selamat,Fauzi
Marzuki,Datuk Acis,Dato' Afdlin Shauki,Mas Idayu, Noryn Azizdan ramai
lagi.
Comments
Post a Comment