YHB SLEEPSALOT DEDIKASI HORMAT KEPADA KUALA LUMPUR DENGAN SINGLE BAHARU, ‘TUKAR CURRENCY’
Bintang rap
Singapura, YHB Sleepsalot kembali tampil dengan single
baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital
menerusi Universal Music. Tukar Currency adalah lagu pertama tahun ini keluaran
bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup tahun 2021 dengan karya
romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun
lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia, dan sebaliknya. Ia turut
dirasakan YHB Sleepsalot yang tidak
bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula
dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.Dalam persiapannya menuju
ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri,
lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat
melangkau keluar dari
Singapura. “Sewaktu pergi
menukar wang, ia
serta-merta mengembalikan semula kenangan itu,”katanya teringat masa
itu. “Rasanya agak pelik dan pada masa
sama mengingatkan saya
betapa pentingnya melawat
KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia
benar-benar buatkan saya terinspirasi.”Semua idea rasa itu kemudian
dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu
daripada istilah Inggeris,
Currency Exchange. Karya
itu turut diserikan dengan kerjasama daripada SonaOne
dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness. Tukar Currency menggunakan rentak ‘breezy trap’
Yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan selitkan
metafora berkisar kemewahan, kesungguhan,
SIARAN MEDIAdan kuasa. Dia
masih kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada
baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V’, terjemahan daripada “If I ever
take an L (loss), I’ll bounce back and turn it back up.”Dia turut menyebut nama
bintang gusti Stone
Cold Steve Austin
dan penerbit hip
hop, Metro Boomin, dua penghulu dalam lapangan artistik masing-masing
sambil menujukan sepatah dua kata
buat golongan bertaraf
diva dan berkelas
tinggi pernah ditemuinya, diiringi tawa kecil.Sejak mula
berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar
Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali
menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap
tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media
sosial.YHB juga teringat
semula betapa kota KL rasa dekat tapi masih asing di hatinya. “Ia
memberi saya peluang
untuk mendewasa dan
berkembang sebagai individu
dan juga artis,” tambahnya.
Bersua dengan himpunan artis hebat turut membuatkan semangatnya lebih berkobar
melangkah ke 2022 berbekalkan perspektif baharu ditemuinya.Muzik video
(MV) Tukar Currency
turut memberi kelegaan
buatnya kerana dapat menjalani penggambaran
sendiri di kota
ini. MV terdahulunya
menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam
kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka
di Singapura. Sekembalinya
ke Singapura, dia
sangat bersemangat untuk menguasai industri
rap semula dan
pelancaran Tukar Currency
melambangkan ikatan istimewa
antara dua negara ini. “Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya,
makanan, dan budaya,” katanya.“Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan
yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan
bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.”
SIARAN MEDIATukar Currency
kini boleh dinikmati
di semua platform
penstriman. Dengar sini. Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di
YouTube.Mengenai YHB Sleepsalot:Sebagai bintang rap yang kian menyinar,
YHB Sleepsalot dipuji kerana memiliki
bunyi selain corak ketrampilannya unik di media sosial. Sudah mencintai muzik
sejak kecil, YHB Sleepsalot mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan
melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya
menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan
lagu.Kesungguhan tinggi untuk terus berkarya membuahkan hasil apabila lagunya
Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH.
Diikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di
Spotify’s New Era: Asian Hip Hop. Bakat muda ini juga pernah menjadi
artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK
K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.Berbekalkan bunyi
unik serta kepelbagaian
diskografinya, YHB Sleepsalot
kemudian dilamar menjadi artis Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura pada 2020 sekali gus menjadi
artis termuda dinaungi label itu. Dia melancarkan lagu pengenalannya
berjudul Don’t Miss
Demo, kesinambungan kepada
kemampuannya menghasilkan sebuah
lagu dalam tempoh kurang sejam.Pada
Jun 2021, YHB
Sleepsalot melancarkan Jatuh
Boi yang menampilkan
SonaOne dan meraih hampir 25,000 penstriman di YouTube, 35,000 tontonan
di YouTube dalam tempoh dua minggu
pelancarannya. Menulis dari kejauhan
lagu itu bersamaSonaOne dalam satu malam saja, aliena
lirik dan melodi mengkhayalkan hasil sentuhannya dapat pujian NME
Asia, TimeOut (Singapura)
serta media Malaysia
termasuk HITZ, Era,
Harian Metro, tonton
dan Kosmo. Bahkan,
dia turut menghiasi muka depan
majalah dalam talian Getaran (Malaysia). Disebut antara artis perlu
diberi perhatian tahun ini oleh The Straits Times, YHB meletakkan piawaian
tinggi terhadap dirinya sebagai penyanyi
SIARAN MEDIArap dan
penulis lagu bagi
terus mewarnai industri
serantau dengan kehebatan muzikalnya
Comments
Post a Comment