BAIT-BAIT RASA FATIA
Selepas berjaya
menjadi artis rakaman
pertama Malaysia di bawah payung platform hiburan video paling
popular masa kini iaitu TikTok, bintang baharu bernama Fatia terus mengorak
langkah dengan projeknya yang terkini.Jika dahulu memulakan titik pengenalan
dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas
Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT
RASA. Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat
besar nan tersohor Ezra Kong itu
merupakan sesuatu yang
jauh berbeza dari
segi konsep muzik
berbanding single sulung
Fatia dahulu.“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World
Too’.Bukan saja dari aspek melodi dan tema
yang lebih lembut
serta feminin, tetapi
juga dari gaya
vokal dan proses
rakaman. Saya teruja menceburi genre muzik yang berlainan
dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap
kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,” ujar Fatia teruja.Sungguhpun
BAIT-BAIT RASA menceritakan tentang
cinta yang tidak
berbalas, namun Fatia memberitahu yang dia belum pernah
mengalami perasaan tersebut.“Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan
serta-merta saat mendengar
demo yang dikongsi oleh Ezra. Apatah lagi dalam hidup
saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud
yang lebih mendalam. Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya
betul-betul menghadapi situasi itu nanti,” tambah FatiaMenurut Fatia semasa
memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu
namun lagu ini yang paling digemari.“Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia
ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga
kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,” katanya lagi.
SIARAN MEDIAMengenai proses
rakaman pula Fatia
mengakui bahawa dia
tidak ingin mengecewakan Ezra. Keseluruhan proses
rakaman berjalan dengan
lancar dan sangat
cepat.“Saya masuk studio Ezra beberapakali, kali
pertama untuk mencari
key yang terbaik,
dan kali kedua
untuk merakam vokal. Saya banyak belajar dari Ezra,
terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan aspek
suara yang berlainan dari sebelum
ini. Dia menggalakkan
saya untuk yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari
pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain
sangat profesional,” dihuraikanFatia.Lagu
ini juga didatangkan
dengan sebuah video
muzikyang
menarik.“Penggambarannya sangat menyeronokkan, malah kali ini lebih romantik
dan feminin. Penggambaran video muzik ini agak unik kerana dirakamkan
1.5 kali lebih
laju dari kelajuan
lagu yang sebenar.
Jadi kelihatan seperti
saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu
pengalamannya,” ujarnya lagi.“Lagu ini menunjukkan sisi saya yang berbeza. Saya
telah memberikan jiwa saya dan membukanya dengan sepenuh hati demi pembikinan
lagu ini. Saya harap pendengar akan memberi peluang kepadalagu ini dan jatuh
cinta dengannya, sama seperti saya,” tutup Fatia tentang harapannya mengenai
lagu ini.Lagu BAIT-BAIT RASAbakal berada
di semua platform
digitalseperti Spotify, Apple
Music, Joox, KKBOX, Deezer dan
YouTube Music bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam danmuzik video
disaluran YouTube Universal Music Malaysia jam 8 malam pada tarikh yang sama.
Comments
Post a Comment