RAISA TAWAN HATI PEMINAT MALAYSIA

 
Hitman Solutions, antara penganjur acara terkemuka Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan sekitar 2,500 orang peminat diva dari Indonesia, ratu pop dan R&B masakini, Raisa dalam sebuah konsert memukau penuh pesona, ‘Raisa Live In Malaysia’ pada malam semalam bertempat di dewan serba moden, Zepp KL.
Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, “Saya amat bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan, terima kasih kepada hampir 2,500 peminat yang hadir memenuhi ruang konsert bagi menonton persembahan perdana berskala konsert artis termasyhur Indonesia di Malaysia 
  
  iaitu Raisa.
“Rata-rata pembeli tiket konsert mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang kesayangan mereka membuat persembahan secara ‘live’ dan terpesona oleh kebolehan Raisa berinteraksi dengan penonton secara baik sekali ibarat seorang ‘story-teller’ menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikannya.”
“Raisa juga turut meluahkan rasa terharunya kerana sambutan yang diluar jangkaan daripada peminat Malaysia dan menyatakan penantiannya selama 12 tahun untuk membuat persembahan di Malaysia akhirnya berbaloi.
Persembahan memukau oleh Raisa dengan membawakan kira-kira 20 lagu hit nyanyiannya dari awal kemunculan sehingga kini seperti Kali Kedua, Bahasa Kalbu, LDR, Percayalah dan lain-lain turut diserikan dengan iringan pemuzik professional yang diterbangkan khas dari Indonesia.
Pembeli tiket telah dihiburkan dengan kemerduan suara Raisa yang melankolik dan membuai perasaan dalam sebuah ekstravaganza muzikal selama 2 jam dengan iringan jemari pemuzik profesional lalu ditambah pula dengan sistem ‘audio-visual’ dari Hitman Solutions yang serba canggih dan terkenal memberikan impak persembahan yang nyata berbeza.
Sebagaimana yang diketahui umum, Hitman Solutions yang ditubuhkan sekitar 15 tahun lalu merupakan salah satu anak syarikat di bawah Hitman Group yang bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan aksi muzikal bukan sahaja dari Malaysia seperti kumpulan Bunkface, tetapi juga ‘superstar’ antarabangsa seperti bintang Bollywood yang terkenal, Jubin Nautiyal, artis K-pop popular, (G)-IDLE dan ramai lagi. Di bawah Hitman Group, terdapat juga Hitman Media, sebuah anak syarikat yang memberi tumpuan khusus kepada pemasaran digital.
Akhiri Encik Rohit Rampal: “Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi buat rakan-rakan rasmi kami yang turut sama menjayakan konsert eksklusif ini seperti Batik Air (Rakan Penerbangan Rasmi), Hotel Sunway Putra (Rakan Hotel Rasmi), ERA (Rakan Radio Rasmi) serta Gempak (Rakan Media Atas Talian Rasmi) dan Yoodo (Rakan Telekomunikasi

  Rasmi).”
“Jangan lupa nantikan aksi muzikal antarabangsa yang seterusnya dari kami yang bakal diterbangkan dari Amerika Syarikat, dan kalau hendak tahu siapakah gerangan bintang itu, jangan lupa mengikuti laman web dan media sosial Hitman Solutions.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.hitmanlive.com dan jangan lupa mengikuti laman sosial:
Instagram I Hitman Solutions
serta;
Bagi pertanyaan lanjut berhubung konsert pada masa akan datang, sila hubungi Encik Kee

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!