PEMINAT BANTU LENGKAPKAN LIRIK LAGU IGAUAN MALAM
Perjalanan kumpulan
yang ditubuhkan pada 2015 ini sudah berjaya mencipta pelbagai kejayaan manis
sekali gus meletakkan Insomniacks berada di liga tersendiri dalam persada seni
hiburan tanah air.
Single mereka berjudul
Sempurna yang dilancarkan pada 14 Februari yang lalu telah menduduki carta RIM
selama 39 minggu berturut-turut dan Insomniacks juga berjaya melayakkan diri ke
peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke 37 menerusi single yang sama.
Terbaharu
kumpulan yang dianggotai tiga anak muda iaitu Iqie, Iskandar dan Danial ini tampil
dengan single baharu berjudul IGAUAN MALAM yang sudah boleh didengari di
kesemua platform digital pada 4 November lalu.
Lebih menarik, video
muzik IGAUAN MALAM turut dilancarkan di YouTube rasmi Insomniacks pada 18
November yang lalu.
Bercerita
mengenai buah tangan terbaharu ini, IGAUAN MALAM bercerita mengenai
seseorang yang sentiasa dihantui oleh pemikiran negatif dan berjuang untuk
keluar daripada kesukaran itu.
Iqie selaku vokalis pertama berkata, Iagu IGAUAN MALAM
adalah ciptaan dia bersama Iskandar dan Danial manakala liriknya ditulis oleh
mereka bertiga dengan Gavin
dan Maniacks.
“Penulisan lirik
lagu ini sudah mula dibuat sekitar Mac 2020. Ketika itu, kami sedang sibuk
menyiapkan album EP sulung berjudul Kepala Batu dan hanya sempat menghasilkan
bahagian korus.
“Kemudian lagu
itu disimpan rapi sehinggalah satu hari ketika sesi siaran langsung di YouTube,
kami mengambil keputusan untuk menyiapkan lagu itu bersama penyokong
Insomniacks.
“Kami begitu
teruja dan seronok dapat bertukar idea dengan mereka. Malah lirik lagu ini
turut dapat disiapkan dengan mesej positif yang cuba disampaikan.
“Kami melalui
proses rakaman dengan Taja. Kerjasama dengan Taja juga bukan kali pertama,
sebaliknya banyak lagu kami dihasilkan bersama. Jadi dia faham apa yang kami
mahu dan proses itu berjalan dengan mudah,” katanya.
Sementara itu, Iskandar
berkata, video muzik IGAUAN MALAM menerapkan elemen hantu dan mimpi
ngeri bagi menyuntik kelainan kepada single terbaharu itu.
“Kami membuat
video muzik yang agak seram dengan menetapkan elemen hantu dan mimpi ngeri.
Sebagai sebuah kumpulan, kami masih menerapkan nilai persahabatan dan
kebersamaan. Apa yang boleh saya katakana penghasilkan vdeo muzik ini antara
naskhah yang kami banggakan.
“Video muzik ini
diarahkan oleh rakan baik kami iaitu Thaqif Saadon dan Studio Quasa. Setakat
ini, semua video muzik kami bekerjasama dengan Thaqif kerana kami selesa
berkerja dengannya. Dia dan pasukannya sangat professional dan menetapkan
standard yang tinggi sehingga kami terpukau dengan penghasilkan yang
dipersembahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Danial
berkata, cabaran utama menyiapkan single terbabit adalah penantian untuk
menunggu waktu bilakah lagu itu akan diperdengarkan kepada peminat.
“Setiap kali kami
berjaya menyiapkan sebuah lagu, pasti kami berkobar-kobar untuk perdengarkan kepada
peminat. Ini kerana, melancarkan lagu baharu adalah impian kami selain mahu melihat
komen serta reaksi peminat terhadap lagu yang dibawakan.
“Justeru, kami
berharap peminat akan berbangga dengan hadiah terbaharu ini kerana Igauan Mimpi
boleh dikatakan karya kita bersama sebagai sebuah keluarga. Kami juga berharap
lagu ini dapat didengari oleh seseorang yang mungkin pernah berdepan kehilangan
atau kesunyian. Kami berharap lagu ini dapat memberi sedikit senyuman kepada
mereka,” katanya.
Insomniacks juga
bakal melancarkan album pertama mereka di bawah naungan Universal Music
Malaysia pada awal tahun hadapan.
IGAUAN MALAM kini boleh didengari di semua platform
penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan
YouTube Music manakala muzik video rasminya pula boleh ditonton di saluran
YouTube Insomniacks bermula 18 November yang lalu.
Comments
Post a Comment