MUNGKIN INI ADALAH LAGU YANG PALING SEDIH PERNAH KU BUAT - DOLLA & NAIM DABIEL
Kumpulan DOLLAyang
dianggotai Sabronzo, Tabby,
Syasya dan Angel meluahkan rasa teruja apabila dapat berduet dengan pemenang
Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34,
Naim Daniel menerusi
lagu MUNGKIN INI ADALAH LAGU
YANG PALING SEDIH
PERNAH KU BUATyang bakal
dilancarkan di kesemua
platform digital pada
30 September 2022 jam12 tengah malam.Lebih menarik, pelancaran
single terbabit turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang akan
disiarkan secara rasmi di laman YouTube, DOLLAOfficial Vevo pada 30 September
2022, jam 11 malam.MUNGKIN INI ADALAH
LAGU YANG PALING
SEDIH PERNAH KU
BUATadalah lagu ciptaan Naim bersama
Adib Hamdi sebagai percaturan
baharukumpulan DOLLAyang bakal
membawakan lagu bergenre baladaselepas
kejayaan lagupop mereka
sepertiImpikan, BADdan Berani yang terbukti berjaya dan meraih jutaan
tontonan di YouTube.Menurut Sabronzo,
lagu iniadalah sebuah
karya yang bukan
hanya mengisahkan tentang cinta
semata-mata, malahsetiap individu boleh mempunyai definisi tersendiri terhadap
lagu terbabit.“Lagu ini boleh dikatakan sangat jelas dan bukan hanya
berkisarkan cinta. Walaupun lirik dan melodinya kedengaran kearah itu,
tetapisesiapa saja berhak menentukan maksud lagu ini mengikut situasi yang
sedang merekahadapi.
SIARAN MEDIA“Namun
mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri dim
ana kita
mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang
ditanggung. Saya akuilagu ini agak beremosi dan sedih.“Walaupun lagu ini adalah
sebuah karya yang berat untuk dibawakankerana kali pertama juga kami
memberanikan diri membawa genre sebegini, tapi kami bersyukur kerana
dikelilingioleh insan-insan hebat ketika proses rakaman dijalankan.“Setiap anggota
kumpulan DOLLAdiberikan bahagian
untuk dinyanyikan dan
kami sama-sama membantu dalam
memperkemaskan lagi lagu
ini supaya menjadi
hadiah yang indah buatpeminat,”katanya.Dalam pada itu,
Tabby mengaku teruja apabilaDOLLAdiberi peluang bekerjasama dengan Naim,
lebih-lebih lagi penyanyi berbakat besar itu tidak lokek berkongsi ilmu bagi
‘menghidupkan’lagu berkenaan supaya dapat menyentuh emosi pendengar.“Naim
banyak membantu danmemberikan
tunjuk ajar bagi memenuhi
ekspektasi yang diinginkan.
Sebelum rakaman bermula kamiakan meminta
Naim untuk menyanyikan
bahagian tertentu yang ingin ditekankan supayapeminat dan
pendengar dapat menghayati lagu ini dengan penuh emosi.“Selain bantuan Naim,
kami juga diajaroleh Cikgu Shafi terlebih dahulu dalam memastikan setiap
bait-bait lirik yang disampaikan mengikut melodi lagu ini selain mengajar kami
untuk lebih menjiwai ketika proses rakaman,” katanya.Sementara itu, Naim
berkata, lagu yang ditulis sejak lebih setahun lalu itu diharapkan dapat
diterima ramai memandangkan pendengar akan melihat sisi berbeza DOLLA.“Mungkin
ini adalah lagu
paling sedih pernah
saya hasilkan. Lagu
ini mengisahkan semangat
yang hilang terhadap sesuatu perkara terutama berkaitan cinta. Karakter
lagu ini juga sedih dan pemilihan tajuk juga saya pilihpaling mudah dan
menangkap di jiwa pendengar.
SIARAN
MEDIA“Lagu ini sudah
ditulis lebih setahun
setengah dan liriknya
sangat mudah difahami
setiap lapisan masyarakat. Lagu
ini nak mengajak
kita untuk sentiasa
mengaku khilaf dan
bagaimana nak luahkan sesuatu kepada orang. Saya gunakan
bahasa yang sangat mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang.“Pada
awalnya lagu ini dicipta dan sesuai dibawakan oleh penyanyi lelaki tapi dalam
masa sama saya rasa ada sesuatu yang boleh ditambah bagi memberi lebih warna.
Tiba-tiba saya dapat ilham sekiranya lagu ini dibawakan secara duet oleh
penyanyi wanita solo atau berkumpulan.“Saya memilih DOLLAkerana kumpulan
ini memiliki banyak
kelebihan yang belum
diterokai. Kita sering melihat
DOLLAsebagai sebuah kumpulan urban dengan kelincahan aksitarian mereka, tapi
kali ini kita melihat sisi berbeza Dolla dalam membawakan lagu yang penuh
emosi,”katanya.Tambah Naim, bekerjasama
dengan DOLLAtidak memberi sebarang cabaran kerana masing-masing memberikan
sepenuh tumpuan terhadap karya itu.“Mereka sangat ‘gila-gila’, baik dan
energetik. Saya tiada berdepan sebarang kesukaran untuk kerjasama inikerana
sepanjang proses rakaman dan penggambaran muzik video kami bukan seperti sedang
bekerja, lebih kepada berseronok dengan kerja yang dibuat.“Alhamdulillah lagu
ini dapat disampaikan dengan baik. Saya berterima kasih kepada setiap ahli
kumpulan DOLLAkerana berjaya
meletakkan justifikasi yang baik
terhadap lagu ini.
Saya harap pendengar akan
menyukai dan menikmati lagu ini nanti,”katanya.Ditanya mengenai penghasilkan muzik video, Syasya memberitahu sesi penggambaran
dijalankan di Pulau Indah, Klang dan proses mengambil masa kira-kira 16 jam
untuk disiapkan.Muzik video ini juga diarahkan oleh Chuan Looiyang baru sahaja
memenangi kategori Muzik Video Terbaik di AIM23 baru-baru ini.
Comments
Post a Comment